Bayaran penulis "Ombak Rindu" tak setimpal - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, December 9, 2011

Bayaran penulis "Ombak Rindu" tak setimpal

7 Dis - Kehebatan filem "Ombak Rindu" tidak perlu disangkal lagi apabila berjaya mendapat kutipan RM 4 juta dalam masa 4 hari, tetapi penulis novel tersebut tampil kecewa atas tidak dapat terlibat dalam produksi filem itu. Novel "Ombak Rindu" yang diterbitkan oleh Alaf 21 telah dicetak semula sebanyak 23 kali sejak tahun 2000, tetapi pemilihan adaptasi itu tidak boleh menjauhkan dirinya dari kontroversi. 

 Isu timbul apabila penulis novel "Ombak Rindu", Fauziah Ashari, nyata kecewa dengan pihak produksi kerana tidak memanggilnya untuk sama-sama menyertai produksi ini sebagai penasihat skrip hatta penulis skrip. Ini kerana selaku pemilik idea asal, mereka lebih mengetahui isi dan memahami jalan cerita novel itu sendiri. Kini isu bayaran tidak setimpal pulak telah disuarakan oleh penulis novel yang mengatakan bahawa bayaran yang diterima cukup-cukup untuk tambang pergi dan balik dari Johor ke Kuala Lumpur dek kerana sokongan padu untuk filem "Ombak Rindu". "Tiada apa yang tinggal," kata Fauziah lagi, " tiada sesen pun untuk saya kalau nak diikutkan bayaran yang diterima, tetapi perjanjian telah dibuat, sepatutnya pihak bertanggungjawab lebih prihatin tentang isu ini kerana apa yang diolah dari "Ombak Rindu" hampir kesemuanya adalah idea asal saya. Termasuk bait ayat yang disampaikan oleh Lisa Surihani, " Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah". Itu juga merupakan ayat yang ada di novel," ujar Fauziah. 

 "Nasihat sebagai penulis selepas ini kepada organisasi yang telus dalam menguruskan kewangan, adalah untuk adil dan saksama untuk kepentingan menjaga hak masing-masing. Apa jua yang ingin dilakukan yang melibatkan hasil ciptaan pihak lain, perlu dibincang dari akar umbi. Fauziah juga mengambil contoh penerbit barat yang mengangkat martabat penulis setanding dengan nama besar yang lain. Ini yang perlu kita contohi." "Ombak Rindu" dibarisi oleh pelakon hebat seperti Aaron Aziz, Lisa Surihani dan Maya Karin pasti memerlukan pelaburan yang banyak dari pihak penerbit Tarantella Productions Sdn Bhd yang dipelopori pengarah ternama Sharad Shadan selaku penerbit filem ini. 

 ***koi ingat bila diadaptasi penulis dapat royalti juta-juta... rupenyer.. uhhh... makan hati....

1 comment:

  1. Sepatutnya kene Ada persetujuan seawal lagi, sian penulis2, penat2 kerah idea

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad