Pergi expo mama & baby - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, March 24, 2013

Pergi expo mama & baby

semalam pukul 10 pagi, MY, suami dan anak-anak dah sampai ke Danga City Mall. Sebab start kul 10, ingatkan pukul 10 tak ramai orang, rupanya...mak aihh...ramainya

Pusing sikit...si Adik dah tarik-tarik tangan ajak keluar. Last-last ayah dia bawak budak dua orang tu keluar, MY shopping sorang kat dalam.

Punyalah banyak booth di dalam tu...dan keadaan sangat padat dan bila padat dah tentulah panas. Pusing2 macam tak tahu nak cari apa la pulak. dah puas MY ronda-ronda..barulah putuskan apa yang nak dibeli..antara hasil nya adalah:

Set pengurusan uri = RM30
Mandian Herba TYT = RM40
Sanitary pad Libresse = Biru RM10, Ungu RM13
Nursing bra (buy 2 free 1) = RM25.80
Baju baby 3 pasang + tisu lembab+spentot pakai buang+sarung tangan/kaki jenama Fiffy = RM67

Totalnya adalah dalam RM200. MY beli barang yang susah nak suruh En suami belikan ajer. Setakat pampers anak tu dia boleh beli di kedai ubat cina. Sama aje harga kat kedai ubat tu dengan dekat expo semalam. Baju baby pun banyak yang simple sesangat yang dah ada garis lipat pun ada. haha..ni betul2 nak melelong namanya. takpelah...Baju newborn ni bukan boleh beli bebanyak pun...kejap jer dah sempit.

MY siap shopping dalam kul 11.30. Hero hero MY dah melepek kat luar tu dengan muka kepenatan. eleh penat penat pun sempat lagi pow mama robot. Pasal malam sebelum tu tengok cerita transformers, seboleh-bolehnya nak beli robot...Okaylah nak..mama belanja kamu berdua robot...hehe...cari yang paling murah tau....

Asalnya nak pergi hari Jumaat, tapi hari Jumaat en. suami ada meeting pulak...so terpaksalah kansel..pergi Hari Sabtu pulak..memang tak selesa nak membeli belah...mahu tak...orang terlalu ramai. Masa MY nak keluar tu...orang dah terlalu padat sampai nak cari jalan keluar pun pening.

Niat hati nak cari breast pump,tapi takpelah...takde yang murah pun. Semua harga meletop. pulak tu semua jual pakai pakej2. Nantilah..ni ada masa lagi ni...

4 comments:

  1. emmm senang hati mamanya shopping, itulah anak2 ni kejap je baik, bila dah ramai2 tu rimas, takpe ada masa lagi nk survey breastpump tu yan

    ReplyDelete
  2. ekspo macam ni harganya memang jauh lagi murah ke?

    ReplyDelete
  3. janji ada rupa robot sudahlah kan...hehe

    ReplyDelete
  4. wah shopping sakan yer

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad