kereta raya - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, October 2, 2010

kereta raya

Kelmarin masa koi nak parking kereta nak beli sarapan, tayar kereta aku bergesel dengan kerb…alah batu yang disusun tepi jalan tu…tu la namanya kerb. Aku mmg tak pass kalau parking sisi…hasilnya..sport rim raya yang belum pun berusia sebulan telah mengalami kecederaan..alamak! macam mana nak cakap kat En. Suami aku ni…

kereta personagambar hiasan:rim yg cedera kat sebelah penumpang..

Sport rim ni En. Suami baru je pasang masa balik kampung raya ari tu...dia kata pasang kat Segamat murah..kalau kat JB mahal...ni dia pasang RM1600 masuk tayar sekali...

”habis tayar kita tu?kan elok lagi..”

”Tolak kat kedai la...sbb tu dapat RM1600”


Hmmm..Kiranya RM2k jugakla kos sport rim ni...apalah nak bazir duit beli benda entah apa nih..tak pakai sport rim tayar tu berpusing jugak...tapi ni kata-kataku dalam hati jek la..

Belum pun sebulan daku dah calar balarkan sport
rim baru dia...huhu..mesti dia kata daku nak sabotaj dia nanti...tapi bila tengok dari jauh..nampak lawo jugak kereta daku pakai sport rim ni..nampak macam kereta mewah gitu...hahaha...perasan!

Pagi semalam masa nak pergi kerja daku tunjuk k
e En Suami daku...rim dia dah cedera... nasib baik dia tak cakap apa apa...Cuma dia cakap ”mama..mama....”
Sebagai galang gantinya, petang semalam koi p
ergi kedai Brother’s kat taman Universiti tu...konon nak belikan wiper baru, sebab dah keras. Tapi tangan ni gatal betul nak usik itu ini...sudahnya terbeli pulak CD holder dengan pasang apa ntah namanya...orang kedai tu cakap boleh menjimatkan minyak...menggalakkan pembakaran sempurna...apa-apalah...jadinya...,Wiper = RM59, CD holder = RM 23.80 dengan bende nak kasi jimat minyak tu RM68, menjadikan jumlah perbelanjaan yang tak masuk bajet bulanan ialah RM150.80.

CD holder yg tak brape nak ade CD


No comments:

Post a Comment

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad