entry hari ni takde kena mengena pun dgn makanan..terkenang masa kerja Al-Ikhsan dulu kitorang selalu main kutu atau main undi dengan rakan2 sepejabat dulu. Kebanyakan pekerja Al ikhsan tu adalah wargadaerah Skudai tu jer..lgpun masa tu mmg rapat dgn diorang semua,,,teruja la jugak nak main undi dengan diorang.
sempat la juga main dua round. sekali tu main 10 orang, sorang bayar seratus. Undi-undi nama koi dapat last sekali...huhu..sabarnya lah nak menunggu utk dapat duit 900 tu (tak masuk duit kita) . Last sekali koi berjaya jugak dapat tapi dapat 800 jer...sbb sorang drpd ahli kutu tu dah cabut lari..huhu...masa tu rasa marah sangat..habis semua sumpah seranah maki hamun keluar. Yelah...terasa diri dikhianati...cewahhh...
Ketua undi tu nak bayarkan 100 lagi tu..tapi koi menolak selepas mendengar bahawasanya bukan koi seorang yang terkena. Ramai lagi yang terkena. Bila melihat kembali latar belakang akak tu....kesian pulak..mungkin dia ade masalah yang kita tak tahu....Bila masa berlalu...koi pun dah halalkan duit tu...koi pun tak kaya dan tak juga jadi papa kedana kerana duit seratus yang dia tak bayar tu.
selepas bertahun-tahun koi terbaca pulak keratan akhbar yang mengatakan main kutu ni haram. Eh haram apa pasal pulak..bukan ade unsur unsur riba pun...lg haram masuk saham2 kat bank tu yang mana kita tak tahu dari mana sumber duit kita tu terberanak....owwh..rupanya haram kerana ianya tidak didaftarkan. Lagipun ianya mengundang bahaya penyelewengan. last2 kang balai polis jugak yang semak...
kalau kat kampung...makcik-makcik kat kampung yang mana pendapatannya berbentuk gaji harian cam menoreh ke...jual sayur ker...aktiviti main undi ni masih lagi berleluasa sebenarnya. Lagipun diorang kat kampung tu dah macam sedara mara. Satu nama bayar 10-15 ringgit seminggu. Yelah..kat kampung nak gi keluar bandar pun semata mata nak buat saving 50 ringgit sebulan mmg malas dan tak berbaloi. Jadi dgn cara ni dapatlah menabung dengan cara yang mudah. Biasanya ketua undi adalah orang yg berkenderaan dan senang nak keluar ke bandar. yelah dah kumpul2 duit orang takkan nak simpan bawah bantal, buat sementara utk genapkan sebulan simpanlah dalam bank dulu.
Kadang2 tgk ketua undi ni..tak dapat profit apa2 pun...pusing kutip duit orang satu kampung...risiko lagi...apa yang buat diorang suka sgt jadi ketua undi ntah. kalau duit hilang ker...terpakai ker..dah jadi kerja nak ganti pulak.
Korang pulak camne.?? pernah ke main kutu ni...ker pernah berkutu....koi masa darjah dua dulu pernah la berkutu...huhu..azab mak koi cuci kepala dengan asam belimbing buluh...yelah dapat detect ada kutu pun dah malam..nak cari ubat kutu pun kedai dah tutup...makanya dgn belimbing buluh belakang rumoh je mak koi tonyoh tonyoh kat kepala koi...pedihnyelah....padan muka koi..sapa suruh tak jaga kepala sendiri. haha...
Syok2 bc n3 ni...dtg my ank 6 yrs ol...dia pn join baca...skli nya dia sebut kuat2..."aik...main kutu-kutu pn masuk srt kabar"....trus sy ketawa....hahaha...mls nk xplain...diri tgh pnt...misti my ank pkir mcm2...
ReplyDeletesistem kutu ni kalau ahli yang membayarnya ok.. takde laa nak risau kan.. yang dah dapat duit pastu lari yang tu sakit hati..
ReplyDeletelagipun kutu yang azian main ni duit azian gak.. cuma nak bagi duit tu tersimpan.. maybe ada laaa berkenan satu benda yg harga seribu.. kalau nak simpan mesti terguna juga.. bila main kutu ni.. sampai time kita dah ada duit seribu untuk beli kan??
masa keje kat astro dlu selalu main kutu...hhhihi...suka bila dpt turn kita...tpi kena dgn org yg betul2 percaya..klu x mmg jadi bahan la kita...
ReplyDeletemmg duit kite sendiri jugak...takde dividen takde bunga..cuma kalau nak simpan sendiri mmg liat
ReplyDeletealamak haram ke ??
ReplyDeletehuhuh tapi main nie bagus , kita dah leh jimat duit utk benda2 penting ;)
Skim termasuk dalam kategori haram seperti dinyatakan dlm surat kabo ni merujuk kepada skim yg modal besar punya. Yang kutu sesama kawan2 tu takde masalah. Boleh je main. Koi pun tgh main kutu skrg. Yg kutu dgn kawan2 tu tak termasuk dlm akta SSM.
ReplyDeletePastu bleh plok dia citer pasal kutu kepala. Hehehe.
aku tak pernah main kutu. aku main jongkang jongkit je :p
ReplyDeletedulu masa kecik mak koi dok main kutu pinggan mangkuk, kutu gelas, kutu periuk,kutu duit tu dah sah lah....seiring dengan perubahan teknologi...sekarang ade kutu mesin jahit, kutu breast pump, kutu penapis air, kutu premium beautiful
ReplyDeletedulu2 adelah hehehe
ReplyDelete