MY Review : Su ve Ates ; Water & Fire - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, July 8, 2019

MY Review : Su ve Ates ; Water & Fire

Tahun lepas Mama Yan dok jatuh cinta kat filem filem dari Turki...
Best gak...
Asyik tengok Movie je...
Kerja pun banyak la pending...hihihi

Antara yang best dan sedih..
cerita Su ve Ates atau terjemahannya Water & Fire.
Tapi ni movie tahun 2013...
agak dah basi la...
tapi sebab kita tak berapa terdedah dengan Movie dari Turki kan...
Kira ok lah ni...
Baru nak tengok..

Pengarah : Ozcan Deniz
Penulis : Ozcan Deniz, Avni Tuna Diligil
Produksi Penerbitan : Avsar Film, Dnz Film, SUMS Film and Media
Tarikh Pelancaran :15.11.2013
Durasi : 1 jam 53 min
Barisan Pelakon : 
Ozcan Deniz - Hasmet / Kamal
Yasemin Allen - Yagmur
Pelin Akil - Nupelda ( Isteri Hasmet)
Yusuf Akgun - Turhan / Tarek (Adik Hasmet)
Irem Candar - Irem (Housemate Yagmur)





Kisah dia bermula dengan pertemuan Yagmur dan Hasmet atas kapal terbang.
Si Yagmur ni, penakut naik kapal terbang.
Dia dari kelas ekonomi, dipindahkan sementara ke kelas business...
duduk sebelah Hasmet, sementara crew kapal carikan seat yang takde tingkap
Lepas tu kapal terbang langgar awan,
Si Yagmur ni boleh pula pegang tangan Hasmet masa tu...
Sampai luka pulak tu tangan lelaki tu kena cengkam.
Baru je Hasmet nak tegur, pramugari bgtahu dah ada seat kosong untuk Yagmur.
Melepasss..





Hasmet ni ketua kongsi gelap kat Istanbul, 
larikan diri ke London sebab dah bunuh orang kat Turki..
Masa tu juga, dia hampir terbunuh dan ada luka kat dada.

Lepas tu diorang terjumpa semula kat hospital,
Masa tu Hasmet nak balut luka dia, Yagmur lak teman kawan dia allergic kacang.

Hasmet bohongkan identiti dia, pakai nama Kamal.
pastu diorang pun jatuh cinta.
Lepas tu Hasmet terpaksa balik ke Istanbul sebab ada masala keluarga
Hasmet kena kawen dengan anak dara family musuh dia untuk selesaikan masalah tu
Tapi pada masa yang sama, Yagmur dah mengandung.

Masa ni, Mama yan siap google orang Turki agama apa...hahaha
adoila...
Pastu suami kata orang Turki majoriti Islam,
tapi diorang liberal dan bermazhab lain...ok

So, adik dan abang ipar Hasmet berpakat untuk gugurkan kandungan Yagmur masa hasmet balik istanbul,
Lepas Hasmet balik dari Istanbul ke London semula,
Yagmur dah takde kat rumah.
Dia dah lari ke rumah Irem Candar..Housemate lama dia..
Turhan, adik tiri Hasmet tu,
selamatkan Yagmur daripada nak digugurkan kandungannya..
Tapi Turhan suruh jauhkan diri dari Hasmet.
Bahaya kalau Hasmet tak jadi kawen dengan anak orang yang dia dah bunuh tu.

Lepas tu Yagmur balik kampung dan tinggal dengan bapak dia kat sana,
kesian bapak dia masa tu...
Bapak dia sedih la anak dia mengandung tanpa suami..
Tapi last last bapak dia maafkan juga dia...
sebab dah ada cucu..

Satu hari, Hasmet dapat juga cari Yagmur,
Tapi Hasmet tak tau yang dia ada anak dengan Yagmur.
lepas Yagmur cakap dia dah kawen,
Hasmet pun pergi...
Sedih la masa tu,
Orang yang disayang datang...
tapi terpaksa bohong dan halau dia...
Lagipun si Hasmet dah kahwin dengan Nupelda

satu hari...Doktor yang ada hati kat Yagmur tu ajak dia dan anaknya pergi Istanbul,
Masa dalam lif, terserempak pulak Hasmet dengan Yagmur kat dalam tu.
Lepas tu, dia dengar pulak Yagmur panggil anak dia Kemal
Barulah dia teringat, sebelum diorang berpisah,
Yagmur memang kata ada surprise nak bagitahu kat dia ...
Barulah Hasmet tahu dia ada anak dengan Yagmur...
dan barulah dia tahu, Yagmur belum ada suami pun...

Hasmet nak bina semula family dia dengan Yagmur,
Tapi abang ipar dia tahu...
memang nahaslah kan...
Hasmet cuba nak selesaikan diorang punya permusuhan,
tapi tak berjaya pun...

Oklah cerita ni..
boleh cari di Youtube, ada sub title English
tapi kat tengah tengah movie ada rosak sikit...
Tapi tak ganggu jalan cerita pun...

Lagu dalam cerita ni pun best...
Bilmezdim...Siap boleh terhafal part chorus lagu tu...
hahaha....
Oklah...
Lepas ni Mama Yan share lagi movie Turki....
Nanti kita nangis sama sama k..
Sorry kalau ayat tak sesuai dan tak sedap untuk review filem.
Almaklumlah...takde bakat menulis pun...hihihi
Sekian..
wassalam



6 comments:

  1. beria membaca, tp fening dek kerana nama depa yg payah beno nk nyebut nya...

    amboi2 lyan bebeno dia yek, cite cintan cintun nih, ye org turki agama islam tp diaorg dh ramai sgt yg moden punya cara, mazhab pun tak sama mcm kita...

    ReplyDelete
  2. ala2 dilwale la ni...tapi versi lain...hahaha

    susah sikit nak tengok cite yang bukan inggeris atau hindustan...sebab bahasa yang pelik tu buat kita rasa susah nak concentrate...pernah sekali tengok france ke german punya movie...adoiii, nasib baik boleh kecikkan suara..baca subtitle aje..😜

    ReplyDelete
  3. Dah tengok cerita ni kat yt. Dua hari dan dah ulang 7 kali.
    Sampai kat sini sebab saja berjalan. Best!
    2020

    ReplyDelete
  4. dah lama xmelayan citer turki ni..hehe

    ada terbaca diorang mostly muslim tapi sebab stesen tv dan filem dikuasai non muslim itu yg cerita nampak macam ala barat sikit. memula tengok cite turki dulu terkejut juga tengok diorang open sangat..

    ReplyDelete
  5. Tak faham yg last yg khawin tu anak hasmet ke?

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad