Sijil Taraf Bumiputera : Settled - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, February 27, 2020

Sijil Taraf Bumiputera : Settled

Alhamdulillahhh...
Bukan nak cakap apa lah...
Setiap kali ada urusan yang Mama Yan upload kat blog entry perkembangannya...
Mama Yan mohon doa dipermudahkan...
Alhamdulillah..
Memang betul² urusan tu jadi lancar...
Adalah doa pembaca blog MY yang diperkenankan tu agaknya...

Alhamdulillah sekali lagi...
Sijil Taraf Bumiputera kami dah settle. 
Dalam proses buat lesen kontraktor...
Pada Mama Yan..
Nak dapatkan BPKU punya taraf bumiputera ni la yang paling susah rasanya...
Masa MY mula mula nak buat dulu...tahun 2017.
Pihak BPKU Johor siap datang pejabat.
Dah la masa tu MY masih bawa adik Mijan pergi pejabat.
Terkejut pegawai tu tengok...ada baby kecik kat pejabat.
Mijan kan masa tu lahir tak cukup bulan.
Mmg sangat kecik la kannn... 



Antara perkara yang BPKU nak tengok masa kat pejabat,
Surat beranak salinan asal pemilik perniagaan,
Sebab nak pastikan betul betul bumi atau tak.

Lepas tu..
Pejabat kena lengkap seperti pejabat.
Bukan kat premis kediaman...
Dan wajib ada papan tanda nama syarikat.

Untuk pembaharuan dah tak susah sangat...
Cuma perlukan pengesahan penandatangan cek dan akuan bersumpah pekerjaan sahaja.
Cuma hari tu sangkut part surat perjanjian perkongsian.
Sebelum ni Sole Proprietor (entah gitu kot ejaannya)
Sekarang partnership dengan suami..
Tp diorang nak surat perjanjian yang ada state berapa peratus pegangan setiap ahli kongsi.
Surat perjanjian tu pulak nak kena matikan setem kat hasil.

Kadang² tertinggal 1 step akan buatkan 1 urusan tergendala berhari hari lamanya..
Jadi, sebelum buat apa apa,
Patutnya,
Kena baca arahan dulu,
Baca syarat syarat yang perlu dipatuhi,
Kemudian semak lagi...
Takla dua tiga kali kerjanya...

Ni dah lega dah satu bahagian.
Bahagian lain yang bakal menyusul selepas ni..
Satu..Nak buka syarikat sdn bhd
Dua...siapkan akaun 2019
Tiga... income tax 2019...
Hehehe....
Leceh oiii...
Sebab Mama Yan ada beribu ribu keping resit dan invoice. 
Sekarang ni pun rasa dah tak larat nak urus...
Tapi...
Masih trauma nak cari kerani baru...
Mudah mudahan pembaca blog yang baik lagi budiman ni,
Doakan Mama Yan dapat staf yang jujur dan amanah pada kerja.
Dapat yang tak berkira, itu satu bonus lah kan...
Yang berkira pun takpe,
Asalkan rajin, jujur dan amanah...
Aminnn...


6 comments:

  1. alhamdulillah tahniah, kami tumpang gembira ^_^

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Selesai dah satu perkara ye mama yan..
    Sha doakan urusan mencari perkerja dipermudahkan.. Aamiin..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, tahniah mama Yan. Moga2 lepas ni makin maju perniagaan inshaAllah amin.

    ReplyDelete
  4. kalau dekat dah tolong dah kak yan urus dokumen itu ini haha insya-allah nanti ada la tu yang datang apply. Be strong ye kak yan :)

    ReplyDelete
  5. wak penah letak nama kat satu kompeni tuu sbb nk dpt taraf bumi.. dptla rasa duit kwsp lebih 15 tahun.. :p

    ReplyDelete
  6. sekarang saya da start faham sikit2 segala istilah kak yan..
    sebab da start kerja part time uruskan file syarikat, resit2, invois2, claim2..haha...nanti sampai part income tax, ha tunggu dulu ek..hahahahah

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad