Kisah Si Bongsu - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, March 30, 2018

Kisah Si Bongsu

Eh....dekat setahun dah rupanya...
Rasa macam baru je naik ambulan dr KK Taman U ke HSA....
Hahaha...Okayla..sebelum terus terlupa di makan usia dan waktu...
baik tulis dalam ni...

Throwback 3 April 2017, Isnin
Sebenarnya koi kena dtg check up perut 2 minggu sekali.
Lepas tu..koi skip sekali...bila skip sekali...jadila sebulan tak jumpa doktor.


Ni tekanan darah selepas doktor kat KK suruh baring baring dulu...
Masa triage dengan nurse guna mesin bp yg elektronik tu 220/130...misi tukar pakai bp manual...200/130...misi dah berhuhuhu...
misi suruh duduk relax relax dan tenangkan fikiran...
Pastu bawak buku pink masuk bilik doktor.
Doktor pula ambil bp..jadi 190/130...
Bg ubat dan suruh baring...15 minit kendian repeat
Yang bawah je turun...yg atas sama je 190....

Doktor call Hospital Sultanah Aminah JB..
Pastu doktor pakar kata kena masuk ward...
Alahaiii...lemah sendi sendi mendengarnya...

Sementara doktor dan nurse nak siapkan report dan prepare apa yang nak dibawa...
Nurse2 lain insert line dulu...
Nnt senang nak masuk ubat kalau jadi apa-apa..

Koi ni pikir macam macam perkara nak kena settle.
Siapa nak ambil kereta kat klinik?
Siapa nak ambil anak balik sekolah?
Siapa nak masak?
Standard mak mak lah kan...

Terus call suami...suruh dia dtg jalan kaki sebab nanti nak kena bawa balik kereta...
Suami pula kejap lagi kena pergi meeting kat Pengerang .
Bukan la suami koi pentingkan kerja...
Tapi dah namanya meeting, kena juga pergi sebab tu la mata pencarian kitorang.
Lainla kitorang makan gaji...tak dapat pergi meeting...suruh la bos ganti orang lain.
Kome berdua ni nak ganti dengan sape lagi?

Nurse pula...bg ayat memujuk...
Ala kak...duduk rilek2 je kat ward.
Dalam 2 ke 3 hari..darah dah stabil nanti balik la...

Koi dengar rasa lega la sikit kan...
Masa pregnant yg kembar sebelum ni pun pernah juga masuk ward 3 malam...
Tapi lepastu balik rumah semula bawak perut besar.
Tekanan darah dah cun...
Doktor kasi balik.

Tak lama lepas tu...suami koi pun sampai klinik.
Koi bagi la kunci kereta dengan barang kemas koi yang tak seberapa ni sebab nurse suruh buka barang kemas...
Pas salam salam dengan suami...koi ikut doktor pergi kat ambulan.

Lepas tu...dengan doktor...dengan SN naik ambulan anto gi kecemasan.
Doktor suruh baring dalam ambulan tu...
Haishhh...koi sihat2 disuruh baring...
Rasa nak muntah...koi duduk je la tengok luar tingkap...
Dah la hari hujan...asik terfikir macam mana anak anak nak balik sekolah.
Selalu kalau hari hujan,
Mamanya ni jemput dengan payung kat pagar sekolah.

Turun je ambulan...terus disambut dengan kerusi roda....

"Puan...silakan duduk..."

"Alah..saya sihat la..nak jalan sendiri..."

"Duduk ajelah...kita kat hospital ni...nnt pakar marah saya pulak"

Dengan muka tak puas hati koi duduk atas wheelchair tu
"degil betul pompuan ni "...agaknya doktor tu ckp dlm hati.

Koi ditempatkan di wad OSC...dia macam separa ICU la..kat sini nurse check tekanan darah 15 minit sekali. Sukat urin. Sukat air yang koi minum.

Boringnya la...takleh main henpon...
Tak boleh duduk...
Tak boleh sandar...
Tak boleh bangun...
Tak boleh pergi toilet...kena baring je....
Tangan pun tak boleh letak kat kepala...kena lurus aje. STRESS!

Sajala tanya tanya... "Habis tu nurse..kalau saya nak buang air besar macam mana?"

"Pakaila bed pan...nanti saya tutup tirai..puan boleh la tunaikan hajat"

Inilah 'bed pan'


Errrkkk....stress sebab koi rasa koi sihat...
sakit sikit sikit biasala...perut dah besar kannn...tp dia kata tak sihat.
Tekanan darah terlalu tinggi. Bila2 masa je boleh sawan.

Memandangkan koi sampai ward dalam pukul 11...masuk ubat ikut drip tu...
Dalam pukul 3 macam tu..
Belum ada tanda tanda tekanan darah nak turun walaupun ubat dah nak habis.
Doktor pakar dok tanya lah...

"Mana suami? "

"Suami ada meeting. Habis meeting nnt dia datangla."

"Suami meeting kat mana?"

"Kat Pengerang"

"Oooo...keje Oil and Gas ke? "

Aku tak sempat jawab ye ke tak...doktor sambung lagi..
"Kalau suami dah datang bagitau dia doktor pakar nak jumpa"

Suami sampai dekat dekat pukul 4 petang gitu. Doktor pakar terus datang jumpa dan kenalkan diri...
"Saya Doktor Farah..pakar perbidanan di sini"

"Kalau sampai pukul 6 ni takde tanda tanda tekanan darah hendak kembali normal, puan boleh mula berpuasa ye. Kita terpaksa buat operation utk selamatkan nyawa puan dan baby juga"

Kitorang macam blur la kan...ada lagi 2 bulan sebelum tarikh jangkaan bersalin.
Barang apa pun tak beli lagi. Yang ada dulu2 dah sedekah kat orang.

Doktor Farah tu cerita la sikit sikit pasal kesan darah tinggi masa pregnant.
Dia kata biasa lepas bersalin akan kembali normal.
Tapi kes puan ni..
Ke enam enam kali kelahiran anak puan ada darah tinggi..
Saya rasa puan bukan PIH...
tapi memang ada darah tinggi..
cuma puan sahaja tak sedar..
Selepas ni, puan mesti buat rawatan susulan di KK yang terdekat

Masa bincang2 dengan doktor Farah ni...koi bisik la kat suami...boleh tak kalau nak ikat.
Suami pun sampaikan la kat doktor...boleh ke kalau nak ikat.

"Ye..boleh. Nanti saya bagi borang utk ditandatangani.
Puan mesti maklum sekiranya prosedur ikat telah dijalankan, puan tidak boleh mengandung lagi. Sekiranya hendak mengandung lagi, tidak semestinya berjaya sbb akan ada risiko.
Tetapi saya kira puan memang tak digalakkan mengandung lagi atas faktor faktor kesihatan lah."

Koi angguk je la. Sebab memang dah tak mahu lagi dah. Kesian anak anak. Terabai sebab asyik ada adik baby je. hehehe

Sebenarnya dalam seminggu dua tu...memang koi ada sakit kepala.
Kat opis pun kadang tidur je.
Masuk wad tu...bertambah pulak sakit kepalanya. Haishh.
Hidung pulak dah sebulan lebih rasa tersumbat aje tapi tak selesema.
Bernafas ikut mulut jee...tapi takde hal la...boleh aje lagi bernafas.

Dekat pukul 6 tu makanan malam dah diedarkan tapi koi makan sikit je sbb dah tak lalu makan.
baru 31 minggu  dah kena bersalin.
Risau la juga kan.

Badan dan start bengkak bengkak sebab banyak sangat masuk drip.
Mula mula bengkak kat kaki je...dah lama kot kaki bengkak tu...rasa biasa je.
Kaki tu bila ditekan..dia tak anjal... macam picit buah betik momor. Hahaha...
Lepas dah masuk air kiri kanan dengan ubat sekali, satu badan bengkak.
Tangan bengkak teruk, misi kata ubat ko tak jalan ni...cabut line..insert baru.
Nak insert branula tu...adoihhh...azab betul.
Sebab tangan sana sini dah bengkak, tak jumpa urat.
Yang cucuk pula HO.
Bertabahla demi melahirkan lebih ramai doktor pakar...tapi tak dapat juga nak tabah...air mata keluar sebab sakit oii...
Cucuk..rodok2 sebab nak cari urat..lepas tu tarik semula...Lepas tu repeat lagi beberapa kali...

Macam ni edema...bengkak berisi air...bila tekan dan tak anjal dah.

Malam tu, tidur memang terganggu sangat. Sebab pertama sejuk. Sebab kedua dah start sawan kot. Tak tahu sawan tu ,macam mana. tapi bila pejam mat nak tido rasa berpusing pusing.
Last sekali rasa loya. lepas tu macam sedar tak sedar je. Doktor masuk tukar ubat baru.

Dalam pukul 5 pagi tu, Nurse kejutkan. Lap lap badan, salin baju, macam orang mandila.... tapi semua atas katil je. Sebab tak dibenarkan turun dari katilkan...

Koi dijadualkan masuk OT pukul 10. Last last terlajak sampai 12 lebih baru disorong ke bilik pembedahan sebab ada banyak kes emergency baby lemas dalam perut.
Baby koi selamat dikeluarkan pada pukul 1.00 tenghari.
Lepas tu tak sempat nak tunjuk jantina baby pun,
terus aje baby di bawa untuk bagi rawatan seterusnya.
Sebab dah ada pengalaman czer sebelum ni...takde la takut sangat.
Cuma risau sikit la sebab baby yang dilahirkan tu tak cukup bulan.

Rasa bersalah sangat pada baby sebab mama dia tak jaga kesihatan sepnjang masa mengandung. Mujurla suami bagi support. Sepanjang masa warded tu...nampakla kepenatan Encik Suami menguruskan isteri dan anak-anak. So, hilang la sikit rasa sakit bersalin...hahaha...

Okay nnt koi sambung cerita perkembangan baby Mirzan pulak ye...tak tahu la bilanya...Wassalam

Belanja la satu gambar Mirzan masa umur sebulan.
Diaper saiz newborn pun besar juga.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad