Selamat pagi tuan-tuan dan puan-puan semua.
Resepi hari ni adalah kek coklat ye tuan-tuan dan puan-puan.
Kek coklat
kita hari ni, kita nak masak dalam microwave tau...mula-mula, senang
aje.
Kita google aje resepi kek coklat tu kat internet.
Pastu gi dapur,
tengok apa yang ada. Kat dapur koi hari ni semua ada.
Nampaknya makan
kek cekelat la kita jap lagi.
Siap-siap semua bancuhan, koi pun tuang dalam bekas putih ni.
Nampak cam keras je ni. Ntah jadi ntah tak. Tengok kat resepi masuk mw dgn suhu 500w slama 5 minit. Koi pulak tak tau acaner rupa 500w tu kat mw ni.
Koi pun letak setting P50, selama 5 minutes.
Dah habis masa 5 minit tu, koi tgk, jangan kata masak, takat suam-suam kuku je.
Koi pun masuk balik dalam mw. Taruk setting P100 letak 5 minit jugak
. Lepas 5 minit, yeay kek coklat dah siap. Cucuk garpu dah tak lekat, garpu kering, means dah masakla kann... Tapi rasa dia nko...haha..keras, pahit, bantat.
" Apa ni ma?"
Pasal malu nak sebut kek...
"Bingka coklat!"
Haha...oh my cake!
alahai tak menjadi ye yan, nmpknya mama kene try lagi ni, hihi haku lagi fail kuasa 8 hahahah
ReplyDeleteKek tu you keluar masuk, keluar masuk ke?. Mungkin termasuk angin la kot. Agaknya.
ReplyDelete