Cara buat Inti Popia Mini guna Periuk Noxxa - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, May 19, 2019

Cara buat Inti Popia Mini guna Periuk Noxxa

Alhamdulillah...
Kali pertama buat inti popia sendiri.
Menjadi la juga walaupun tak berapa sedap sebab kurang masin
Almaklum sahaja kan...
Siang siang tak boleh rasa...
Kita pula belum cukup master nak agak kuantiti garam gula perisa ni

Takdela susah sangat...
Cuma... lenguh weh tangan menggodak isi ikan..
Ye la...dah nama pun serunding...
Memang begitu la kekdahnya...
Kena godak sampai kering...
Kalau basah tak tahan lama pula
Untuk 2 kilo ikan kembong tu...dekat sejam juga Mama Yan menggodaknya

Lepas dah masak...
Dah plan nak timbang berat selepas masak...
Lepas tu...hapah...
Bateri henpon kiok, terus lupa segala...
Baring2 depan tv je sudahnya

Ini isi ikan yang telah direbus dengan asam keping dan diasingkan dari tulangnya.
Mama Yan kisar kasar.

Dua biji bawang besar bersaiz sederhana. Dah besar, sederhana pulak ye...tambah 4 ulas bawang putih.
Tumbuk atau blend
Tumiskan bawang tumbuk.
Tambah kan 2 sudu besar cili kering kisar. 
Takpayah penuh mutuk mutuk sudu. 
Kang pedas popianya, anak tak makan pulak


Lepas bawang dan cili kisar dah sedikit garing, masukkan isi ikan tadi ke dalam kuali.
Koseng lah sampai isi ikan kering dan garing.

Mula mula Mama Yan masak dalam kuali. Tapi, isi ikan tu asik melekat je kat kuali.
Okay...dah start panas dah ni.
Pergi bukak kipas, api pulak padam.
Sejenis yang payah nak sabar...hahaha
Padam api kejap...menung.
Tiba tiba dapat idea...
Periuk Noxxa kan ada...
Beli leh tahan mahal, tapi banyak rehat dari bertugas.
Pindah kan serunding tu dari kuali ke periuk Noxxa
Lepas tu, setkan 'stir fry'.
Bukak kipas dengan kelajuan maksima..
Tala kat Mama Yan sorang.
Fuhhh...senang hati masak kalau macam ni...
Isi ikan tadi pun dah tak melekat lekat...

Serunding perlu sentiasa dikaup balikkan.
Kalau tak nanti bawahnya hangus. Haa...dah nak kering tu

Alhamdulillah lagi dan lagi...
Kerana Allah permudahkan urusan petang semalam.
Gambar serunding dah siap takde...semalam hp habis batery
Kulit popia dah stand by dalam peti.
InsyaAllah malam karang kita gulung
Wassalam

2 comments:

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad