Cara-cara buat surat beranak yang hilang - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, January 11, 2019

Cara-cara buat surat beranak yang hilang

Semalam,
Pagi pagi Mama Yan dan suami pergi UTC, Galleria Kota Raya, JB.
Tujuan utamanya,
Nak buat surat beranak baru.
Surat beranak suami hilang tertinggal kat office lama agaknya.
Office lama pula,
Dah dikosongkan. 
Confirm dah kena humban.

Pagi pagi lagi parking dah penuh...
So parking la kat tingkat atas sekali.

Lepas tu terus menuju ke Jabatan Pendaftatan Negara, JPN.
Pergi kat kaunter,
Suami cakap nak buat surat beranak baru
Sebab yang lama hilang.
So, pegawai di kaunter bagi borang untuk diisi,
Dan minta fotostat kad pengenalan.
Suami pergi fotostat,
So Mama Yan tolong isikan borangnya.

Senang je nak isi borangnya
Sebab ada contoh kat situ


Sampai kat ruangan no kad pengenalan bapa,
Mama Yan jammed.
Suami call mak dan abah untuk minta No KP,
Lepas dah lengkapkan borang, 
Ambil no giliran di kaunter.

Duduk tak sampai 2 minit,
Dah panggil no untuk serahan borang.
Lepas tu, kenala tunggu lagi untuk cetakan.

Orang pun tak ramai mana pagi ni...
Menunggu pun tak lama mana..
Tak sampai 10 minit rasanya.
Kaunter serahan dah panggil nama suami.

Dah siap surat beranak baru.
Tak payah angkat sumpah,
Tak payah report polis pun.

Semua maklumat lengkap seperti asal.
Zaman dah moden.
Semua ada dalam simpanan data JPN.

So, siapa siapa yang surat beranak dia dah hilang, 
Dah rosak,
Dah dimakan usia,
Dah dimakan kekiak,
Jom la kita buat yang baru.
Tak lama pun rupanya....

Bawa salinan kad pengenalan pemilik, 
Salin siap siap no IC mak abah,
Confirmkan tempat lahir..

Kalau surat beranak anak yang hilang,
Mak bapak la yang tolong buatkan yang baru,
Next week pun Mama Yan nak pergi lagi sekali 
Baru teringat surat beranak mok dah rosak,
Tulisannya melekat pada plastik folder

Tapi sila ambil perhatian ye...
Waktu operasi JPN, UTC
Sampai pukul 7 malam aje sekarang.

Ok...sampai sini dulu kisahnya...
Nanti Mama Yan sambung,
Sebab lepas settle buat surat beranak suami,
Kami pergi Menara Ansar pula,
Untuk tukar jenis perniagaan pada SSM.

Next entry pula tulis pasal SSM
Wassalam




13 comments:

  1. skrg dh mudah kan, tunggu nk siap pun sekejap je

    ReplyDelete
  2. Senang sangat rupanya ye Yan... Sekejap je buatnya. Ingat kena angkat sumpah bagai...
    Tak pernah lagi pi UTC utk berurusan... .

    ReplyDelete
  3. Nak tanya, kalau anak nak buatkan ayah punya surat beranak. Boleh tak kalau ayah tak ikut?

    ReplyDelete
  4. Cik Anon > Boleh rasanya...cuba la dulu...bawakan IC ayah,yang salinan dan ori, surat beranak awak, IC awak..dan surat kebenaran. try pergi dulu... saya pun tak pasti

    ReplyDelete
  5. Macam mna nk isi no daftar kelahiran coz yg lama dah hilg.

    ReplyDelete
  6. Saudara Unknown > ada borang disediakan di pejabat pendaftaran negara. Bawa IC dan salinan IC, dan isikan nombor IC ibu bapa. Nanti cabutan daftar kelahiran akan dilakukan melalui komputer

    ReplyDelete
  7. kalau buat hari sabtu boleh ke ?

    ReplyDelete
  8. Hari Sabtu UTC bukua...boleh buat di JPN, UTC. Kalau bukan UTC, kena la buat hari pejabat pendaftaran buka

    ReplyDelete
  9. tumpang tanya kak.. berapa dia charge untuk buat surat beranak baru?

    ReplyDelete
  10. Berapa lama nk buat sijil lahir hilang, saya gi jpn hari tu kena tunggu smpai 2 minggu. Nak pakai 8 mac 2022, Dia kata data tak lengkap. Aikk? Apa fungsi ic kalau tiada data yg lengkap pulak? Pelik aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seingat saya...siap sekitar sepuluh minit sahaja. Tapi kena la lengkapkan borang tu betul betul. kenapa tak tanya data apa yang tak lengkap?

      Delete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad