- kaunter Badan Cemerlang Angsana
- kaunter Guardian Taman Impian Emas
- haa....ni yg koi nak cerita
Kitorang pun makan lah kat Restoran Agus Taman Impian Emas. Kat sini tak banyak restoran melayu, sebelah Restoran Agus ada Restoran My Friend. Tapi sejarah makan kat My Frien ni servis lembab, makanan oklah...sedap gak. Sebab konon nak cepat sebab anak buah kitorang tu tak boleh masuk asrama lepas kul 10malam.
Kitorang sampai kul 8.15malam, sebelum order tanya dulu...lambat tak? Dia kata tak lambat. Sini tukang masak ramai. Oklah. Siap ambik order...dia hantar air. Lega jugaklah sebab terus hantar air...tapi kesudahannya....air soya tin adik dah habis, air suam koi dah habis, makanan tak sampai lagi.
Tepat kul 9 malam makanan sampai. Order Sup campur...datang sup cendawan. Okay lagi...bedal jer..janji ada kuah. Order Ikan siakap 3 rasa...yang koi rasa ada 2 rasa jer...satu rasa pedas...lagi satu rasa hanyir. Dalam ikan tu tak berapa masak. perghh....hancus. punah harapan. pasal dah lambat kan...bedal ajerlah. Tak baik bising-bising depan rezeki. 9.40malam kitorang siap makan dan bayar. Nasik utk 5 orang, cendawan goreng, telur dadar 2 biji, siakap 3 rasa medium saiz, sup cendawan saiz M, air suam, teh tarik, air tin 3. Semua sekali RM82.
naik kereta, baru start ngomel-ngomel ikan dia tak sedap. Kurang masak. hmmm....Restoran Agus ni ada lagi satu cawangan kat Taman Universiti. Selalu makan ala carte dgn nasik ayam penyet je kat sini. Sedap gak. Sesekali order nasik dgn lauk pauk...kureng la pulak. nasiknya pun agak keras. macam nak buat nasik goreng.
En Suami kata..."okeh..last la datang sini". Sedap lagi makan kat singgah selalu...cepat dan berbaloi dengan masakan. walaupun tak sampai menjilat jari...tapi takde komplen tak puas hati la...Sebab tu lah kitorang selalu makan kat rumah jer. Masak sendiri lagik puas hati. Tak sedap pun tak besar sangat modalnya...
Kalu camtu mmg banned trus kak kedai tu..
ReplyDeleteNape tak komplen kak?
Ala, saya plak geram
Ramai yg berniaga asal boleh.. kitaorang pun lbh suka mkn kat umah, klau kat kedai ada je benda yg nk di komplennya...
ReplyDeleteKat JB ni mmg mcm tu la...
ReplyDeleteNak betul2 sedap.. makan la kat rumah Puan Mirror... hehehee... gurau je.
mmg x kan pegi situ lagilah gamaknyer yer
ReplyDeleteaduhhh kesiannya
ReplyDelete