Semalam koi tertengok cerita Senario Asam garam yang mana CD dibawak oleh anak sedara koi...nak tengok Senario, tapi player kat rumah deme rosak..so, deme sekeluarga datang la umah koi bawak CD untuk tontonan kome sekeluarga.
Koi tengok la sikit..lepas tu terus rasa tak boleh nak layan cerita tu...betul-betul tak boleh tengok...mungkin isi ceritanya bagus, tapi daripada koi tengok cerita tu baik koi goreng cekodok. Koi ni pesennyer..kalau koi tak suka kat sorang pelakon tu..tiba2 jer nanti cerita tu jadi tak sedap langsung.
Masalah koi adalah koi tak suka bebenor dengan watak Azlee yang tak pernah berkembang dari dulu sampai sekarang. Suka sangat juling-julingkan matanyer tu. Nak kata lawak, tak lawak pun. Tiap kali berlakon mesti nak juling-julingkan mata. Masa dalam senario the movie, kalau nak juling2 tak kisahlaa...watak tu sesuai dengan lawak spastik sebab dia pegang watak budak terencat akal masa tu...
Sejak filem senario the movie tu..koi tengok suka bebnor dia juling-julingkan matanyer...koi bukan nak hentam senariokoi sebenornya minat sesangat dengan kumpulan Senario ni...tapi tu satu ketika dulu la..Filem Senario Lagi koi tengok wayang, Filem Lagi Lagi Senario pon koi tengok wayang, Senario Lang Buana koi tengok wayang, Senario XX pun koi tengok wayang....tu citer Lagi Lagi Senario..tak cukup tengok wayang beli pulak Cdnyer...original tauuu....punyer minatnyer sampai hapal setiap dialog dalam tu...alah yg citer wahid dgn apek jadi tukang tebar roti canai tu...
Dalam Senario XX Azlee pegang watak tok bomoh,..bila koi tengok citer Jangan Pandang Belakang Congkak...watak tok bomoh dulu dan sekarang sama jer...cara melontarkan dialog., cara berpakaian...alahai...! dia kena buat homework sikit la...memang la asalnye pelawak...tap tak semestinye seorang pelawak kena jadi pelawak sampai mati...sebab pelawak tu juga seorang pelakon. Pastu kalau lepas ni ade lagi 3 filem suruh dia jadik Tok Bomoh...pun sama jugak gamaknye lakonannyer sebagai Tok Bomoh tu...ini bukannya trade mark..tapi ni streotype..
Azlee ni kena cari peluang untuk buat sesuatu yang lain yang tak menyampahkan orang. Contohnya berlakon drama raya penuh airmata arahan rashid sibir ker..jadi orang kaya kaya dalam drama Rosyam Noor ker...atau jadi gengster tak hengat atau drifter atau cikgu karate atau orang tua yang idupnye melarat ker. Dengan kapasiti tubuh badannya itu..memang layak dah dia nak pegang watak2 bapak nih...kite ni dahla kekurangan pelakon lelaki...sejak pemergian Allayarham Ismail Din, Allayarhan Sukery Hashim dan Allayarham M. Rajoli...koi rasa drama2 Melayu ni kurang serinyer..nasib baik ade Jalil Hamid @ Pak Sya’aban @ hero tua yang kutunggu tunggu setiap malam Jumaat dalam slot Zehra...
Macam En. Suami koi..memang tak boleh in langsung dengan citer Senario...baik filem..filem drama..baik apa2 lahh..asal ade team senario..dia dah buat muka...lebih lebih lagi kalau ada Mazlan dangan Azlee...wahid ok sikit..koi kalau tengok TV memang tak serasi dia En. Suami koi...dia tak senario, koi suka pulak..dia suka channel 811,812,813 dan seangkatan dengannya..koi suka 104,105,711..tapi skang dua dua pun skang ni kena tengok chanel 611,612,613,615...kesian kitorang hari hari kena tengok kartun..
Post Top Ad
Friday, December 3, 2010
senario Asam Garam...dah tengok??
Tags
# azlee Senario
# senario
About AzianKhalil
senario
in
azlee Senario,
senario
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
Author Details
Nama penuh koi Azian binti Khalil. Lahir pada tahun 1981. Koi tu adalah kata ganti diri pertama ikut loghat sesetengah daerah di Pahang. Kawan-kawan selalu panggil Yan, Ayan & Mama Yan. Merupakan isteri & ibu kepada 6 orang anak.
Salam...
ReplyDeleteKoi pun x layan senario..
Koi layan 811,812,813,814
ngn.. 611,612,613,614,615..lalala :P
opss..lupe plak..106 xleh tggak :D
tulah kan, kadang² naik nyampah pon ade tgok dia buat macam tu..erm, kenelah tuka pesen jugak sekali sekala, iye dak?
ReplyDeletecik tom xtgk lg..tp cik tom xsuka la lawak senario..menyampah...
ReplyDeletep/s; seminggu cik tom tak online..skang sesi balas jejak entry+komen :)
hehe azly memang over samalah cam wahid.tak suka langsung
ReplyDelete