Elakkan penyakit batu karang - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, August 1, 2019

Elakkan penyakit batu karang

Di Malaysia batu karang biasa ditemui di bahagian atas saluran kencing ( buah pinggang dan ureter). Kekerapan batu karang ini adalah 10%-20% di Asia berbanding dengan 15%-18% di negara barat. Akan tetapi, batu karang atau kalkuli boleh ditemui di mana saja pada buah pinggang, ureter atau pundi kencing.

oleh kerana pesakit batu karang dah bertambah ramai, Mama yan pun baca la juga punca punca dan langkah langkah untuk mengelakkan daripada menghidapi sakit batu karang ni.
Cukuplah dengan darah tinggi aje ni.

Cara untuk mencegah sakit batu karang, nampaknya banyak bergantung pada corak pemakanan. Ialah, kejadiannya pun pada organ perkumuhan kannn...

1. Pastikan badan sentiasa cukup air. 
Air ni fungsinya antara lain ialah mencairkan bahan-bahan yang boleh menyebabkan batu karang tu. Sekurang-kurangnya2 hingga 3 liter air masak sehari. Lagi lagi kita yang negara yang beriklim panas ni.

2. Lebihkan pengambilan buah-buahan sitrus. Contoh buah2 ni ialah oren, lemon. Buah-buahan ini tinggi vitamin C yang boleh bantu kurangkan pembetukan batu karang. Ada juga jumpa petua untuk lembutkan batu karang yang belum kronik, makan epal hijau 4 biji sehari sehingga 6 hari. Then, hari ke 6 juga kena minum air garam epsom.

3. Diet yang kaya dengan protein mungkin akan meningkatkan pengeluaran kalsium oxalate dan asid urik dalam air kencing. Pesakit yang mempunyai batu karang jenis asid urik dinasihatkan untuk mengurangkan makanan yang kaya dengan purine seperti daging merah, makanan laut dan alkohol. bagi yang belum ada penyakit, makan apa apa pun, biarlah sederhana pengambilannya.

4. Bersenam dengan selamat. Jangan pulak elok elok takder penyakit tapi dapat sakit yang dapat. berhati hati kita bersenam.  

5. Kurangkan garam, gula, minyak dan lemak dalam makanan. Benda benda ni memang tinggi kandungannya dalam makanan segera dan makanan proses. Adoiaii...susah nak stop makanan segera ni...sebab selalu nak cepat kann

6. Elakkan minuman berkarbonat dan minuman yang mengandungi gula tinggi. Siapa la yang tak suka air manis kannn... Masa Cool blog mula mula keluar...huhaii...ketagih. Masa kopi 7-11 baru buka selang 3 pintu dari opis ni, hari hari beli kopi Wonda..pagi..petang kopi Wonda...
Tetiba insaf lak beberapa bulan ni...
Bulan 10 ni Mama Yan ada full profile blood test. Kena la jaga kesihatan. Dah taknak tambah ubat lagi dah. Pasak dalam kepala...sedapnya air masak.

7. Bila sakit, pergi jumpa doktor. Tak payah asyik asyik nak jumpa bomoh la, dukun la, minta tangkal la... Lagi tak payah dok beli ubat ubatan dan makanan tambahan timbang kilo dari Siam tu.

Sambil taip ni...sambil togok air...
Risau kot...Bila baca baca artikel berkaitan sakit batu karang ni...
semua makanan yang Mama Yan suka, semuanya jadi punca....hihihi...
So...kena la rajin2 sikit minum air masak...


5 comments:

  1. dulu2 dana pernah kene batu karang ni, sebab suka tahan kencing... bila kene serangan dia ooooohhh sakit gila sampai terguling2 tahan sakit...

    lps tu amik ubat pecahkan bt karang... mkn ubat tu tak lama dia kuar masa kita kencing... kecik je tp sakit dia perkkkkhhh tobat, skrg ni mmg tak kan tahan knecing.... tak sanggup nk rasa sakit mcm dulu

    alahai lawo gambar bwh tu heheheh

    ReplyDelete
  2. Batu karang ni seram je bunyinya....kalau kena nak buang air kecik sakit...

    ReplyDelete
  3. saya pun suka coolblog. dulu masa belajar kat UPM, hampir setiap minggu (ada masa hampir everyday) nak beli coolblog je kat cafe. sekarang nasib baik duduk rumah tak dekat dengan coolblog tak beli dah hahaha. selamat

    ReplyDelete
  4. saya pernah kena ni kak dulu2 zaman master..huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. memang rajin minum air manis dan berkarbonat..
    nampaknya kena mula kurangkan nie..
    thanks share info mama yan..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad