Pagi tadi masa tunggu giliran kat Klinik Ibu Anak tengok ade berita pasal penderaan kanak-kanak di Alor Setar. Tajuk beritanya "Bapa Tiri Mangsa disiasat" . Kalau dah ade bukti dan saksi takyah nak siasat-siasat lagi...siat-siat jer..
Lepas tengok berita dalam TV tu terus terngiang-ngiang lagu Derita ni...Penah tak dengar lagu Derita nyanyian kumpulan Okid?? Lirik cam kat bawah ni...tapi kalau nak dengar lagu...kat youtube ada rasanya. Apalah yang ada dalam kepala hotak si pendera ni ek?? Takde belas kesian ker..alangkan kucing mengiau kelaparan pun kita kesian, ini pulak budak menangis...Ya Allah...ngeri bila dibayangkan. tak sampai hati nak tgk video klip yang di'link'kan dari youtube ke fb baru2 ni...
Yang mendera dalam tempoh 2 ke 3 tahun kebelakangan ni selalunya teman lelaki ibu mangsa, bapa tiri mangsa dan Ibu mangsa yang merupakan ibu tunggal. Beratnya dugaan menjadi ibu tunggal ni...Semoga Allah Taala jauhkan kita semua dari kejadian dan persekitaran seperti ini...
Tajuk : Derita
By Okid
Buka mata dan lihatlah..
Insan kecil yang tak berdosa
Jadi mainan dan hinaan semua
Manusia tiada berpedoman...
Apakah salah mereka
Menjadi mangsa yang terbiar..
Dia disiksa tanpa rasa simpati
Hanya melihat darah merah mengalir ke bumi...
Chorus:
Sengsara kan terasa...
Di sepanjang hayatnya...
Tangisan tak bersuara
Insan yang sekecil tu... Merasa
Peritnya derita....
Ditanggung jua...
Mengapa dia disiksa
Hingga lesu tak bermaya
Haruskah kita menyaksikan
Penderitaan pada mereka
Apa nasib mereka jika ini masih terjadi
Kita sama sama membantu
Melindungi hidup mereka..
Mereka perlukan perhatian
Bukan penyiksaan yang diminta
Berikan kasih dan belaian mesramu
Moga diberi petunjuk dan hidayah yang sejati...
Sengsara kan terasa...
Di sepanjang hayatnya...
Tangisan tak bersuara
Insan yang sekecil tu... Merasa
Peritnya derita....
Ditanggung jua...
Mengapa dia disiksa
Hingga lesu tak bermaya
Haruskah kita menyaksikan
Penderitaan pada mereka
Apa nasib mereka jika ini masih terjadi
Kita sama sama membantu
Melindungi hidup mereka..
Mereka perlukan perhatian
Bukan penyiksaan yang diminta
Berikan kasih dan belaian mesramu
Moga diberi petunjuk dan hidayah yang sejati...
Sebahagian petikan dari Utusan Malaysia:-
Kes-kes kematian akibat penderaan bukan merupakan fenomena yang baru di
Malaysia. Kes-kes penderaan yang tidak membawa maut mula dikesan seawal
tahun 60-an lagi disusuli dengan penemuan-penemuan golongan perubatan
mengenai kecederaan-kecederaan yang dialami kanak-kanak yang dikatakan
bukan disebabkan oleh kemalangan (non-accidental injuries). Kes-kes
sebegini telah diterbitkan di dalam jurnal-jurnal perubatan dan
perkembangan ini dikenalpasti rentetan daripada the battered baby
syndrome yang mula diperkatakan oleh Profesor Kempe di awal 60-an di
Amerika.
Di Malaysia, penderaan kanak-kanak mula diterima sebagai suatu
permasalahan sosial di dalam tahun 1990, selepas penderaan kejam yang
berlaku dan menyebabkan kematian S.Balasundram, kanak-kanak kecil yang
ditinggalkan di sebuah tandas air di Hospital Kuala Lumpur dengan
kesan-kesan penderaan fizikal dan seksual yang dahsyat. Kematian
Balasundram mencetuskan reaksi yang luarbiasa di kalangan masyarakat
kerana tidak terjangkau di fikiran kita terdapat manusia sekejam pendera
Balasundram, yang sanggup mendera seorang kanak-kanak yang tidak
berdosa sedemikian rupa. Balasundram meninggal dunia akibat pendarahan
dalaman yang teruk akibat didera secara fizikal dan bedah siasat
mendapati kesan-kesan luka baru dan lama juga kesan diliwat. Peristiwa
malang ini bagaimanapun menjadi pemangkin kepada penggubalan Akta
Pelindungan Kanak-Kanak 1991, akta khusus bagi menangani permasalahan
kanak-kanak yang memerlukan pelindungan
x tau nk komen apa dah KA
ReplyDeleteTapi perubahan akta tak dpt mengubah kejahatan org yg mendera tu pun. Kerajaan kena buat langkah yg lebih drastik la supaya org takut nak dera kanak2 lagi. Kes balasundram tu mcm penah dgr, tapi dah lupa kisahnya.
ReplyDeleteKA> dah terlalu banyak kes...
ReplyDeleteLyd > Balasundram tu antara kes pertama yg dapat liputan meluas kat Malaysia...tp dah lama sgt dah...
diana> ntahla kak..tgk sedutan sikit jer kat berita, itu pun kabur2..tak sampai hati nak tgk...
aduhhh tolonglah kesian kan budak2 nie ... apalahh yg mereka tahu nie , sampai nak dera2 nie !!! huhuh
ReplyDelete