1.Kalau teringin sangat membeli, selalulah bertangguh tangguh. Contohnya...Mama Yan teringin sangat nak beli set blossom Tupperware...tapi tangguh punya tangguh.... lama lama habis kempen. So, tak jadi beli...jimat duit...jimat ruang. Pinggan mangkuk dah banyak pun masih nak membeli lagi
Lagi 1 sebabnya...bila bertangguh tangguh...kita akan dapat drag masa untuk berfikir. Lihat sepanjang tempoh penangguhan tu...kita mampu tak hidup dengan aman dan tenang. Kalau boleh hidup aman, tenang, bahagia jiwa raga... nyatalah ianya sekadar nafsu. Tapi kalau tak boleh tidak...nak nak juga.. tido malam termimpi mimpi...dalam jaga tercari cari.. beli ajelah
teringin memiliki walaupun tak perlukannya |
2. Jangan beli barang secara berhutang. Kalau boleh, simpan duit, beli cash. Tapi rumah, tanah dengan kereta tak termasuk dalam idea ni... dan jangan sesekali skip bayar ansuran hutang rumah atau kereta. Sebabnya kita tak mahu ada penalty, tak mahu ada interest lewat, dan tak mahu jadi double bulan berikutnya.
3. Main undi @ kutu. Tapi yang ni kena buat pilihan ahli kutu yang betul betul boleh dipercayai. Kutu ni satu bentuk komitmen. Automatik kita akan ketepikan bahagian kutu ni. Tiap tiap bulan tak boleh tidak kita akan usahakan supaya dapat bayar kutu.
4. Simpan not RM5 atau RM20 (pilih nak simpan yang mana). Bila nampak aje duit kertas RM5...terus buat buat tak nampak.
Ambil perlahan2..masuk tabung.
Macam Mama Yan...duit kertas RM 5 memang sayang nak guna. Bila jumpa aje simpan. Bila simpan je, selalu cakap nak buat duit tiket kapal terbang naik haji...hahaha...
Entah bila zaman la nak cukup beli tiketnya sebab duit RM5 tu...akan dijadikan duit raya untuk budak budak. Dah berapa tahun dah macam tu...tak payah pergi bank tukar duit raya...simpan aje elok2. Lepas tu masuk sampul.
Jimat bajet utk duit raya kanak2 dan anak sedara bila tiba hari raya.
5. Urus kad kredit dengan bijak dan pastikan kita benar benar mampu untuk menggunakannya. Kad kredit bukan ceti kita. Kalau tiap tiap bulan bayar minima....interest dia makin lama makin tinggi. Bukan kadarnya yang naik...tp bila kadar faedah didarabkan dengan baki berkurangan, kan makin banyak nak kena bayar.
Guna kad kredit hanya apabila kita mampu bayar apa yg kita swipe. Contohnya kita nak beli beg tangan berharga RM700...
Cuba cermin diri kita, mampu tak nak bayar RM700 tu bila sebelum due date penyata. Kalau tak mampu...cukuplah sekadar berangan.
6. Selalu buat senarai belian. Bila keluar nak shoping2 barang rumah dan barang2 dapur. Pergi dapur dan check kabinet semua. Ada lagi tak stok barang. Beli apa yang diperlukan aje. Jangan buat pembelian bertindan. Kat rumah dah ada 5 kilo gula, pergi beli lagi...dah ada 3 tin susu, pergi beli lagi...
Lama lama sampai tarikh luput. Masuk tong sampah...rugi
7. Jadi ahli dan kumpul segala jenis point di pasaraya. Kot kot nanti boleh redeem apa apa barang secara percuma. Lepas tu...boleh let go melalui group barang preloved di FB...di Mudah.my ataupun di Shopee pi pi pi...
8. Jangan ajar anak-anak beli 'surprise egg'. Kalau anak nangis nangis nak beli pun...jangan belikan. Genap 3 kali dia berguling kat stesen minyak tapi tak berhasil, mesti lepas tu dia tak buat lagi dah.
Bukan tak boleh beli mainan atau makanan ringan...tapi pembelian mestilah berbaloi dengan harganya. Lagi bagus kalau pergi kedai runcit takat nak beli kelapa parut jangan bawak anak anak. Elok2 belanja tak sampai RM5, beli mainan, beli Rora, beli Dondang, beli Binda Ajoy...dah kena keluar Rm15.
9. Start bulan 1 tahun 2019 nanti...ajak adik beradik, ipar duai, sepupu sepapat simpan Ram30 sebulan atau seringgit sehari. Sediakan tabung kedai Eco. Dalam group whatsapp...saling igtkan..."korang dah simpan rm30 ke belum bulan ni?".
Kalau laki bini kerja, sorang RM30..dah jadi RM60 sebulan. Nanti bulan 12...nak beli kelengkapan sekolah anak...tak la terbeban sangat. Tapi simpan sendiri nak kena disiplin yg betul2 ketat. Jangan la baru bulan 6 dah korek dah.
Sambil tu korang show off la sesama sendiri siapa paling kreatif simpan duit. Nak lipat2 bentuk origami love ke..bunga ke...gulung2 ke...masuk balang ke...
10. Doa. Ye berdoalah selalu kepada Allah semoga urusan meyimpan duit dipemudahkan...Aminnn.
Ok..tamatlah sudah 10 idea menyimpan duit. Semoga bermanfaat kepada yang membaca...(ada ke yang nak baca blog berkarat ni??)
Good sharing ...boleh buat ngan hubby
ReplyDelete