5 orang anak yang bersekolah...
sorang, bukunya berbelas,
buku pinjaman lagi..
buku aktiviti lagi,
Sekolah kebangsaan lagi,
sekolah agama lagi...
Sampai minggu ketiga ni masih ada lagi yang buku cikgu bagi suruh sampul...
hahaha,
Longlai dah tangan mama anak anak wehh...
Buku budak tadika aje bukan main banyak |
Malam tadi last... sampul lagi 3 buah bukukerja budak tadika. Harap2 lepas ni dah habis. |
Hari tu, suami Mama Yan tanya,
Aikk...anak dah darjah 6 pun mama yang tulis nama...kenapa tak biar mereka buat sendiri?
Jawapan Mama Yan
"Mama dulu sampai form 3 abah yang tuliskan nama kat buku"
Tulis nama dan sampul buku ni,
setahun sekali je...
Sementara diorang sekolah rendah,
Biarlah Mama Yan buatkan..
Esok dah besar, semua benda ni dah tak berulang lagi..
Lainlah benda yang berbentuk amalan harian..
yang tu memang kena didik mereka bertanggungjawab..
contohnya kemas baju yang dah dilipat dalam almari,
lipat selimut lepas bangun tidur,
kemas bantal tidur,
sidai towel selepas digunakan,
simpan kasut kat rak lepas balik sekolah,
yang macam tu...
memang kena hari hari cakap dan suruh mereka buat sendiri.
aktiviti dan masa yang kita luangkan untuk anak anak,
semua tu akan jadi memori pada mereka bila besar nanti.
Contohnya Mama Yan sendiri...
Masa dulu abah tuliskan nama anak anak kat buku..
sekarang Mama Yan pula tulis nama kat buku anak anak...
secara tak langsung,
memori tu akan datang bertandang setiap kali MY tulis nama kat buku anak.
yang keduanya,..
bila anak-anak tengok tulisan tangan ibu bapa sendiri kat buku tulis setiap hari,
Mereka akan kenal tulisan ibu bapa mereka,
Dan ada nilai sentimental di situ.
Malam tu,
terus suami Mama Yan bawak pen nak tulis nama kat buku teks anak anak tadika yang baru dapat buku.
hihihi..
termakan juga hasutan bini dia ni...
Samalah kita mama yan.. Walaupun dah besar, Sha yang balutkan dan tampalkan nama dekat buku mereka.. Esok-esok dah besar, tak ada dah kita buatkan..
ReplyDeletemakan dalam juga tu apa yang MY bagitau tu... heheheh terus suami MY nak tulis nama kat buku anak-anak... kalau dana barang sekolah aiyan, kat buku semua suami yang tulis sebab tulisan dia lagi kemas dan cantik dari dana heheheh...
ReplyDeletetapi kalau yang kene taip ke apa itu dana la yang laju tapi tulisan mmg lah papa nya...
saya lebih suka plastik manual macam ni jugak. kalau plastik yg automatik jual kat kedai tu tak syok nak guna. hehe
ReplyDeletewak dulu darjah satu dah tulis nama sendiri kat buku.
ReplyDeleteEmak dan bapak tak tau baca dan tulis sebab mereka tak sekolah.
eh eh suka la perkongsian akak ni...tiber teringat gak dulu kecik2 bapak yang tuliskan nama kat buku...hihihi
ReplyDeletealamak alamak alamak...
ReplyDeleteweekend ni nak kena balut buku Ijat.
kali ni kali pertama sejak bertahun2 anak2 aida besekolah, lambat balut buku diorang.
ijat.
and syuhada.
syuhada sebab naik form 1 kan. lambat dpt buku.
ijat? ibu dia yg serabut uruskan persekolahan kakak-kakak.