Nasi Ayam Ringkas - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, February 1, 2022

Nasi Ayam Ringkas

Ini adalah republish entry.
MY tukar semula kata ganti nama diri dan ejaan,
edit sedikit dary entry asal yang bertarikh 10 April 2013.
********************

Yerr...malam tadi anak-anak MY tiba-tiba nak makan nasi ayam. 
Haa...nasi ayam apa pula...tadi taknak cakap awal-awal. 
Ayah tak beli ayam la hari ni. 
Hari ni menu ikan...mana nak datang nasi ayam pulak. Haii...budak2 ni..macam macam permintaannya. Terpaksala masak nasi ayam tipu-tipu..asalkan tak serupa nasi biasa dah la...MY pakai resepi nasi minyak sikit tapi campur dengan kiub pati ayam.

Bahan-bahannya:
3 pot beras
3 pot air
1 1/4 pot susu cair
2 helai daun pandan
garam secukup rasa
1 kiub pati ayam
3 ulas bawang merah kecil - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
2 sudu mentega untuk menumis
sedikit rempah tumis ( bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan uah pelaga)

Nasi ayam
Mula-mula masukkan beras yang dah dicuci dalam periuk nasi.
Sukatan adalah 3 pot beras, 3 pot air, dan 1 suku pot susu cair.
Masukkan juga 2 helai daun pandan yang bakal memberi lebih aroma kepada nasi ayam tipu-tipu ni. Pakai pot yang percuma masa beli rice cooker yer...comel dan kecik jer...
sesuai la untuk makan malam 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak bawah umur 5 tahun.

nasi ayam mudah
Sambil tu...dalam kuali,
tumis bawang kecil 3 ulas, bawang putih 3 ulas, halia seinci yang dah ditumbuk-tumbuk.
 Tumiskan dengan bunga cengkih, bunga lawang, buah kepala berlaga dan kulit kayu manis.
MY tumis dengan 2 sudu besar butter...sekadar mencepathabiskan stok butter dalam peti ais je sebenarnya,
Tapi memang sedap nasi yang ditumis dengan mentega ni.

nasi ayam mudah
Kemudian..bila dah garing dan naik bau tumisan tadi tu...
pindahkan hasil tumisan tadi tu dalam periuk nasi elektrik pula.
Godak-godak hingga sebati..masukkan seketul kiub pati ayam...pastu tutup periuk.
Biarkan dia masak sendiri.
Bila periuk nasik tu dah berbunyi 'cetet', tu tanda nasi dah masak...
buka periuk kejap.
Godak-godak nasik tu biar dia gembur-gembur sikit.
Pastu tutup api periuk tu. Biar seketika...


Haa...kalau nak lagi sedap tambah la kismis ker...bawang goreng ke.. masa nak hidang nanti. 
Tapi kat rumah MY ni kalau taruk semua benda tu...
Budak-budak dengan mak budaknya akan kuis-kuis semua taburan tu. 
Jadi lebih baik kalau tak payah tabur-tabur. 
Dengan sukatan ini...InsyaAllah nasi tak keras...tak lembik..sedang-sedang aje masaknya. 
Bolehla untuk orang-orang amatur macam MY ni.

Tapi malangnya gambar dah siap masak takde yer...bukan apa..
En Suami MY selalu ketawakan MY kalau nampak MY ambil gambar makanan. 
"Amik gambar sebelum, semasa, selepas untuk hantar claim ke ni?" 
Jadinya memang takde mood nak ambil gambar selepas.

Anak-anak makan dengan selera dan bertambah-tambah. 
Tapi kesian..nasi ayam berlauk ikan cencaru bakar jer...sebab semalam memang takde plan nak masak ayam pun. 
Budak-budak suka la...mama dengan ayahnya rasa muak pulak nak habiskan nasi...yelah dengan susu cair dan butter kan..

Siap makan..'mama esok nak makan nasik ayam lagi tau"
hehe...kembang sikit mamanya ni dengar..sedap yer mama boyot masak. 
haha....

9 comments:

  1. tipu ke betul tapi kalau sedap apa salahnya kan???hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  2. air tangan ibu memang sedap tuh yg anak2 koi berselera tuh...:)

    ReplyDelete
  3. mmg sedap lah kalau ibu yng masak kan !

    ReplyDelete
  4. hmmm sedaplah tu yan, tu bukan tipu, tu masakan ikhlas utk anak2, air tangan ibu masak apa pun semua sedap kan, berbaloi mak yung masak ;)

    ReplyDelete
  5. mihmih. akak rendah diri. hehe. sedap lah tu. hiih. next time tangkap gambar je..hiih. kita pun selalu malu kalau nak tangkap gmbar sebab hubby saya jeling.. hihhi

    ReplyDelete
  6. Sedapnya.. Nak masak nasi ayam tapi tak masak masak lagi ni... Naura baru kebah demam bercampur dengan pinggang sakit jadi tunjuk tunjuk kat kedai je..

    ReplyDelete
  7. Nasi ayam memang tak pernah menjemukan

    ReplyDelete
  8. Sedap nasi ayam tumis gunaa mentega. Harum aroma tumisan tu. Memang sedap lagi tambah kismis, bawang goreng, daun bawang dll.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad