Baiki kabel HT - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, March 14, 2011

Baiki kabel HT

Nak buat kerja korek korek tanah ni bukan senang tau..sebab kita tak tau apa kemungkinan yang ada dalam tanah..kemungkinan yang selalu ada tu kalau yang best best cam jumpa harta karun takpelah jugak.. ni kebanyakannya benda-benda yang merbahaya kepada kesihatan pekerja pekerja yang tengah mengorek dan jugak masyarakat setempat…

Apa pulak kena mengena dengan masyarakat setempat? Maunyer tak kena.kalau dah kerja mengorek ngorek tu pecahkan paip air yang lalu ikut bawah tanah kat situ kan bekalan air putus..kan dah tak mandi...

Sajelah MY nak kongsi akibat daripada kerja kerja mengorek tanah yang MY buat dalam entri kerja hujung minggu. First sekali JCB yang korek tanah tu dah koyakkan kulit luar bagi kabel HT. Kabel HT ni kabel yang ada voltan tinggi, kabel ni lah yang membekalkan kuasa daripada pencawang kepada pencawang. Kalau masa kerja korekan tu kita buat kabel tu putus, habis satu UTM takde api..dan tentulah akan berlaku letupan kat tempat kita korek tu. Tapi sebab dia luka sikit jer..so kita panggillah orang datang repair. Sekali repair harganya RM650 yer tuan puan.

Repair HT kabelKabel bervoltan tinggi telah dibaiki...

Yang keduanya pulak kecederaan pada kabel hanya disedari selepas 3 minggu kerja-kerja korekan. Di mana lampu jalan sepanjang jalan utama UTM tak berfungsi bermula dari tiang yang paling hampir dengan kerja korekan hinggalah ke Fakulti kejuruteraan awam. So koi kena lah panggil askar askar Mama Yan untuk korek balik kat sebelah tiang tu untuk carik balik kabel lampu jalan tu..

lampu jalankerja korekan semula kabel lampu sedang dijalankan

Bila dah korek hasilnya..kelihatan lah kabel yang telah luka akibat letupan kecil dalam tanah. Letupan ni berlaku akibat daripada luka kecil pada kabel tersebut tetapi tidak diselenggara semula sebelum kerja kerja backfill dilakukan..haiyyaa...masa kerja backfill (kambus semula) hari tu...hari dah pun malam...manalah MY nampak kabel tu rosak atau luka. Kalau nampak...mestilah MY repair dulu...bila kabel tu luka sikit, air akan masuk sedikit dumi sedikit dan akhirnya pastilah akan menyumbang kepada kemusnahan.

gambar Kabel yang dah rosak

Kiranya kalau sebelum tutup dengan tanah balik..MY cuci cuci sikit wayar tu daripada tanah dan pasir...pastu balut kemas kemas dengan pita warna hitam tu...rasanya takla macam ni jadinya. Dan kos untuk pembaikpulihan kabel lampu tu agak besarla jugak...mula mula budak tu mintak RM700...kecek kecek dapatla RM550...huh..nak pau orang tak agak agak! Oleh sebab kadarnya koi rasa agak mahal..so MY tak syorkan la panggil budak budak ni datang untuk repair yerr

kerja-kerja penyambungan kabelkerja-kerja penyambungan kabel menggunakan 'kapal selam'

Walaubagaimana pun kerja pembaikpulihan berjalan dngan lancar dan lampu jalan kat Fakulti Sains Komputer tu berfungsi balik macam biasa...MY menyaksikan sendiri dari awal sampai akhir proses pembaikpulih lampu jalan tu...kalau la ada handy manny dekat dekat sni kan bagus..takyah Mama Yan susah nak cari sub yang murah harganya...dah tentu free,..yelah koi tak pernah pun tengok Handy Manny tu ambik duit lepas buat kerja...balik-balik...

”terima kasih Manny...”

”oh tak mengapa...itukan tugas kami..lagipun kami memang suka menolong orang...”

hahaha...MY memang dah separuh biol agaknya..kartun nak dibuat perbandingan dunia sebenar,,,,muahahaha

Handy Manny at Channel 613 Astro

Cuma yang paling best masa koi nak bayar pada Uncle yang repair HT cable tu...Uncle tu ambik RM600 jer,…rm50 lagi…dia kata buat banja minum petang MY kat site…hmm..oleh kerana dia telah bermurah hati memberikan MY duit minum petang…MY pun bermurah hatilah mempromosikan beliau dalam blog koi ni...

Sekiranya ada kerosakan pada kabel voltan tinggi di sekitar johor yer..silalah hubungi Uncle Manohar..019-7711521..kerjanya memang pantas dan kemas...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad