Pakaian Semasa Mengandung - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, March 8, 2013

Pakaian Semasa Mengandung

Hari Selasa hari tu masa MY pergi klinik check perut, 
MY tengok ramai betul ibu-ibu muslimah bergaya ala-ala hot mama la...
eh..koi bukan jeles yer....tak jeles langsung cuma mata MY ni tertanya tanya kepada akal MY..
Apakah perasaan mereka yang berpakaian begitu. 
Oh..MY juga tidak berjilbab berstokin, tetapi masih berada dalam batasan yang MY fikirkan normal.

Kiranya kalau ikut gambaran stage kat atas ni masih berada dalam lingkungan 6-7 la...

Tapi kadang-kadang tu tengok...dengan perut boyot pakai legging lagi...
adeh geli betul mata MY nengoknya...sekali lagi MY nyatakan bahawasanya MY tak cemburu langsung...memang tak ...
tapi sebenarnya sangat geli melihat wanita sarat mengandung memakai baju tanpa lengan dan seluar legging. 


Lebih kurang cengginila baju-baju yang dipakai. Kalau yang pakai tu Chinese...mata kita tak hairan sangat.. tapi bila yang pakai tu perempuan Melayu..rasa segan pulak dengan bangsa-bangsa asing.

apabila kandungan telah memasuki 3rd trimester, sesetengah ibu mengandung akan mengalami masalah kulit akibat ketakstabilan hormon. Antaranya lingkaran gelap antara ari-ari dan pusat, bahagian bawah leher menjadi kehitaman dan ketiak menjadi hitam. Bayangkanlah pakai baju takde lengan dengan ketiak hitam berkarat tu..apa yang nak dibanggakan sebenarnya??

Seeloknya, pakailah pakaian yang sopan apabila ke pejabat kerajaan dan tempat awam. Hormati tempat tempat tersebut. Bukan sahaja di masjid kita kena berpakaian sopan, tapi juga di tempat tempat awam seperti klinik, balai polis, hospital, sekolah dan taman taman awam. 
Kesian mata suami orang lain. Letih dia nak kawal mata dari terlihat benda yang tak sepatutnya...hahaha 

lagi satu..kalau pakai meternity dress tu...silalah pakai kain lain atau seluar panjang di dalamnya yer...pakai pula dress yang warnanya lembut2 dan terang. 
dress warna kuning air la, warna biru muda la..cantik memang la cantik, 
tak salah pun untuk kelihatan cantik..tapi kat dalam tu cuma ada sepentot dgn bra ajer lat-lat...aiyyyyoooo...
berdiri depan pintu...puas orang dari dalam klinik scan setiap inci muffin dan kuih bangkit kat dalam tu. memang Clean & Clear. 
Macam nak tegur, tapi nampak macam poyo pulak kang...

Heh..macam poyo pulak Mama Yan kan ...dah macam mamat stailista tu...Oppps!!


3 comments:

  1. hahaha.. kuih bangkit dan muffin.. klas gitu

    tula nampak wanita mengandung skrg suka pakai baju ketat2.. x elok pun.. nampak seksi

    ReplyDelete
  2. hmm rara suka baju ngandung kat scarlet.cantik2.

    ReplyDelete
  3. Adehh... sian anak yg dikandung dpt ibu yg cenggitu.. opsss...gulp.

    Anyway, moga Allah menurunkan hidayah.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad