Tajuk kemain poyo lagi kan..
Sihat sangatlah kononnya ni...
Tapi takpelah..
Kalau tak dapat slim macam zaman awal 20-an pun takpe...
Yang penting dapat stabilkan tekanan darah,
Kurangkan kolestrol dalam darah,
stabilkan bacaan gula dalam darah juga...
Korean street toast
Sajalah nak share makan tengahari hari tu...
resepi ala ala 'Korean Street Toast' gitu...
Ni Mama Yan hiris halus kobis, kacang botol, capsicum, dan cili merah..
semuanya sikit sikit je...
dan apa yang ada dalam peti ais aje...
lepas tu,
Pecahkan telur, kacau kacau dalam sayuran kita tadi..
taruk garam sikit...
kalau nak letak pepper ke..origano ke...lada sulah ke...boleh la letak sekali..
Tapi rumah MY ada garam dgn gula je..
hehehe
Lepas tu...
goreng dalam kuali...
Mama Yan pakai non stick pan...
Tapi still taruk minyak..
sebab tak biasa makan takde minyak...hahaha
tapi taruk pada kadar yang minima la...
Mama Yan sapu minyak masak atas kuali tu guna berus silikon je,
Lepas tu..
Gorengkan la secukup selera...
Tengok kat google..
Orang Korea makan dengan roti..
Tapi ni MY makan dengan nasi..
Nasi 3/4 cawan + telur dadar sayur..
Ok dah ni rasanya untuk sukatan suku suku separuh...
hahaha...
Sila jangan tiru..
sebab rasanya sedap oiii...
Rasa macam nak tambah nasik...kihkihkih...
makanan sihat ni.. simple tapi sedap :-)
ReplyDeleteNampak sedap pulak, kalau peria lagi sedap ek..nanti nak cubalah hehehehe
ReplyDeletesedap ni mama yan, kadang kita tak boleh lh nak terus makan sayur je kan... slow2 janji ada perubahan kan, dana pun sama lah... cuba lebih kan amik sayur dan buah
ReplyDeleteWow...bagusnya! Penuh sayur2. Takpe setakat letak minyak sikit je pun.
ReplyDeletemudah je nak buatnya ye mama yan.. Nampak sedap.. boleh dijadikan menu breakfast nie..
ReplyDeleteini sejenis makanan yang berbahaya............kerana boleh menambahkan senduk nasi..hahahaha
ReplyDeletewow. sihata abis ni :)
ReplyDeleteaida masih lom start menu sihat.
asyik lapo ajer hu hu hu hu...
pagi ni sebungkus nasi lemak sotong. camne tu?
sebungkus nescafe tarik. hu hu hu hu...
beratus kalori!!!
SA nak suggest guna minyak olive oil Naturel tu untuk permulaan, lauk macam ni sedap..kalau x nak makan dengan nasi boleh amik ngan wrap jugak..dapnyaaa...nak cuba la...
ReplyDeleteKobis tu nampak freshlah Yan.... nampak menarik ni. Tp kalau hakak nak gak letak ikan ke ayam ke hihi baru best
ReplyDelete