Diabetis - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, August 1, 2013

Diabetis

Hari isnin hari tu koi dapat sms dari adik bagitau mak masuk wad. Pastu teruslah call abah tanya sebab call mak tak dapat.

Abah cakap mak sihat, tapi doktor suruh rehat kat wad sebab darah tinggi dan kencing manis naik serentak. Ibu jari kaki mak pulak luka sebab tersadung. Dah sebulan lukanya tak baik-baik pergilah hospital. Dari situlah baru tau yg mak ada kencing manis. Bacaannya 16 pulak

Call mak tak angkat2 pulak tu. Mungkin tengah dirawat kot. Tak lama lepas tu abah call lagi. Abah kata doktor nak hantar hospital K.Lipis untuk potong ibu jari kaki mak yg luka tu supaya tak melarat. Tapi abah mintak postpone lepas raya. Buat sementara ni tiap2 hari abah hantar mak cuci luka tu kat klinik.

Esoknya koi poskan krim ajaib bio ever untuk mak. Koi pakai berkesan bagi mengecutkan buasir. Harap-harap berkesan jugak kat mak koi. Kalau nak harapkan sembuh 100% tu memanglah tak dapat..dapatkan kurangkan jadilah.

Bila macam ni rasa jauh sangat jb ni. Tak sabar tunggu cuti raya. Semoga mak sihat selalu.

1 comment:

  1. faham apa yg awak rasa, sbb mama sy pun diabetis. seeloknya, awak nasihatkanlaa mak awak utk jaga pemakanan. jangan sampai jadi mama saya, sebab gula tinggi sampai kena strok. take a gud care of her ^_^

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad