Kisah berkhatan kali ni lebih kepada nak ingatkan diri sendiri tentang persediaan mak ayah sebelum anak bersunat.
Maklumla...beberapa tahun lagi akan ulang semula proses ni untuk anak yang ke 3..ke 5...dan yang ke 6.
Beberapa hari sebelum cuti bermula, sila cari tempat/klinik utk berkhatan. Booking tarikh dan masa yang dikehendaki. Jangan lewat sangat booking date tu. Kalau boleh dalam minggu pertama cuti penggal tu. Luka akan sembuh sepenuhnya dalam masa 2 minggu sepatutnya. Tapi kalau ada jangkitan kuman atau komplikasi, silap silap boleh drag sampai sebulan. Nanti kena sambung cuti pula.
Sebelum pergi ke klinik, minta anak-anak mandi dahulu. Lepas tu, Sebelum masuk bilik doktor untuk bersunat...pastikan anak anak dah buang air kecil terlebih dahulu. Bersihkan kemaluan sekali lagi walaupun kat rumah dah mandi.
Datang klinik pakai kain pelekat. Takyah pakai seluar jeans dah ensem ensem sangat. Nangis time sunat kang hilang ensem.
Kena la terus terang bagitahu anak, sunat ni sakit sikit. Bagi tau anak apa dia proses sunat tu. Nanti dia ingat, sunat ni kasik zass habis. Lepas tu, kena bagitau dia yang sunat ni tak seindah cerita upin dan ipin, borak2 dgn doktor,lepas sunat dapat gula gula.
Okay list yang kat bawah ni kena cari sebelum anak sunat.
1. Kain pelekat sekurang kurangnya 2 helai. Boleh la gilir2 pakai.
2. Sediakan port lepak baik punya. Kalau boleh dah siap tempat gantung kain, tapi kalau rumah tak boleh nak ketuk paku...kena la cari alternatif lain
3. Beli Cotton ball/ kapas
Kapas muka pun boleh juga....kapas ni boleh juga....yg tak boleh...kapas kekabu bantal |
4. Normal saline boleh beli kat farmasi. Ini untuk cuci bahagian luka bersunat. Mula mula Mama Yan cuci dengan air suam...tp tak tahan dengar tangis hiba dorang. Padahal takla suam mana pun...tp bahagian depan genital dorang tu kan tak pernah terdedah... kena air suam sikit aje pun dah sakit sangat. Tu yang beli normal saline tu.
Mama Yan tuang sikit air Normal Saline dlm bekas, lepas tu celupkan kapas dalamnya. Kemudian titiskan air dari kapas basah perlahan lahan atas luka tu.
Kalau dah berani kena air...dalam hari ke 3 ke...ke 4 ke...rendam aje terus. Letak air ni dalam paper cup... rendam bahagian luka sunat tu dalam 15 minit gitu. Lepas dah rendam tu...kuis kuis sikit keruping yang kembang tu. Bersihkan selaput yang warna putih/ kuning tu. Bersihkan guna kapaa atau putik kapas ye...
Mama Yan tuang sikit air Normal Saline dlm bekas, lepas tu celupkan kapas dalamnya. Kemudian titiskan air dari kapas basah perlahan lahan atas luka tu.
Kalau dah berani kena air...dalam hari ke 3 ke...ke 4 ke...rendam aje terus. Letak air ni dalam paper cup... rendam bahagian luka sunat tu dalam 15 minit gitu. Lepas dah rendam tu...kuis kuis sikit keruping yang kembang tu. Bersihkan selaput yang warna putih/ kuning tu. Bersihkan guna kapaa atau putik kapas ye...
Ni ha botol normal saline. Tinggal botol dah. Pakai air masak pun boleh sebenarnya. Orang zaman dulu pakai air perigi je....idup sihat beranak pinak |
5. Beli solcoseryl jelly. Mama Yan sapu selepas 3 hari.
Sebelum tu guna ubat kuning yang dibekalkan klinik je.
6. Sediakan perisai. Hahaha...terpulang la nak gunakan apa. Tapi anak anak Mama Yan gunakan tapis plastik. Letak getah kat kat tapis tu..lepas tu sangkut kat pinggang. Gunakan tapis plastik ni bagusnya masa berjalan takyah pegang kain pelekat tu...dah ada perisai. Waktu tidur je kena tengok2 sikit la...buatnya tidur lasak, dengan perisai2 sekali jahanam.
7. Sediakan makanan berkhasiat. Tapi kalau boleh jangan la bagi makan yang gatal2 dulu. Masa hari ke 5, Mama Yan belikan roti canai untuk sarapan. Petang sampai malam tu, anak MY yang nombor 2 tu...menjerit jerit "gatal...gatal...gatal.. rasa nak garu... rasa nak garu"...
Puas fikir apa yang tak kena...bila fikir balik, kan roti canai tu masa nak uli ada telur. Itu la faktornya kot. Si abang takde masalah kulit, sama macam mama dia la..
Tapi si adiknya ni, ikut kulit ayah. Sensitif sikit. Kesian dik Mok.
Puas fikir apa yang tak kena...bila fikir balik, kan roti canai tu masa nak uli ada telur. Itu la faktornya kot. Si abang takde masalah kulit, sama macam mama dia la..
Tapi si adiknya ni, ikut kulit ayah. Sensitif sikit. Kesian dik Mok.
Anak anak zaman sekarang memang manja dan penakut sikit. Anak2 zaman dulu, cuci luka bersunat sendiri je. Aktiviti anak zaman dulu dan sekarang pun tak sama. Anak2 dulu panjat pokok, terjun sungai, tangkap ikan kat paya..kat lombong, main lastik, main perang2...Anak zaman sekarang retinya main henpon, main ps,tab semua. Mana la tahan sakit.
Tapi tu la...kalau nak sunat elok la usia 7 hingga 11 tahun.
Masa diorang masih kurang segan. Kalau dah umur 12 tahun ke atas ni....dorang dah reti segan. Mak ayah nak pantau luka pun diorang dah tak bagi nanti. Takut sampai busuk bernanah pula nanti. Walaucane pun, bagi MY anak umur 5 tahun terlalu kecil untuk disunatkan. Kesian...bagai dirobek robek hati dengar anak kecil menangis disunatkan pd usia 5 tahun ni...
Masa mula2 nak hantar yang dua orang ni bersunat, adik adiknya pun nangis nak ikut. Nak sunat juga. Sekali tengok abangnya cuci luka sunat...tau pula takut.
Lega hati bila tengok keruping luka dah mula tinggal sikit sikit... semoga cepat sembuh seperti sediakala. Mama Yan nak balik Pahang pula ni...dah rindu kat kampung halaman...hahaha
Okey...see u next entry... Wassalam.
Lepas dah abg sakit sunat ye Yan hihi...
ReplyDeleteYan pun dah lega anak dah sunat sorang... Seronoknya awak Yan ada anak lelaki ramai... ramai bodyguard.
Saya anak lelaki sorang je ...itu pun dah lupa mcm mana jaga dia sunat dulu...
Masa anak sunat dulu tak de pun standby ubat mcm mcm tu... main redah je gi klinik hihi