Cara kira kayu - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, November 17, 2011

Cara kira kayu

entri Mama Yan hari ni khas untuk rakan-rakan seperjuangan MY...siapa siapa yang tak tahu lagi cara cara kira kayu atau formula untuk convert kuantiti kayu dari batang ke ukuran berat...

ukuran berat ni diperlukan untuk order kayu kat kilang. 
kalau projek besar besar kita order kat kilang pakai ukuran berat..order 1 tan ker..2 tan kerr..kalau takat nak buat pondok jaga kat depan sekolah tak payah order sampa satu tan...order pakai panjang jer...beli kat harware...

biasa kalau tanya kat sub workers berapa banyak kayu dia nak pakai...dia akan sebut ikut suka ati dia jer...sebab bukan dia yang kena bayar kayu tu...bila kita order pula kat bos...bos akan jerit pulak kat kita...
"banyak benor kayu nak pakai..kurangkan sikit.."
jadi...kita kena kira berapa bnyak kayu nak pakai..pastu tunjuk kat dia..bukti yang kita dah kira..

okey...kawan kawan..adik adik...
cara kira kayu ni hanya terpakai untuk MLHW atau kayu chapcha sahaja yer...kayu yang kita guna dalam projek pembinaan sebagai props atau untuk buat acuan konkrit (formwork)...cara kira ni tak terpakai untuk kayu kayu yang berketumpatan tinggi dan keras seperti cengal, jati, nyatoh, keruing untuk buat perabot orang kaya Seman atau buat tiang seri Istana Seri Menanti


cara mengira kuantiti kayu

Mama Yan pun baru aje tau cara kira kayu ni...sebelum ni main order jerrr....maklumla dulu kerja kompeni PKK kelas A..takat 10-20 tan kayu apa ada hal....sekarang keja kompeni kiut miut...kenalah belanja dengan berhemat...hahaha...setiap satu item yg di order kalau boleh jangan ada lebih...semua kena ngam ngam..hohoho... patutla kepala dah penuh uban.



selamat mengira para QS...!
Kesian korang kan..
Takde orang ajar..
Sampai terpaksa google cara cara mengira kayu.
Mujurlah ada blogger yang sudi kongsikan setulus ikhlas di hati cara mengira kayu ni.
hahaha...
Apapun terima kasih Mama Yan ucapkan kepada para pengunjung.
Koranglah yang menaikkan semangat untuk MY berkongsi ilmu yang tak sampai sezarah kuman saiznya ni.

14 comments:

  1. wah..siap kena kira mcm tu sekali..
    dulu ekin order pasir ke crusher run ke pki tan..
    kira kayu x pernah plak..hehe

    ReplyDelete
  2. tak pernah lagi kira kayu..
    cute mum asyik kira harga perkhimatan macam potong rumput 1 kaki berapa kita cas..
    tak suka bila kena kira harga tender.. letih memikir..

    ReplyDelete
  3. ekin>kira pasir pun ada pekali dia yang nak didarabkan dengan isipadu pasir/crusher run yang kita nak order..tapi yang ni tak tepat sgt...untuk estimate boleh la...

    ReplyDelete
  4. cute mum> yang tu pun koi ada kira juga..slalu keja macam tu kalau nak isik sebutharaga majlis majlis...nnt boleh la kita berkongsi maklumat harga tender ni yerr..

    ReplyDelete
  5. @Matts Noq Papua
    Dah 2 tahun resign..dah malas nk buka buku nota..tak tahu la apa bendanya tu...maaf ye

    ReplyDelete
  6. Formula 7200 kaki/feet tu ada lah satuan TAN isi dari ukuran kayu
    Contoh 1 inc x 1 inc x 1 kaki/feet itu jumlah nya jadi satu kaki/ feet.
    Kalau kayu ukuran sebanyak 7200 unit sama dengan satu TAN.

    Contoh.
    Ada org beli kayu beloti satu TAN ukuran
    2 inc x 3 inc x 16 kaki/feet sebanyak 75 batang itu total nya adalah satu TAN.
    Kalau harga satu tan nya 3000,000
    Bagi 75 batang berarti harga beloti itu satu batang nya 40.000.

    ReplyDelete
  7. Terbaik akak ni, sapa pernah keje somil(sawmill)(kilang papan) tahu lah pasal ukuran kayu ni,
    Pengetahuan tan kayu tu satu hal, satu lagu saiz kayu, banyak kilang papan jual tak cukup saiz sebenarnya, contoh kita gi beli kayu 1x2 inci, tapi sebenarnya saiz dia tak sampai 1inci kali 2 inci, dia potong 7 hun x 1inci, 7hun( sy pun tak tahu ejaan istilah dia yg sebenar),
    Dimana 8 hun bersamaan 1 inci,
    Jaid kayu yg kita beli sebenarnya tidak cukup 1 inci, kurang 1 hun lebar dan kurang1 hun tinggi.

    ReplyDelete
  8. Walaupun saya tak kerja bidang ini tapi seronok baca ilmu baru yang Mama Yan kongsikan.. Terbaik..

    ReplyDelete
  9. mula2 ingat kena guna satu unit sahaja untuk jalan kira ini, sebab kebiasaan bila kira formula mesti samakan unit.

    contohnya: (1 inch x 2 inch x 8 kaki x 450 nos) / 7200
    kepada : (0.0833 kaki x 0.1667 kaki x 450 nos) / 7200

    tak sangka formula ini kena guna terus unit dia

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad