Hari ni dah seminggu dah anak anak Mama Yan berkhatan atau dalam bahasa mudahnya bersunat.
Si abang darjah 4 dan adik darjah 3 tahun ni. Rasanya ni antara julat umur yang sesuai la untuk bersunat. Janganla anak umur 5 tahun dah nak disunatkan juga. Kalau nak sunat awal...sunat dari baru lahir.
Beberapa hari sebelum cuti sekolah bermula, Mama Yan dah survey klinik yang sediakan perkhidmatan berkhatan. Nampaknya, Poliklinik Penawar Cawangan Taman Universiti la yang paling dekat dengan rumah. So, terus booking. Dapatla Hari Jumaat, 23.11.2018 pukul 3.30 petang.
Hari Khamis sebelumnya tu, klinik call...bgtau tunda pukul 4 petang. Esoknya tepat jam 4 kami dah sampai. Klinik kata doktor belum sampai...kami balik dulu. Doktor masih di Taman Dahlia, ada lagi 2 orang. Lambat lagi la maknanya tu...
Mama Yan pun bawa anak anak pergi ngeteh dulu...pekena roti canai buat kali terakhir sebelum berpantang lama sikit.
Dalam pukul 6.30 kami datang semula. Lepas sejam menunggu, akhirnya nurse tanya, dua beradik ni siapa nak dulu? Abang tunjuk adik, adik tunjuk abang. Mama buat keputusan, abang dulu.Masa nurse panggil abang masuk, ngam ngam ayahnya sampai dari masjid.
Lebih kurang setengah jam si abang dalam bilik rawatan, tiba la masa si adik pula. Haaaa.. yang ni havoc sikit. Dia punya jerit...satu klinik boleh dengar...hahaha...
Lepas selesai terus balik. Bil Rm150 seorang termasuk ubat. Ubat yang dibekalkan ada 3...1 antibiotik, 1 ubat tahan sakit dan 1 ubat luka warna kuning tu. Kat Klinik Penawar Taman Universiti ni guna kaedah gunting & jahit. Sekarang lukanya tak dibalut. Ayah diorang kata, dulu dulu kala kena balut. Lepas 2 hari baru buka balutan.
Balik tu cool lagi la dua dua...sebab bius ada lagi. Doktor bgtau ayah dia...bius boleh tahan 4 jam. Sampai rumah pun dah dekat pukul 9. Dia punya episod airmata bersambung keesokan harinya...masa nak buang air kecil dan nak cuci....hahaha..
Mama Yan jenis tak geli dan tak takut darah. So takde masalah nak cuci luka sunat anak anak. Yang penting, hati kena sado nak melayan drama air mata dorang ni.
Detik detik terakhir sebelum bujang. Poyo je... |
Okay ..lepas ni dah boleh tulis tips nak sunatkan anak la pulak sebab dah ada pengalaman ni...see you next entry... wassalam.
Hehe..comel.. selamat berpantang utk abg Dan Adik hehe
ReplyDelete