Pantai Air Papan, Mersing, Johor Darul Takzim - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, November 10, 2011

Pantai Air Papan, Mersing, Johor Darul Takzim

kerna termakan dek kata2 seorang sahabat, En. Suami MY membawa kami sekeluarga ke Pantai Air Papan, Mersing....huhu...siap siap masak dalam kul 9 kitorang gerak..
ikut jalan lama Kulai-Kota Tinggi_mersing...sampai kat simpang kat kota..koi dah bising2 pasal jauh sangat nak ke Air Papan...baik ke Desaru, atau Teluk Ramunia atau ke Tanjung balau ajer...
tapi En. Suami nak jugak ke Air Papan, sebab kawan dia kata Pantai Air Papan is the most beautiful beach kat Johor...huhu...2 jam jugakla dari JB ke Air Papan.

sampai ajer bentang tikar..oleh kerana Adik Moq tengah tidur dalam kereta...
carik port bawah pokok...angkat adik Moq..
baringkan..huhu..lama pulak budak Mok ni tidur bawah pokok tepi pantai ni...
berangin jer...huhu..best...
sampai pun dah dekat kul 12..kitorang pun makan bekal dulu...

MY bawak bihun goreng jer..leceh nak bawak nasi dan lauk..pastu ada la jajan dengan roti untuk anak-anak...sementara tunggu Adik mok bangun..
Kami belikan Abang Mukhlis buih sabun..
dok main tiup buih kat tepi pantai tak payah tiup-tiup pun...
celup dan angkat...angin pantai tolong tiup kan buih sabun.

adik Mok tidur bawoh pokok tepi laut dengan lenanya..

tapi kat air Papan ni orang tak ramai sangat macam pergi Tanjung Balau bulan lepas..mungkin sebab dah nak masuk hujung tahun...angin dah mula kuat..
ombak pun agak besar..tak tenang macam kat Tanjung Balau...
pastu ada sekumpulan budak budak JPA tengah buat latihan menyelamat...
macam susah jer...dengan nak berenang lawan ombak tu...
ishhh...kompom MY tak boleh buat
pasir kat Pantai Air papan ni...halus....
tapi jenis yang ade banyak kulit cengkerang yang dah hancur...
habis satu kepala lekat habuk putih putih...
payah pulak tu nak hilang...

pantai air papan mersing
tapi walau macammana pun..
MY kagum dengan kerjasama orang kampung ni menjaga kawasan pantai...
dengan bayaran serendah 3 ringgit untuk masuk, 
memang kita puas hatila...bersih..tong sampah banyak...
sampah pun takde bersepah sepah sana sini..
tempat mandi, tandas pun banyak...
memang oklah untuk beristirehat..
banyak pilihan pulak tu untuk beli souvenir..
pelampung untuk ank mandi pun murah-murah jer...takde la cekik darah sangat...

Pantai Air Papan Mersing

on the way nak balik ke JB..kitorang singgah la kat kedai kedai menjual hasil laut...
mak aih...murah murahnya...
tak tau pulak kat mersing ni banyak jual hasil laut cam kopok lekor, ikan kering, kopok macam macam ade...
harga pun boleh tahan la jugak...
yang agak mengkagumkan...
tempat buat keropok lekor dia tu..buat daripada stainless steel..berkilat..
dan yang penting...
sangaaattttttla bersih..
tak sempat la pulak nak snap snap gambar...
sibuk dengan super duper hero MY ni yang berlari sana sini ni...

lepas ni kalau nak mandi laut lagi kena tunggu lepas bulan 1 tahun 2012 pulak..
 skang laut dah mula bergelora...dah tak sesuai nak bawah anak anak bawah 5 tahun mandi...ok bertemu lagi dalam episod pantai tahun depannn....

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. bestnya.... tido tepi pantai memang menyamankan....huhu~~

    ReplyDelete
  3. teringat crita sri mersing...

    bila la nak sampai kat situ

    ReplyDelete
  4. Koi ni terpengaruh dengan damak la ni...dari pahang berhijrah ke johor..tapi koi dok la dagang merempat cam damak

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad