Hari Sabtu lepas,
Sekolah anak ada buat Gala Kokurikulum,
Dia lebih kurang macam Hari Keusahawanan,
Tapi banyak la acara acara yang dijalankan,
Sebab Mama Yan ada banyak SebutHarga yang nak dihantar hari Ahadnya tu,
Maka Mama Yan lepaskan anak yang nombor 1 dan nombor 2 tu pergi dulu ke sekolah diorang,
Bagi sorang RM20 untuk beli kupon..
Lepas Mama Yan balik dari pejabat dalam pukul 1 tu,
Tengok dorang dah ada kat rumah
Belum pukul 10 dah balik,
Sebab kupon dah habis...
Hahaha
Mama tanya beli apa?
Beli makanan, makanan, makanan,
Dan juga key chain untuk mama dan ayah...
Wah...terharunya mama dan ayah...
Terus mama gantung key chainnya kat beg kerja mama. Ayah gantung kat kunci rumah |
Dalam pukul 2 lebih macam tu...
Mama Yan bawak diorang sekali lagi.
Kali ni,
Bawa adik adik nombor 3, 4 dan 5...
Memang meriah la kan...
Beli pulak lagi kupon RM50,
Lepas tu terus masuk ke Mini Zoo...
Harga Mini Zoo satu kepala RM3..
Happy bukan main anak anak tengok binatang dalam sangkar ni...
Mama happy tengok anak anak happy...
Lepas keluar dari mini zoo,
Ingatkan nak tengok movie,
Tapi...
Tayangan cerita Godzila la pula..
Adik adiknya tak suka...
So jalan jalan beli makanan, beli aiskrim,
Beli air...
Beli sarung tangan Naruto sepasang sorang,
Tambah lagi beli kupon,
Beli makanan lagi...
Rm100 juga la jumlah perbelanjaan hari tu...
Kemudian lepak lepak kat dewan terbuka tengok pertandingan nyanyian tahap 2 dan kategori terbuka....
Seronok gak la...
Tengok syok syok tengok orang menyanyi...
Tiba tiba anak yang kembar lelaki tu nak berak pula...
Pergi tandas...
Anak kata geli...sebab kotor...
Memang la lantainya kotor...
Kesan kasut...
Dah ramai sangat orang hari tu...
Dah tu musim hujan pula...
Padang tempat jualan tu agak berlumpur...
Hantarlah anak yang bertiga tu balik...
Yang lagi dua orang tinggal jap...
Dorang tengah enjoy tengok persembahan...
Lepas hantar anak balik,
Mama Yan patah balik.
Oh ye...
Sekolah dengan rumah dekat je...
Hehehe...
Jalan kaki 2 ke 3 minit sampai la...
Mama Yan datang lagi sekali sebab nak tunggu keputusan cabutan bertuah...
Sebab kerusi penuh...
Mama Yan lepak dengan anak nombor 2 tu atas lantai je...
Anak yg nombor 1, lepak dengan kawan kawan dia...
Bila duduk kat lantai, memang ketara sungguh sampah sarap atas lantai ni...
Usai majlis cabutan bertuah,
ramai pelajar dan ibu bapa meninggalkan majlis walaupun cikgu tengah berucap,
Tengah nak tutup majlis...
Nampak macam kurang sopan pula...
Tapi dah mak ayah yg didik begitu,
Lepas cikgu tutup majlis dan umumkan bersurai,
Cikgu minta sambil jalan keluar dewan bawalah sekali sampah sampah untuk dibuang di tepi pintu dewan...
Tapi malangnya,
Tak ramai yang peduli pun...
Mak mak lagi tambah sampah adalah...
Adoi...
Tak melambangkan ciri ciri minda masyarakat maju langsung...
Ibu bapa patut tunjuk contoh yang baik kat anak anak...
Minta anak pungut sampah sebelum bersurai...
Walaupun nama anak anak Mama Yan tak disebut dalam sesi cabutan bertuah di sekolah,
Ketahuilah anak,
Mama rasa sangat bertuah memiliki anak macam korang berdua yang tak keberatan memungut sampah sebelum balik.
Walaupun hakikatnya dorang merungut,
Mama orang lain tak suruh pun anak dia kutip sampah,
Lagipun bukan sampah kami...
Takpe...
Nanti mama velanja roti telur...
Hmmm...
Bukan senang nak didik anak di zaman sekarang.
Best lah haiih, meriah aktiviti sekolah. Tapi Tu lah attitude org Kita memang ditahap yg rendah.hmmm...
ReplyDeletebetul, saya pun selalu kerah anak-anak buang sampah tempat yang betul. Alhamdulillah, anak-anak dah terbiasa.. kalau tak jumpa bekas sampah, simpan dulu dalam poket atau plastik kecil.
ReplyDeletepart sampah tu memang tak tahulah nak cakap macam mana.. bukan susah pun nak kumpul dan bawa pergi buang tong sampah.. sampah sendiri.. bukan sampah orang lain pun..
ReplyDeleteAktiviti dah seronok dah.. ada jualan, tayangan filem dan mini zoo.. cuma sikap tu jelah..
alaa nape tak suka cerita godzilla...best lerrr!! hahahha
ReplyDelete