Kuliah Jumaat ; Menguap - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, October 30, 2015

Kuliah Jumaat ; Menguap

Menguap dalam Islam :

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah s.w.t suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucap 'Yarhamkallah'.Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadis Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Said Al-Khudri r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk melalui mulut yang terbuka".
(Riwayat Imam Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu."
(Hadis Riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tarmidzi)

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah s.w.t membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin."
(Hadis Riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tarmidzi)


Pengajaran daripada maksud hadis, antara adab-adab menguap & bersin:

1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.

3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.

4. Sunat ketika bersin mengucap "Alhamdulillah" & orang yang mendengarnya pula mengucapkan "Yarhamkallah".

5. Sunat mengucap "Astaghfirullah" selepas menguap.

Copy paste..sumber tak ingat

1 comment:

  1. kengkdg tanpa sedar terlupa nak tutup mulut bila menguap..tahap ngantuk gaban..selalu time skolah menengah dulu..asal subjek sejarah je automatik rs nk tdo..haha

    utk bersin, ucapkan doa buat si bersin..moga allah merahmatinya n menjauhi dia dri sbrg penyakit

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad