26 Januari 2013, 6.50 ptg
Koi sampai rumah ibu mertua koi. Lihat kak Minah dalam bilik...bersalam dengannya...aku duduk di hujung kakinya sambil picit2 betis dan berbual-bual. Walaupun hanya aku sorang yang bercakap, dia tetap cuba memberi reaksi terbaik untukku. sesekali Kak Minah bersuara juga,tetapi amat garau dan penuh seksa utk keluarkan sepatah perkataan. Perutnya yg membusung kelihatan sama seperti perut koi yang mengandung 5 bulan ni. Kuku dan matanya kelihatan kekuningan. Pada ketika ini, Kak minah masih mampu menelan air.
27 Januari 2013, 1.00 ptg
Kak minah sudah tidak dapat mengawal kencing. Langsung sudah tidak mengangkat papan punggung. Mak ambil keputusan ntuk membawanya ke hospital. Pada asalnya ingin membawanya ke Hospital Sultan Ismail, tetapi Kak Minah sudah tidak mampu untuk berada dalam kenderaan dalam masa yang lama. Akhirnya, mak meminta memanggilkan ambulan untuk membawanya ke hospital Segamat kerana dalam ambulan terdapat bantuan oksigen sekiranya Kak Minah semput dalam perjalanan.
Sesampainya di hospital, terus dikejarkan ke Unit kecemasan kerana Kak Minah tidak sedarkan diri. beberapa jam dalam Unit kecemasan, Kak Minah agal stabil dan ditempatkan di wad perempuan. Kemudian, Doktor membuat keputusan untuk memindahkan Kak Minah ke ICU.
27 Januari 2013, 7.00 malam
Kak Minah ditempatkan ke ICU, salur oksigen dimasukkan terus sehingga ke paru-paru kerana Kak Minah sudah tidak mampu bernafas dengan sendiri. Doktor di Hospital Segamat dengan sedaya upaya mencari ikhtiar dan punca penyakit Kak Minah. Sementara mak dan abg Napi (suami kak Minah) terus menerus menunggu di luar wad ICU dengan seribu tanda tanya kerana doktor masih lagi berusaha. Pukul 10.00 malam koi dan suami menjengah mak di hospital, mak belum makan/minum sepanjang hari. Selepas berbual-bual dengan mak...barulah mak minta dibelikan air oren twister kerana tekaknya berasa sangat pahit dan haus. Koi belikan air oren dan sebuku roti kelapa. Mak telan roti lambat-lambat dengan bantuan air oren. Puas juga memujuk mak supaya makan, koi takut mak pulak yang sakit kerana kehilangan air dan gula secara drastik.
28 Januari 2013, 8.00 pagi
Doktor panggil mak untuk berbincang. Punca sakit telah dikenalpasti. Doktor sudah mula meramalkan jangka hayat, tapi mak bercerita, doktor sangat berhati hati mengeluarkan setiap patah perkataan agar tidak mengguris perasaan mak walaupun doktor tersebut berbangsa Cina. barah payudara yang dihidapi dua tahun yang lalu dan telah diisytiharkan oleh HSI sebagai 'bebas kanser' rupanya telah merebak ke hati dan paru-paru Kak Minah. Hatinya telah kehilangan fungsi sepenuhnya dan itu menyebabkan perutnya membusung. Paru-parunya yang telah diserang sel barah menyukarkan Kak minah bernafas dengan sempurna. Doktor memberitahu, sehingga ini hayatnya bergantung semata-mata kepada mesin bantuan pernafasan tersebut. Doktor masih berusaha mencari jalan terbaik untuk mengubati Kak Minah
28 Januari 2013, 2.00 petang
Kami anak beranak datang menjengah mak di luar wad ICU. Mak sedang baca Yasin di luar wad. Suami koi pergi menjengah kakaknya di dalam wad sementara koi tidak punya keberanian utk melihatnya. Mak cerita ketika mak berbisik ke telinganya...Kak Minah sudah tidak punya upaya utk memberi tindak balas. Mak bisikkan supaya kuatkan semangat demi anak-anak dan sebutlah ALLAH, ALLAH, ALLAH dalam hati...mak cerita air mata Kak Minah mengalir tanpa henti tatkala mak berbisik ke telinga. keseluruhan anggota badannya sudah tidak mampu bergerak hanya bola matanya sahaja kelihatan bergerak-gerak di bawah lapisan kelopak mata yang tertutup rapat.
29 Januari 2013, 4.00 pagi
Mak berbisik pada Kak Minah, "Minah, mak nak balik mandi kejap. Nanti mak datang balik jaga engkau ye. Kuatkan semangat". sehabis ayat terakhir mak, Kak Minah mengangkat tangannya hendak memegang mak. Tak pasti sama ada tidak izinkan mak pulang tinggalkannya sebentar atau dia hendak ikut mak pulang.
Melihatkan Kak Minah sudah mula memberi reaksi, mak tinggalkan sebentar dengan sedikit kelegaan.
29 Januari 2013, 8.00 pagi
Doktor panggil mak, "makcik...kami dah berusaha yang terbaik. Sekiranya kami masih mencuba kami bimbang hanya akan terus menyakitkannya. Kami mengalah. kami tidak meminta makcik membawa pulang anak makcik tetapi keadaan tidak akan berubah menjadi lebih baik kerana keseluruhan organ badannya telah hilang fungi."
Mak telefon semua anak2 dan berbincang dengan suami kak Minah. Bertanyakan suami koi, pastinya ia soalan yang tak terjawab. Akhirnya mak ambil keputusan untuk bawa pulang ke rumah dan mencabut mesin bantuan oksigen di rumah di hadapan adik beradik.
29 january 2013, 6.00 petang
semua adik beradik telah berkumpul. Long sebagai anak sulung dipertanggungjawabkan untuk mencabut sistem bantuan oksigen dari Kak Minah. Selepas Long mecabut wayar salura oksigen, kak Minah terus tercungap-cungap. Mak dan suami koi bisikkan kalimah 'Lailahailallah' di telinga Kak Minah. Air mata Kak Minah mengalir tanpa hanti di pipinya, Suami koi kesat air matanya dan kemudian suami koi pula yang gagal menahan perasaannya. Suami koi berundur dan Abg Napi pula membisikkan kalimah Allah ke telinga isterinya. Selepas 15-20 minit keadannya, akhirnya Kak minah pergi jua.
Al Fatihah buat kakak ipar koi Tuminah binti Samah. Kitorang akan sentiasa rindukan Kak Minah.
Post Top Ad
Thursday, January 31, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
Author Details
Nama penuh koi Azian binti Khalil. Lahir pada tahun 1981. Koi tu adalah kata ganti diri pertama ikut loghat sesetengah daerah di Pahang. Kawan-kawan selalu panggil Yan, Ayan & Mama Yan. Merupakan isteri & ibu kepada 6 orang anak.
Innalillahiwainnailaihirajiun.... Semoga kak minah diberikan yang terbaik oleh Allah.
ReplyDeleteBeratnya hati sebab terpaksa cabut mesin hayat. Satu keputusan yang sgt pedih untuk dilakukan. Kak minah tu ada anak tak?
@LydSunshine ada 4 orang semuanya...malah seorang daripadanya anak istimewa
ReplyDeletesalam takziah...
ReplyDeleteAl-Fatihah buat arwah...
alfatihah semoga rohnya dicucuri rahmat aminn
ReplyDeletesalam takziah kak...
ReplyDeleteSedih mengenangkan anak anak nya
Moga suaminya tabah..demi anak anak
Alfatihah
Tiada kata2 dapat ku ucapkan hanya alfatihah buat arwah.
ReplyDeleteYg pergi sudah pasti tempatnya, kita yg hidup ini perlu meneruskan kehidupan...semoga Allah membantu suami dan anak2nya.
Takziah utk Nafisa dan family.
ReplyDeleteSama tarikh dengan kematian arwah ayah mentua saya rupanya.
sedihnya...takziah...
ReplyDeleteteringat plak kat arwah mak ngah..sakit yg sama jugak...sedih..