hhmmm…aku ingat darah tinggi aku menyerang time pregnant je…rupenye dia dah bersarang dalam tubuh badan aku…
so,balik semalam…sampai umah terus baring..tak berdaya nak melakukan apa2…rasa nak muntah pun ada,..rasa di awang-awangan pun ade…setakat yg aku baca, daging kambing ni sebenarnya lebih berkhasiat drpd daging lembu…kurang kolestrol…tp macam mana dia boleh menaikkan tekanan darah pesakit darah tinggi aku pun tak paham…
Ada satu kes kat kampung aku…adalah satu majlis potong jambul bayi dan akikah sekali...jadi jamuan makannya berlaukkan kambing la..sbb akikah bayi tersebut kambing...pak imam tu terus tumbang..pengsan sebaik lauk pauk dihidangkan kerana tercium aroma gulai daging kambing. Sampai macam tu sekali penangan daging kambing terhadap pesakit darah tinggi…
Apapun..terima kasih kepada bos sebab belanja staf makan tengahari semalam..Cuma yg kureng sikit ade yang tak dapat join sebab tengah siapkan tender…walaupun bos tapaukan makanan tapi tak sama dengan menikmatinya menggunakan garpu dan pisau di kedai…(Che’Mat belasah pakai tangan je)….
No comments:
Post a Comment
Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)