Perkongsian dr wall DrMohamad Faiz Maarof
Bismillah
17/9/15 -
Hari ni masuk gaji untuk penjawat awam. Biasanya 20hb tapi diawalkan memandangkan minggu depan Raya Haji jadi dapat melakukan persediaan awal
Biasanya gaji masuk je terus bayar komitmen2 bulanan - hutang / belanja bulan2 / sedekah / dll tapi jangan lupa peruntukkan sedikit untuk simpanan.
Syor dari AKPK Bank Negara - peruntukkan 5-10% daripada penghasilan bulanan untuk simpanan. Simpanan ada bermacam2: kecemasan / komitmen tahunan / pelaburan dll.
Simpanan untuk pelaburan: ASB / KWSP / Tabung Haji / unit trust / emas dll. Masing2 ada kebaikan dan kekurangan tetapi tujuannya sama iaitu untuk menggandakan wang.
Kepada kumpulan2 tertentu yang menyokong jenis2 pelaburan yang berlainan ini jangan terlalu taksub tp berhujahlah secara berhemah dan berlandaskan fakta
Saya syorkan anda semua untuk menabung EMAS FIZIKAL. Kelebihan utama emas berbanding pelaburan2 lain: emas kalis inflasi dan kuasa membeli masih dikekalkan. 1400 tahun dahulu harga kambing adalah 1 dinar. Sekarang pun 1 dinar dan masa akan datang pun dijangkakan masih 1 dinar
Pelaburan lain: cth selepas 30 tahun akan ada RM 1 juta..RM 1 juta sekarang boleh beli rumah banglo tapi adakah RM1 juta pada 30 tahun akan datang boleh beli rumah banglo yang sama juga? Mungkin memerlukan RM 2 juta atau lebih
Ayuh mulakan simpanan emas anda dengan 1g 1 bulan 1 keluarga
A
Post Top Ad
Thursday, September 17, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
Author Details
Nama penuh koi Azian binti Khalil. Lahir pada tahun 1981. Koi tu adalah kata ganti diri pertama ikut loghat sesetengah daerah di Pahang. Kawan-kawan selalu panggil Yan, Ayan & Mama Yan. Merupakan isteri & ibu kepada 6 orang anak.
Minggu lepas kalau tak silap
ReplyDeleterega emas turun..
Boleh la borong.