Hari tu...
Ex housemate masa zaman belajar dulu pergi tengok konsert BSB kat Bangkok...
Huihaii...jeles gila wei..
Bestnya...bestnya...bestnya...
Lepas tu,
Mama Yan cakap la kat suami jom kita pergi tengok Konsert Romantika Awie,
Bulan 2 tahun depan...
Sebab suami minat Awie,
Mama Yan baru baru ni je minat Awie,
Sejak beliau jadi tua sikit ni...
Sejak beliau jadi juri Maharaja Lawak Mega,
Masa tu dia tegur Syuk Balas...
Kurangkan sikit lawak double meaning dan lucah ni...
Sakit telinga dengar.
Walaupun rock, tp bukan jenis yang cakap selekeh ok...
Lepas tu jadi juri Ceria All Star...
Anak anak pun suka...
Daddy Awie panggilnya gitu...
Lepas tu follow IG dia...
Sekarang dia rajin buat CSR dengan kelab motor bezar dia..
Pergi umrah pun diam diam je...
Mama Yan suka je lagu Awie yang jiwang dan slow rock...
Memang teringin sangatlah nak pergi...
Dah buka dah website nak beli tix,
Tapi...
Bila nak klik beli tu...
Rasa ragu ragu lagi...
Terfikir sedikit dalam hati...
Inikah cara aku membalas segala keindahan,
Segala kemewahan,
Segala kesenangan dan ketenangan yang telah Allah berikan selama hari ni?
Dengan pergi tengok konsert ke?
Terus tutup website my ticket tu...
Lepas tu...
Buka balik rasa nak beli...lepas tu tutup balik...
Terasa seperti...
Aduhai...
Susahnya membuat pilihan.
Pergi tengok konsert aje pun...
Tapi hati berbelah bahagi...
Bukankan elok peruntukan tiket diberikan kepada orang yang susah?
Buat bayar zakat?
Masuk tabung haji?
Separuh lagi hati berkata,
Alahai....semua manusia biasa perlukan hiburan la...
Bukan mahal benor,...
Tak luak aih duit...
Bukan selalu...
Oh sukarnya membuat keputusan.
Dilema betul!
Sbb konsert tu kat Shah Alam kan...
Kena hantar anak balik rumah mentua dulu,
Tinggalkan anak kat sana lepas tu baru pergi Shah Alam,
Nak tinggalkan anak lagi...
Haishhh...
Nak tunggu anak besar boleh bawa semua,
Masa tu,
Awie pun dah tak larat nak pegang mikrofon.
Hmm...masih fikir2 lagi ni..
Semoga ada keputusannya nanti.
Mana tau..kot ada komen komen dalam ni yang boleh bantu Mama Yan buat keputusan.
Nota kaki: konsert pertama Mama Yan pergi, konsert InTeam x Hijaz masa kat UTM
alamak susah jugak ni nak beri pendapat...apa yang kakyan sebut tu semua betul...hahahha
ReplyDeletebut everything about awie yang kakyan sebut tu mengagumkan saya...tak ramai yang cerita sisi lain awie ni..baru tahu how humble and good artist he is...moga jadi role model yang baik untuk rakan artis lain kat luar nun...
Susah juga ni nak beri pendapat..
ReplyDeleteAkak pun pernah masa tgh tengok konsert 1 retis antarabangsa dgn somi..
tetiba itu jam bleh terdetik dlm hati..
"Ya Allah.. kalau tetiba aku tgh tengok ni tetiba aku mati???".
Sib baik pjg umur.. Dan itulah konsert pertama & terakhir Akak tengok.. Yan.
Mintak2 jgn digoda lagi... Akak tatutt!!. Kang terpegi.
Btw.. Yan mintak pndpt ustaz ye.
pergi lah sis, it just a concert. iman is in our heart. kita pergi, enjoy a bit shld no harm. maaf if komen saya krg menyenangkan 😊
ReplyDeletekalau rasa berbaloi dengan pelaburan masa dan wang..
ReplyDeleteboleh sahaja pergi..
sesekali mencipta kenangan untuk masa hadapan..
dah tua boleh kenang balik la
Kalau ada bajet lebih tak salah kot nak pergi, lagipun dengan husband yang memang minat kat Awie dapat gak happykan husband.
ReplyDeleteDapat gak bantu Awie dengan beli tiket tu.
awie lepas dia sakit tu nampak lain dan banyak perubahan... dana pun suka dia
ReplyDeletebagi dana lah, kalau mama yan nak tengok dan suami pun setuju ok je, anggaplah itu reward pada diri sendiri lepas penat bekerja. Memang lah hati kita kata baik duit tu kita derma, kita buat belanja... tapi tak salah sesekali kita belanja untuk diri kita. tapi itu terpulang jugak pada mama yan n suami.
ini cuma pendapat dana je
er... bila terdetik di dalam hati,
ReplyDelete"salah tak apa yang aku nak buat ni? ish sungguh ke ok, sungguh ke boleh? tapi orang lain buat je.. ok je..."
saya pun akan jadi libang libu bila dah ter ter dalam hati macam tu.. kalau ragu-ragu saya akan tanya suami semula.. kalau A dia kata saya on.. kalau B dia kata saya tangguhkan, kalau c dia kata.. saya tak buat..
maaf jika tak membantu sangat.. niat baik.. inshAllah yang hadir pun baik-baik..
kalau dah rasa mcm leceh, ragu2..mungkin bermaksud tinggalkan je lah.
ReplyDeletetapi kalau akak mmg tak suka tempat sesak (org tua sgt kan..haha), so mmg tak minat pergi walaupun minat lagu2 Awie. ^_~
Nak bagi pendapat Sha bukanlah orangnya.. Just follow your heart mama yan.. InsyaAllah ada penyelesaiannya..
ReplyDeleteSaya mcm nak bawak anak saya umur 20bulan. Okay ke tak. Sebab mcm takde yg naktolong jaga. 😣
ReplyDelete