Ujian Penguasa Bomba KB41 - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, November 18, 2011

Ujian Penguasa Bomba KB41

hari Khamis 17 nov 2011 yang lalu, Mama Yan berpeluang mengikuti ujian kecergasan dan pancaindera untuk jawatan pegawai Penguasa Bomba gred KB41. Pukul 8 tu macam biasalah, ada briefing sikit sikit..lepas tu tu isi borang...borang akuan..yelah..manalah tau kot-kot tengah ujian tu semput ke..jantung terhenti ker..putus urat perut ker...taklah bomba disalahkan sebab kat borang akuan tu kita dah tandatangan yang ujian tu diambil atas kerelaan sendiri dan akan bertanggungjawab atas keselamatan diri sendiri... 

 lepas dah isi borang tu, ambil tinggi dan berat badan... hmm..pada surat panggilan tu sebenarnya ada tulis ketinggian minimum yang dikehendaki..agak agak tak pass...tak payah la datang ujian okeh..buang masa jer ambil cuti...berat badan pun sama..agak agak tak cukup berat...sebelum datang makanlah banyak-banyak supaya mempunyai berat badan yang cukup okeh. 

 Kalau berat badan dan ketinggian minima dah lepas dah...tapi itu belum mencukupi sebab kena kira BMI pula...hahaha...masa ni memang ramai yang kantoi tak lepas BMI yang dikehendaki....Mama Yan pun nyaris2 juga tak lepas...kalau calon lelaki kena ambik ukuran dada...pompuan tak payah..bukannya uji bakat jadi model baju dalam.

  Lepas dah siap ambil berat badan..ujian mata pula..dia nak 6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta sesentuh atau lain lain alat bantu penglihatan. Ramai juga yang pakai contact lense...tapi kena buka..ade seorang tu tak nak mengaku pakai contact lense...tapi bomba tu cakap..ada sebab kenapa kita tak nak orang rabun...pastu dia cakap masa training nanti memang lasak...ada ke masa awak orang ni nak cuci contact lense...tengah tidur kena kejut...tak kan nak tidur malam nak pakai kanta sesentuh. 

Entah apa lagilah bomba tu bebelkan...last last budak tu tanggalkan juga... lepas ujian tahap kerabunan..ujian rabun warna pula...ujian ni biasa kita ambik di sekolah sekolah dulu... dalam ujian JPJ pun ada kalau tak silap. 

Dah melepasi semua ujian pancaindera...jeng jeng jeng... tibalah masa untuk ujian kecergasan fizikal yang mana MY sedia maklum bahawasanya MY memang tak cergas. Dari tadika sampai masuk u tak pernah menang tempat 1,2,3 dalam sebarang jenis sukan pun...lumba lari ker..lompat jauh ker..lompat tinggi ker...jangan kata wakil rumah sukan...wakil sukantara pun Mama Yan tak pernah menyumbang barang seketul dua mata untuk rumah sukan... 

 Mula mula kena angkat pemberat..alah..pemberat tu rupanya macam benda angkat berat dalam sukan kat tv tu..tapi untuk pompuan ringan jer...46 kg...alah..memang kacang ah...bukan dia suruh angkat pastu julang tinggi-tinggi pun..angkat paras pinggang jer. lepas dah sampai paras pinggang tu letak la balik...bukan dia suruh hold barang 30 saat pun...

Tapi orang laki kena angkat lebih sikit lah..54 kg separas dada...ramai jer yang tak lepas..hehe... lepas angkat berat kena panjat tali..hahaha..yang ni MY mmg surrender...tapi walau macam manapun, MY tetap cuba juga...hihi...memang tak lepas punya...berat badan MY ajer dekat 70kg...masa MY bujang-bujang dengan berat badan tak sampai 50kg pun, MY tak berupaya nak main apa benda namanya tu ..alah yang kat taman tu..crossing monkey kot...memang Mama Yan tak dilahirkan untuk bersukan dan berlasak-lasak begini...bak kata my encik suami yang setia menemani dari ambil kedatangan hingga percubaan memanjat tali....."budak budak pompuan yang berjaya panjat tali tu semuanya gifted..."...hmmm..yelah tu...

Lepas berjaya memanjat tali, para calon akan diminta menjulang tangga ajax atau tangga bomba tu lah. Ramai calon lelaki melepasi ujian sampai sini.
Yang paling tak sangka,
ramai calon lelaki kantoi masa panjat tangga sebab gayat.
oohhh... baru tahu..
Ramai rupanya lelaki yang gayat dengan ketinggian rupanya.
Menggigil gigil naik tangga.

gambar dari website akademi bomba dan penyelamat.

yang tak tahannya..untuk hadir ujian ni..MY siap beli kasut baru..track bottom baru..stokin baru...hehe..nampak sangat memang tak pernah bersukan...so, kasut tu akan berpindah mlik kepada encik suami la nampaknya..nak tunggu MY pakai...hmm..tengoklah..kot kot dapat panggilan ujian kecergasan kastam pulak ke...entah bila tahun la pulak...SPA ni..orang kata..walaupun kita tahu kita tak pass...bila dipanggil..haraplah dapat menghadirkan diri...sebab kalau sekali panggil tak datang...dia dah tak panggil lagi...kata orangla..Mama Yan pun tak thau...so..sebelum isi form SPA pastikan yang anda memiliki kelayakan untuk jawatan tersebut okay.. apapun...MY enjoy the moment

1 comment:

  1. ujian kerabunan takut nanti tengok api warna indigo la pulok

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad