Ntah kenapa skang ni area rumah aku kat Jalan Kebangsaan, Taman Universiti tu lori sampah datang seminggu sekali jer. Aduhai..tak tahan la dengan lalat, ulat dan aroma yang mencengkam jiwa ni...ulat-ulat2nye pulak dah gemuk macam ulat mayat dalam CSI.
Kawan aku yang dok baris belakang rumah aku dah penah buat report ni kat MPJBT, tp hasilnya sangat tak patut...Memang keesokan hari dia buat report tu lori sampah datang, tapi dia pedajal kat rumah kawan aku ni. Semua sampah kat rumah sekitar tu dia pungut, tang rumah kawan aku dia tinggalkan. Aku tak taula macam mana diaorang punya Piagam
Pelanggan. Setahu aku report yang kita buat kepada
PBT, data peribadi si pengadu akan dirahsiakan daripada pihak kontraktor yang dipertanggungjawabkan. Tapi ni...macam mana budak2 lori sampah tu boleh tahu rumah si pengadu....?
Cukai pintu kitorang setahun RM480 tau...pastu bila kita mengadu sampah tak pungut boleh pulak dia buat camtu...tak profesional langsung. Nak kena pergi mengadu kat Karam Singh Walia dalam Aduan Rakyat TV3 kottt....
cepat2 wat aduan.. hehehehe...
ReplyDeletetempat kitorang okla.. rasenye 2 hari skali derang dtg.. sabtu ngan ahadpn kadang2 lori datang pungut.. kdg siang.. kdg mlm.. dulu duk segamat cam pelik jek lori sampah datang memalam hari hehehe..
tp yg tak beshnye lepas dia amik sampah tu.. tong sampah dia tinggal bersepah.. bukan nak letak kt tempat asal.. nnti tong kemana.. tutup pun ntah kemane2