“awak tahu…kawan kita si Munah tu tak reti masak megi…” kata kawan aku Bedah kepada aku pada satu petang..
” haa..tak reti masak megi..?dia masak mana gaya (Dia masak macam mana)?” tanya aku semula kepada Munah..
”dia taruk telur dalam megi tu...lepas tu dikacaunya telur tu...habis hancur telur tu dalam megi” jawab Munah
Aku diam la kejap...erkk..tu namanya tak reti masak megi ke??Aku pun suka juga masak megi taruk telur pastu kacau kasi hancur...masak megi dgn telur hancur jarang sangat ke orang buat??pada aku itu yang sedapnye..
kalau bapak aku pula... masak megi siap kena tumis tumis bagai..dengan bawang..bilis...lada kecik...kalau ada stok kobis dalam peti pun masuk..telur wajib..tapi telur dia tak nak hancurkan,yang merah tu nanti keras sebijik kat dalam megi tu..kadang kadang koi merungut jugak..apalah susah susah nak masak megi kena tumis tumis bagai...kan kat plastik ada tulis 2 minit jer..kalau nak masak macam selera bapak aku tu dah jadi 7-8 minit...untuk amatur macam aku ni dah jadik 15 minit..
kalau pada Munah masak megi kacau telur sampai hancur tu kira tak reti masak megi...pada aku orang yang meginya main rendam rendam je dalam air panas tu yang tak reti masak megi. Tapi bila aku masuk asrama, aku pun rendam jugak megi...dan hasilnya...cukuplah untuk alas perut dan melayan nafsu makan yang datang tak kira waktu..
dialog kat atas tu tadi tu berlaku kira kira 15 tahun yang lalu. Skang bila koi dah merantau..megi tu dah macam macam cara masak dah aku jumpa. Bukan takat taruk telur ajer...taruk macam macam...megi goreng mamak style..megi masak sup pun ada...tu tak kira lagi bergedil megi lahh...murtabak megi lahh..
walaupun selalu didedahkan dengan bahaya makan megi @ mi segera ni...tapi tabiat tu memang payah nak ubah...kadang kadang makan megi bukan sebab lapar atau sebab bajet lari atau sebab malas nak masak...tapi sebab dah lama tak makan megi...
apsal lak citer pasal megi ni...sajelah..sebab koi baru aje lepas masakkan en. Suami koi megi...siap tumis tau...taruk telur sebijik...taraaa....
Post Top Ad
Monday, February 21, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
Author Details
Nama penuh koi Azian binti Khalil. Lahir pada tahun 1981. Koi tu adalah kata ganti diri pertama ikut loghat sesetengah daerah di Pahang. Kawan-kawan selalu panggil Yan, Ayan & Mama Yan. Merupakan isteri & ibu kepada 6 orang anak.
ko buatkan aku satu yan, laparla x breakfast lagi huhuhuh
ReplyDeleteaju>gi ambik air panas kat water heater depan bilik cikgu rohani..pastu rendam..cam tak biasa pulakkk
ReplyDeleteuiii orang kabo lembab otok kalu banyok makan megi ter...
ReplyDeletehahahha ingat lagi memori kita ekk...yan aku tag ko join GA kerepek bestt!!!
ReplyDeletecemomoi>benda yang sedap2 ni mmg byk side effect
ReplyDeleteaju>oraitt