Sejak kita dilahirkan sudah ada idola yang harus menjadi ikutan kita dalam kehidupan seharian.
Iaitu Nabi Muhammad SAW. Adalah sunah untuk kita mengikut kebiasaan Rasulullah SAW seperti cara makan Rasulullah SAW. Sebelum itu mari kita renungkan kaedah makan Rasulullah SAW dan mengikutinya.
Insyallah perut kita selamat daripada buncit dan sakit perut.
1. Membaca Bismillah ketika hendak makan, dan mengakhirinya dengan membaca Alhamdulillah.
2. Mencuci tangan sebelum dan sesudah makan.
3. Menjauhi sikap berlebihan dan gelojoh.
4. Makan dengan tiga jari.
5. Duduk tegak semasa makan dan tidak bersandar.
6. Minum dengan tiga kali tegukan.
7. Mendahulukan makan buah-buahan sebelum makan daging (makanan utama).
8. Menutup makanan dan minuman di atas meja.
9. Mencuci mulut (berkumur) sebelum dan setelah makan.
10. Suplemen makanan terbaik adalah madu.
11. Tidak memasukkan makanan pada makanan.
12. Menjilat jari.
13. Nabi melarang menggabungkan antara susu dan ikan, cuka dan susu, cuka dan ikan, buah dan susu, cuka dan nasi, delima dengan tepung, kobis dengan ikan, bawang putih dengan bawang merah, makanan lama dengan makanan baru, makanan asam dengan makanan pedas, makanan panas dengan makanan dingin.
14. Tidak tidur setelah makan.
15. Makan bersama-sama dan tidak sendiri-sendiri.
16. Makan sambil berbincang dan tidak diam.
17. Menghormati budaya dan tradisi makan yang ada di tempat kita makan. Dilarang menghina atau membenci makanan, sekalipun makanan itu di luar kebiasaan kita.
18. Bersikap lembut terhadap orang sakit dengan tidak memaksa makan makanan tertentu.
19. Menjaga perasaan orang lain dengan tidak membelakangkan posisi mereka.
20. Tidak mencampurkan makanan yang terlalu panas dan minuman yang terlalu dingin.
21. Tidak memakan daging setiap hari, melainkan berselang hari.
22. Tidak memakan buah semasa baru sembuh dari sakit.
23. Tidak pernah menolak undangan makan, bahkan jika yang dihidangkan nilainya sangat murah.
Untuk para pembaca yang ingin berdiet, lakukanlah seperti diet anjuran Rasulullah. Anda tidak perlu menjaga makanan anda dengan jumlah yang sangat sedikit kerana itu akan sangat menyiksa anda. Anda hanya perlu mengunyah makanan yang anda makan sampai 32 kali kunyahan atau sampai benar-benar halus untuk ditelan. Dengan cara tersebut maka kerja perut akan berkurangan..
Jaga pemakanan ikut sunnah rasul insya Allah jaga kesihatan juga kan
ReplyDeleteAssalammualaikum ...
ReplyDeleteSedar tak sedar, banyak yang kita terlepas pandang kan ... Nak cuba la makan dengan tiga jari ... Agak2 boleh ker ? Errkkk
makan pakai 3 jari..terpakai untuk makan lempeng, jemput jemput cicah sambal sadin,capati kari kambing, roti canai...uhhh..sedapnyer
ReplyDeleteterima kasihhh ... byk ilmu berguna ni.. tp konfius gak la.. bwg putih n merah x boleh campur... so how ma?
ReplyDeleteGood entri...Rujukan terbaik setiap perbuatan dan perlakuan...Nabi Muhammad SAW. Sempena Maulidur Rasul ini marilah kita mulakannya...
ReplyDelete