Saja saja nak share produk dari Sahajidah Hai O marketing...
Walaupun dah tak aktif menjual di Facebook,
Mama Yan masih pengguna tegar barang Hai O.
Antara produk yang agak baru ialah...
Body scrub garam buluh ni
Kenapa kita nak kena skrub badan?
Kan hari hari mandi pakai sabun dah..
Iyer...tapi dengan sabun aje tak cukup.
Skrub ni fungsi dia membuang daki daki yang degil pada kulit,
Buang sel sel kulit mati,
membersih sisa sisa kotoran di liang liang kulit,
Membantu pertumbuhan sel sel kulit yang baru,
Membantu kulit jadi lebih lembut dan berseri...
dalam satu bekas ni ada 200ml.
Skrub garam buluh ni bebas dari SLES, sabun dan paraben
so takde bahan kimia yang bahayakan pengguna
Memandangkan dia tak letak pewangi tiruan,
so, bau dia tak wangi pun.
Cuma ada bau yang natural sahaja lah ye...
Cara cara nak guna senang je.
Basahkan atau lembabkan dulu badan kita...
kendian ambil sikit dan gosokkan pada anggota badan kita dengan gerakan memusing.
beri lebih fokus pada bahagian bahagian yang kering dan kasar...
macam kat siku ke...kat lutut ke..kat belakang badan ke..
lepas tu...bilas la...
ha...ni isiannya....
Masa buka penutup...ada lah bau..
tapi bukan la bau macam minyak wangi pekat likat..
Sebab dia gunakan pati minyak lavender, minyak kayu putih dan minyak Frankincense sebagai pewangi yang membangkitkan semangat dan menyegarkan tubuh dan minda.
Nampak tak ada bintil bintil tu..
Tu la manik pengelupasan semulajadi.
Benda semulajadi ni bentuk dia tak sekata tau...
tak la macam manik mikro plastik yang selalu digunakan dalam skrub yang selalu kita beli sebelum ni.
ia diperbuat dari almond kernel powder & walnut shell powder
Produk Scrub Marine essence ni dia tak pakai manik mikro plastik,
So memang mesra alam dan mesra pengguna lah kann.
Sekarang ni memang kena cari skrub yang tak pakai microbead aje ye,..
kesian alam sekitar kita okay.
Kelmarin Mama Yan try pakai kat muka...
gosok lembut lembut je kat muka...
Hari ni dah hari kedua..
dan kulit pipi Mama Yan ni rasa licin dan lembut aje..
of kos la tak kering kan kulit kan..
boleh pakai kat muka dan juga kat badan tau..
bezanya..pakai kat muka jangan gosok kaw kaw...
gosok manja manja giteww...
harga dia pula..
Harga pengedar : RM 36.70
Harga Jualan : Rm44.30
di Semenanjung Malaysia
Jadi pengedar memang best...selain dapat beli dgn harga ahli..
dapat juga point bonus.
Mama Yan.,.
walaupun dah tak jual secara serius,
tetap beli untuk pakai sendiri tau..
produk produk dia memang best...
Kalau nak beli,
Gi cari kat FB..
berlambak orang jual..
hahaha...
siap ada yang mengamuk kena tag hari hari dengan peniaga Hai O..
So, sekian la borak borak penjagaan diri wanita,
lepas ni nak borak apa pulak ye pasal kosmetik ni??
Nampak menarik la...nanti nak skodeng la...
ReplyDeletepernah try shampoo best jugak
ReplyDeleteheyyy macam best lerr, tak pernah pakai scrub badan bila da berusia ni...maceh mama yan, birthday kita 31 julai tau 😆😆😆
ReplyDeletemenaarik jgk tuh... biasa kalau scrub muka pakai jenama st ives tuh, klu badan beli jenama watson je... tak tau hai o ada jgk scrub body gini... nice jgk
ReplyDeletebestnya scrub tu.. lepas pakai mesti rasa relax je kan mama yan..
ReplyDelete