My 2nd hero... - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, April 20, 2015

My 2nd hero...

Last week cikgu tadika anak Mama Yan komplen
Katanya..anak Mama Yan tak ambil perhatian ketika sesi pembelajaran...
Takde tumpuan...
Cikgunya minta anak MY di bawa ke klinik untuk jumpa doktor dan seterusnya di refer ke pakar jika berkenaan..

Ini surat helaian komen dari cikgu terhadap anak koi yang nombor 2

 Pastu...En.Suami pun bawa la anak kitorang ni ke klinik kerajaan Taman Universiti...
Jumpa doktor...koi tak ikut pun...
Koi menanti penuh debaran di rumah...

Sepulangan mereka...
En.Suami koi kata...doktor kata adik mok ok je...
Doktor tanya dia jawab..
Doktor suruh nyanyi...dia nyanyi...
Doktor test bagi jigsaw puzzle..suruh buat...
"Wow..saya suka main puzzle..."
Dah siap...bagi doktor
"Saya dah siapkannya.."
Doktor kata eh..cepatnya...
Dan keputusannya...normal...tiada tanda tanda autisme...
Dia punya hubungan mata dengan  orang dengan bagus...
Dia boleh menjawab soalan dengan ayat penuh...
Doktor kata...cuma pelat sikit...
Nanti ok la....
Doktor ada bagi kertas...ciri ciri autisme...dia suh bagi cikgu tu...
Tapi koi tak bagi pun...

Hari tu cikgu dia kata dia suka mengamuk dalam kelas...
Bila koi tanya anak koi kenapa ? Dia kata cikgu bagi makan tu suruh dia makan mee gemuk yang pedas...
Ok...anak koi makan nasi dengan telur je...takpun sup kentang...suruh makan menda lain...memang dia taknak...

Dia tak mahu main di padang dengan rakan rakan..
Dengan sesiapa pun dia taknak main tengah panas...
Dia tak suka berpanas...
Kalau main kat playland jusco ke..marrybrown ke...dia nak la...

Tulisan doktor 😊😊

5 comments:

  1. Kita lebih faham anak kita kan..hehe

    ReplyDelete
  2. cikgu prihatin sangat ter... hihi
    ok juga sebenarnya yan.. contoh adik koi cikgu langsung buat tak tahu dia ada masalah walaupun mak koi tanya ngape dia slow sangat.. lepas mak koi meninggal koi bawa jumpa doktor.. dah doktor salahkan cikgu takan tak perasaan murid bermasalah alih2 dah terlambat sekarang blajar kat klas khas umur dah 18 tapi tak reti membaca lagi, nasib huruf dia dah kenal..

    ReplyDelete
  3. Tak suka main panas?
    Owhhh!. Itu gang Makcik Mirror
    la tu!!!. Confirm tu bukan
    autisme tp ciri2 nak jd org
    yg Hensem bila besar nt.
    Haha..

    ReplyDelete
  4. @nita
    Memang bagus sebenarnya...dan anak koi yang ke2 ni...memang lain sikit dr abangnya...

    ReplyDelete
  5. aku rasa boy memang cenggini kan, bila cikgu kata anak ni tak boleh fokus dalam kelas, rupanya kawan lain pun sama je, so lega, bebudak mmg cenggitu

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad