Cara Masak Sambal Belimbing Hitam - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, January 4, 2018

Cara Masak Sambal Belimbing Hitam

Dah lama tak buat sambal belimbing hitam sejak bersalinkan baby Mirzan. Mak kata bersalin operation tak boleh makan asam belimbing...
Tajam katanya...
Hmmm....
Adakah ketajamannya boleh membelah parut czer?
Wallahualam...
Dah dikata jangan makan...so takpayah la pertikaikan...ye takk??

Hari ni rasa teringin yang tak dapat nak ditahan lagi...
Jadi jomla kita ke dapur main masak masak

Dengan menggunakan pinggan IKEA...
Bajet la ikan bilis Sabah yang telah dibersihkan terlebih dahulu..ikan bilis kalau basuh jangan lama lama sangat...pastu dah siap basuh...toskan airnya. Kalau pakai ikan bilis Langkawi pun boleh juga...Raub takde ikan bilis ye...ikan bilis kat raub semua import.
Lepas tu...cili padi tu koi pakai cili padi kampung yg kecik2 tu...dalam 30 biji kot. Dah kira haritu...lupa pulak.
Belimbing pulak dalam 7 ke 8 ulas la gitu...
Belimbing ni...Mama Yan ambil sikit kat rumah ayahbonda ....
Buat sendiri memang takla...malas..menghabiskan gas aje.

Bahan-Bahan masak sambal belimbing rebus hitam cara Pahang:

10 ulas bawang merah kecil - mayang halus 
30 tangkai cili padi kampung - tumbuk lumat
segenggam ikan bilis
7 biji belimbing yang sudah direbus. (kalau takde yang rebus, pakai yang segar pun boleh) - tumbuk lumat




Bawang merah kecik..Mama Yan pakai bawang bombay...dah kira dah berapa ulas ari tu....
Time nak mengarang ni lupa la pulakk...
Dalam 10 ke 12 ulas rasanya
Bawang merah ni hiris nipis nipis tau...kalau nak pakai bawang kecik siam pun boleh juga...

Cara masak sambal belimbing hitam: 

Mula mula...cili padi dan belimbing hitam...tumbuk dulu sampai lumat kesumat..
Koi taruk garam sikit masa tumbuk cili padi tu...kalau tak letak garam...biji cili tu melenting lenting keluar dari lesung...
Lepas dua bahan tu dah lumat...
Masukkan pulak bawang dan bilisnya.
Bawang dan bilis ni jangan tumbuk sampai lumat. 
Tumbuk kasar kasar je...

sambal belimbing hitam
Aisehh..gambo terbalik la pulak.
Tak reti la pulak nak betulkan....so sila terbalikkan henpon/tab anda....


Lepas tu...tumis la kesemua bahan yang dah ditumbuk tu dalam kuali....
Mama Yan pun buat sikit je ni. Cukupla makan 2 ke 3 orang je...
tumbuk pakai lesung pulak kannn...
tak la lama sangat nak tunggu masak....seng seng kejap je...dah garing sambalnya.
Kalau guna blender, berair,
memang lama nak tunggu sambal masak.

Bila dah garing boleh la angkat dan hidangkann...
Memang sedap makan dgn nasik panas ok...
Dah..apa lagi...
Pergi la cari sesiapa yang ada jual belimbing buluh yang dah siap rebus tu...try buat sambal ni...

Sekian, wassalam

Dapat sikit je ni... 
Boleh la tahan 2 ke 3 kali makan je.

Ready to eat

1 comment:

  1. Ini kalau jumpa nasi memang jalan terus tak pandang kiri dan kanan dah. :)

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad