Ini semua resipi dari majalah majalah lama... MY pun belum cuba lagi. Kumpulkan aje untuk dicuba satu hari nanti.
1. Kerabu kacang panjang
2. Kerabu Jantung
3. Kerabu Daun Selom
4. Kerabu Telur Masin
5. Kerabu Makanan Laut
7. Kerabu Seri Menanti Pucuk Paku
8. Kerabu Babat
9. Kerabu Mangga
10. Kerabu Kacang Botor
11. Kerabu Daun Selom dan Udang
12. Kerabu Daun Mengkudu
13. Kerabu Nangka Muda
14. Kerabu Taugeh
15. Kerabu Ulam Raja
16 Kerabu Limau Bali
17. Kerabu Betik Muda
2. Kerabu Jantung
3. Kerabu Daun Selom
4. Kerabu Telur Masin
5. Kerabu Makanan Laut
7. Kerabu Seri Menanti Pucuk Paku
8. Kerabu Babat
9. Kerabu Mangga
10. Kerabu Kacang Botor
11. Kerabu Daun Selom dan Udang
12. Kerabu Daun Mengkudu
13. Kerabu Nangka Muda
14. Kerabu Taugeh
15. Kerabu Ulam Raja
16 Kerabu Limau Bali
17. Kerabu Betik Muda
6. Kerabu Daging Bakar
18. Kerabu Isi Ayam
19. Kerabu Pucuk Paku
20. Kerabu Rambutan
1. KERABU KACANG PANJANG
Bahan - bahan:-
- 15 tangkai kacang panjang
- setengah biji kelapa parut
- dua genggam isi kerang
- 2 biji limau nipis
Bahan tumbuk:-
2 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi
5 ulas bawang kecil
Sedikit ikan bilis atau udang kering (rendam dahulu)
Garam
Cara membuatnya:
1. Bersihkan kacang panjang dan potong halus
2. goreng kelapa tanpa minyak dan kacau perlahan lahan sehingga keperangan
3. Gaulkan kelapa ke dalam bahan tumbuk sehingga sebati.
4. Perah asam limau dan perasakan dengan garam
5. Masukkan kacang panjang yang telah dipotong ke dalamnya dan gaul mesra. Boleh juga dihidang berasingan antara kelapa dan kacang tanpa menggaulnya terlebih dahulu
Sebiji jantung pisang
Setengah biji kelapa -parut dan perah santan
Setengah biji kelapa - disangai
1 ulas bawang besar -dihiris
2 tangkai cili merah besar -dihiris
5 tangkai cili padi -ditumbuk
Segenggam kecil ikan bilis goreng-ditumbuk
Garam
Limau nipis ( jika suka)
Cara-caranya:
1. Bersihkan jantung pisang dan dipotong empat. Celur dan kemudian toskan. Selepas itu, hiris jantung. Tetapi jangan terlalu nipis.
2. Sangai setengah biji kelapa sehingga keperangan. Kemudian tumbuk kelapa yang telah disangai sehingga separuh hancur.
3. Campurkan cili dan ikan bilis yang telah ditumbuk dengan kelapa. Gaul rata.
4. Masukkan jantung yang telah dihiris ke dalam campuran kelapa dan bahan tumbuk. Gaulkan sehingga mesra.
5. Masukkan santan kelapa yang telah diperah tadi.
6. Perasakn dengan sedikit garam dan asam limau jika suka.
300 gram daun selom
1/2 biji kelapa - diparut
2 tangkai cili besar merah - hiris
1 labu bawang besar - hiris
1 biji limau nipis
Garam
Bahan tumbuk:
5 biji cili padi
2 sudu besar ikan bilis goreng
2. KERABU JANTUNG
Bahan bahan:Sebiji jantung pisang
Setengah biji kelapa -parut dan perah santan
Setengah biji kelapa - disangai
1 ulas bawang besar -dihiris
2 tangkai cili merah besar -dihiris
5 tangkai cili padi -ditumbuk
Segenggam kecil ikan bilis goreng-ditumbuk
Garam
Limau nipis ( jika suka)
Cara-caranya:
1. Bersihkan jantung pisang dan dipotong empat. Celur dan kemudian toskan. Selepas itu, hiris jantung. Tetapi jangan terlalu nipis.
2. Sangai setengah biji kelapa sehingga keperangan. Kemudian tumbuk kelapa yang telah disangai sehingga separuh hancur.
3. Campurkan cili dan ikan bilis yang telah ditumbuk dengan kelapa. Gaul rata.
4. Masukkan jantung yang telah dihiris ke dalam campuran kelapa dan bahan tumbuk. Gaulkan sehingga mesra.
5. Masukkan santan kelapa yang telah diperah tadi.
6. Perasakn dengan sedikit garam dan asam limau jika suka.
3. KERABU DAUN SELOM
Bahan-bahannya:300 gram daun selom
1/2 biji kelapa - diparut
2 tangkai cili besar merah - hiris
1 labu bawang besar - hiris
1 biji limau nipis
Garam
Bahan tumbuk:
5 biji cili padi
2 sudu besar ikan bilis goreng
( boleh juga diganti dengan udang kering atau isi ikan)
Cara membuatnya:
1. Bersihkan daun selom dan toskan airnya sebelum dipotong halus.
2. Tumbuk kelapa parut hingga separuh hancur
3. Campurkan kesemua bahan bahan dengan bahan yang ditumbuk. Gaul sehingga mesra
4. Perahkan air asam limau dan masukkan garan secukup rasa.
6 biji telur masin - direbus, belah dua dan buang kulitnya
5 batang serai - hiris nipis
1 batang bunga kantan - hiris nipis
2 biji tomato - buang biji dan hiris
5 tangkai cili padi -- hiris
2 tangkai cili merah besar - hiris
2 tangkai cili hijau besar - hiris
5 ulas bawang - hiris
1 sudu besar gula
Air limau nipis
garam
Cara-cara membuatnya:
1. Susun telur masin di atas pinggan
2. Gaulkan dalam mangkuk besar semua bahan bahan di atas kecuali telur masin
3. Rasa sedikit, jangan terlalu masin
4. Taburkan bahan yang telah digaul di atas telur masin
5. Sedia untuk dinikmati
250 gram udang saiz kecil - kopek kulitnya
250 gram sotong - hiris
8 ulas bawang merah - hiris nipis
2 batang bunga kantan - hiris nipis
3 batang serai - hiris nipis
2 tangkai clili merah *kisar
5 tangkai cili padi *kisar
sedikit belacan *kisar
5 sudu kelapa parut
3 sesenduk santan
1 sudu gula
sedikit garam
Air limau nipis
Cara Membuatnya:
1. Udang dan sotong dicelur dan ditoskan airnya
2. Cili dan belacan dikisar.
3. Di dlam kuali dengan api kecil, leburkan bahan kisar dan kelapa parut. Masakkan seketika.
4. Masukkan bahan bahan lain
5. Kacau rata dan sedia untuk dihidang
setengah kilo yang sudah dibakar hiris nipis
2 labu bawang besar - hiris nipis
2 biji tomato - hiris nipis
5 tangkai cili padi - hiris
Sedikit daun bawang - potong seinci seinci
Sedikit daun ketumbar - potong seinci seinci
Air limau nipis
sedikit gula
sedikit garam
Cara membuatnya:
1. Sediakan kesemua bahan bahan dan gaulkan kesemua bahan bahan dia atas sehingga sebati
4. KERABU TELUR MASIN
Bahan-bahannya:6 biji telur masin - direbus, belah dua dan buang kulitnya
5 batang serai - hiris nipis
1 batang bunga kantan - hiris nipis
2 biji tomato - buang biji dan hiris
5 tangkai cili padi -- hiris
2 tangkai cili merah besar - hiris
2 tangkai cili hijau besar - hiris
5 ulas bawang - hiris
1 sudu besar gula
Air limau nipis
garam
Cara-cara membuatnya:
1. Susun telur masin di atas pinggan
2. Gaulkan dalam mangkuk besar semua bahan bahan di atas kecuali telur masin
3. Rasa sedikit, jangan terlalu masin
4. Taburkan bahan yang telah digaul di atas telur masin
5. Sedia untuk dinikmati
5. KERABU MAKANAN LAUT
Bahan-bahannya:250 gram udang saiz kecil - kopek kulitnya
250 gram sotong - hiris
8 ulas bawang merah - hiris nipis
2 batang bunga kantan - hiris nipis
3 batang serai - hiris nipis
2 tangkai clili merah *kisar
5 tangkai cili padi *kisar
sedikit belacan *kisar
5 sudu kelapa parut
3 sesenduk santan
1 sudu gula
sedikit garam
Air limau nipis
Cara Membuatnya:
1. Udang dan sotong dicelur dan ditoskan airnya
2. Cili dan belacan dikisar.
3. Di dlam kuali dengan api kecil, leburkan bahan kisar dan kelapa parut. Masakkan seketika.
4. Masukkan bahan bahan lain
5. Kacau rata dan sedia untuk dihidang
6. KERABU DAGING BAKAR
Bahan-bahannya:setengah kilo yang sudah dibakar hiris nipis
2 labu bawang besar - hiris nipis
2 biji tomato - hiris nipis
5 tangkai cili padi - hiris
Sedikit daun bawang - potong seinci seinci
Sedikit daun ketumbar - potong seinci seinci
Air limau nipis
sedikit gula
sedikit garam
Cara membuatnya:
1. Sediakan kesemua bahan bahan dan gaulkan kesemua bahan bahan dia atas sehingga sebati
7. KERABU SERI MERANTI PUCUK PAKU
Bahan-bahannya:
Seikat daun meranti
seikat pucuk paku
setengah biji kelapa parut
Satu labu bawang besar
2 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi - tumbuk
2 sudu udang kering / ikan bilis - tumbuk
2 biji limau nipis - ambil airnya
Garam
Cara membuatnya-
1. siangkan daun meranti dan pucuk paku. Ambil daun sahaja, batang tak payah
2. Celur daun meranti dan pucuk paku secara berasingan
3. Tumbuk kelapa parut sehingga separuh hancur
4. Tumbuk bawang, udang kering. kalau takde udang kering, ikan bilis boleh juga.
5. Gaul kelapa dan bahan bahan tumbuk.
6. Masukkan air limau nipis dan perasakan dengan garam
7. Hidangkan bersama dengan pucuk paku dan daun meranti yang telah dicelur
8.KERABU BABAT
Bahan bahan
350 gram perut lembu
300 gram tauge
1/2 kelapa parut
satu labu bawang besar - mayang halus
2 tangkai cili merah
2 biji limau nipis
Garam
Bahan tumbuk :
10 tangkai cili padi
2 sudu udang kering atau ikan bilis
Cara membuatnya:
1. Rendam babat ke dalam air kapurlebih kurang setengah jam, kemudian rebus sehingga empuk. Ang;kat dan toskan. Potong memanjang atau ikut citarasa masing masing.
2. Celur taugeh separuh masak dan toskan
3. Goreng kelapa dan bahan tumbuk tanpa minyak sehingga keperangan. Tumbuk sampai halus
4. Gaul kelapa dengan babat dan tauge sehingga sebati dan perahkan air asam limau kea atasnya.
Masukkan garam secukup rasa
9. KERABU MANGGA
Bahan - bahan:
1/2 biji mangga muda - diracik memanjang
5 tangkai cili merah
4 ukas bawang merah
1/2 cawan kelapa parut - tumbuk halus
1/4 cawan santan
2 sudu besar udang kering - rendam dahulu
Belacan sebesar ibu jari
Garam secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Tumbuk cili, belacan, bawang merah, udang kering dan garam
2. Gaul kesemua bahan bahan dan rasa.
10. Kerabu Kacang Botor
Bahan Bahan:
1 ikat kacang botor - dicelur dan dihiris
1 tangkai cili merah - dihiris
1 labu bawang besar - hiris
1/2 cawan kelapa - dibuat kerisik
1/2 cawan kelapa - digiling
30 gram daging - rebus dan hiris kecil
1 sudu besar beras - goreng tanpa minyak dan tumbuk
6 tangkai cili padi
sedikit belacan dan asam jawa
Garam
Cara membuatnya
1. Tumbuk cili padi, belacan dan garam
2. Gaul rata kesemua bahan bahan.
11. Kerabu Daun Selom dan Udang
Bahan-bahan
100gram udang basah
1 ikat daun selom
1 tangkai cili merah - hiris
1/2 labu bawang besar - mayang
1/2 biji limau nipis - ambil jusnya
Asam jawa
garam
belacan
Cara membuatnya:
1. rebus udang dengan sedikit air dan garam selama 5 minit, kemudian kopek.
2. Basuh daun selom, kemudian ambil daun yang lembut sahaja. Potong kecil
3. Gaul rata cili, bawang, belacan, asam jawa, garam, air rebusan udang dan udang.
4. Masukkan jus limau nipis dan daun selom. Gaul rata. Sedia untuk dihidang
12. Kerabu Daun Mengkudu
Bahan-bahan :
Seikat daun mengkudu muda (pucuk)
1/2 biji kelapa parut
1 labu bawang besar - mayang
2 biji limau nipis - perah jusnya
Garam
bahan ditumbuk halus:
2 tangkai cili besar merah
10 tangkai cili padi
2 sudu udang kering
Cara membuatnya
1. Panaskan air dan celur daun mengkudu dan kemudian toskan
2. Potong daun mengkudu mengikut citarasa tetepi jangan terlalu halus bak bunga rampai pula
3.Tumbuk kelapa sehingga separuh hancur dan gaulkan dengan bawang besar yang telah dimayang serta bahan bahan tumbuk.
4. Perahkan asam limau dan taburkan sedikit garam. masukkan daun mengkudu. Gaul lagi sehingga kesemuanya mesra. Bolehlah dihidangkan
13. Kerabu Nangka Muda
Bahan bahannya:
300gram nangka muda
1/2 biji kelapa parut
2 tangkai cili besar
garam
bahan tumbuk:
3 ulas bawang merah
10 tangkai cili padi
2 sudu udang kering
Cara membuatnya:
1. rebus nangka sehingga empuk dan angkat, toskan airnya.
2. Goreng kepala parut dengan api kecil sehingga kekuningan
3. Potong nangka nipis nipis atau mengikut citarasa masing masing
4. Gaul kelapa parut dengan bahan bahan yang ditumbuk dan masukkan garam. Masukkan nangka dan gaul sehingga sebati.
14. Kerabu taugeh
1/2 kilo taugeh
1/2 biji kelapa parut
100 gram sotong
100 gram kerang
2 biji limau nipis
Garam
Bahan tumbuk:
3 ulas bawang merah
10 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah
2 sudu udang kering
Caranya:
1. taugeh, sotong dan kerang dicelur secara berasingan kemudian ditoskan.
2. Goreng kelapa tanpa minyak sehingga kekuningan dan tumbuk separuh hancur
3. Gaulkan kelapa yang ditumbuk dengan bahan bahan yang ditumbuk halus tadi sehingga sebati. kemudian masukkan sotong yang telah direbus dan dipotong kecil. Gau sehhingga rata.
4. Perahkan air asama limau nipis dan garam. Masukkan kerang dan taugeh. kacau sebati.
15. Kerabu Ulam Raja
Bahan bahannya:
300 gram daun ulam raja
1/2 biji kelapa
1 labu bawang besdar
2 tangkai cili merah - hiris
2 biji lmau nipis
garam
Bahan tumbuk:
10 tangkai cili padi
2 sudu udang kering
cara membuatnya
1. bersihkan daun ulam raja dan potong halus
2. Tumbuk kelapa sehengga separuh hancur dan gaul dengan bawang besar dan bahan bahan yang telah ditimbuk tadi
3. Perahkan air lmai dan masukkan garam secvukup rasa. Gaul sebati
16 Kerabu Limau Bali
bahan bahannya:
550gm isi limau bali
100 gm beras pulu - sangai tanpa minyak dan kisar kasar
2 sudu besar cili padi - kisar halus
3 sudu besar sos Thailand
1 sudu garam
2 sudu besar gula
1/2 sudu besar stok ayam
100 gm bawang - hiris
sedikit cili merah - hisris untuk hiasan
sedikir daun ketumbar untuk hiasan
Cara membuatnya:
1 isi limau bali dileraikan dan digaul dengan semua bahan di atas
2 Hiris cili merah dan daun ketumbar. Tabur di atas. sedai untuk dihidangkan
17. Kerabu Betik Muda
bahan bahannya:
500gm betik muda yang kekuningan - parut memanjang
3 sudu besar udang kering - kisar halus
2 biji tomato - buang biji dahn hiris
6 tangkai cili padi - kisar
3 sudu besar kacang tanah goreng dan tumbuk
sedikit garam
1/2 sudu makan stok ayam
2 biji limau nipis = ambil jusnya
Cara membuatnya :
Campurkan kesemua bahan di atas dan gaul rata. sedia untuk dihidangkan
18. Kerabu Isi Ayam
Bahan-bahannya:
500 gm isi ayam yanh sdudah direbus
3 sudu besar kerisik
1 labu bawang besar - dimayang
3 sudu besar santan pekat
2 tangkai cili merah - hiris nipis
3 tangkai cili hijaun- hiris nipis
5 tangkai cili padi - kisar dengan sedikit belacan
1 sudu besar garam
1 sudu besar gula
1/2 sudu besar serbuk pati ayam
sedikit jus limau nipis
Cara mambuatnya:
Campurkan kesemua bahan di atas dan gaul rata. Sedia untuk dihidangkan
19. Kerabu Pucuk Paku
Bahan-bahannya:
100 gram pucuk paku - dicelur bersama iar garam & toskan
100 gram tauge - dicelur bersama iar garam & toskan
2 biji bawang besar dihiris
1 biji tomato-hiris
8 8 biji cili padi - hiris
50 gram isi kerang yang sudah dicelur
50 gram udang yang sudah dicelur dan buang kulit
50 gram kerisik
3 sudu jus limau kasturi
Gula dan garam secukup rasa
Cara membuatnya:
Campur semua bahan dan gaul sebati. Sedia untuk dihidangkan
20. Kerabu Rambutan
Bahan-bahan:
15-20 biji isi rambutan dihiris dari biji
2 ekor sotong dipotong potong dan digoreng
1 biji bawang besar dihiris
daun ketumbar
Cili padi - dipotong(ikut kepedasan yang diingini)
200 gram kacang tanah yang dipanggang dan diutmbuk
Cara membuat:
1. masukkan bahan bahan ke dalam sebuah mangkuk.
2. gaul sebati. sedia untuk dihidangkan
Byk resepi kerabu ni... sukati pilih je... tq sharing
ReplyDeleteWowww boleh cuba ni, Sis memang suka makan kerabu atau urap...
ReplyDeletekerabu isi ayam.. dapnyee
ReplyDeletememacam jenis kerabu, menu paling mudah dan berkhasiat
ReplyDeleteAda beberapa je yang Sha pernah cuba..
ReplyDelete