Kisahnya diceritakan oleh suami..kisah zaman dia dan rakan rakan rumah bujang masa belajar kat Unibesiti dulu dulu...dah lama dah...dekat 20 tahun punya kisah...
Biasalah...budak budak bujang ni suka kutip barang recycle. Satu hari...dorang jumpa sofa kat tempat buang sampah tepi jalan....lepastu, sofa tu dorang pakat usung bawa balik rumah bujang.
Sofa tu letak kat luar rumah...buat tempat duduk nak pakai kasut...tempat lepak nak main gitar petang petang.
Beberapa hari lepas tu...ada la makcik makcik bawang jiran dorang ni tanya...
"Sapa yang bawa balik awek tak bawak masuk, kesian duduk luar"
Mungkin niat makcik tu nak sindir/sound budak2 bujang ni sbb bawa balik awek...tp sorang pun tak terkesan apa lagi perasan sbb takde yg bawa balik awek pun.
Dalam rumah tu...ada sorang Mat Study...suka study sampai lewat malam. Satu malam tu, masa study...dia kepanasan. Pergila buka tingkap dan jengah keluar...
Jeng...
Jeng...
Jeng....
Memang betul rupanya ada awek duduk atas sofa tu. Terus la member tu tutup balik tingkap terus tido. Pagi esok gegor kawan2 rumah bujang semua...angkut semula sofa tu letak di tempat mereka ambil.
Macam mana rupa awek tu...Mat Study tu tak tercakap katanya...cukupla takmo igt lagi rupanya.
Setiap kali lalu tempat orang buang sampah... kalau nampak ada barang yang masih elok...mesti suami akan rewind kesimpulan kisah ni....
Tak payah la nak kutip kutip barang terbuang ni...silap silap ada tuan.
Dalam zaman moden ni...nampak benda benda berkisar pada makhluk halus ni macam kuno sangat. Tapi, sebenarnya...selagi ada manusia...selagi itulah iblis akan cuba menyesatkan manusia dengan pelbagai cara. So tak kira zaman ye...
Kalau rupa inilah awek atas sofa lama tu...harusla dorang berebut rebut nak ajak masuk rumah agaknya... |
Seramnya Yan.
ReplyDeleteTapi kat Aussie mmg trend org buang sofa walaupun masih cantik2, lg2 kat kawasan perumahan mewah. Pakkal je rumah kami tak besar mana, klu tak dah kutip.. pastu mlm2 ada antu. Haha.
ishhhh seramnya... mmg kene berhati2 kalau bab brg2 lama ni..
ReplyDeletefollow sini #211