Halah halah halahhh....
Iyolah tu...
Pandang attitude la sangat.
Rasanya...sejak dari tadika...
Sampai ke beranak 6 ni...
Semua lelaki yang Mama Yan jumpa miang macam ulat bulu.
Pantang nampak perempuan ada rupa sikit...
Kalau ada rupa sikit aje pun dah miang yer...
Kalau jenis yang ada rupa, lawa, cun melecun macam Nelofah, Fazurah, Hanih Zalikah..
Tahap kemiangan masing masing meningkat dua ratus peratus darjah celcius tau...
Kadang2 bini orang pun diorang berani jeling jeling tau...lawa lah katakan..
Acer tak lawa...
suci murni dara pun tak pandang..
jadi bahan kutuk lagi ada...
Mama Yan pernah kerja sepenuh masa kat tapak pembinaan yang majoritinya adalah lelaki...
Ada yang bujang...ada yang suami orang... ada yang duda... ada juga atok orang...semua pernah dah jumpa kat site...
Topik perbualan takde lain...
Awek cun... anak dara... janda muda...bergetah...
Itu jelah keyword nya...
Malahan...mereka lelaki lelaki ni sendiri yang mengakuinya..
takde selindung selindung...
Memang la mula mula pandang rupa...
sebab tu la wujud lagu yang liriknya "darilah mata turun ke hati"
sebab rupa tu memang memberi tarikan pertama.
sebab tulah juga adanya idioms seperti..
hidung mancung bak seludang,
kulit licin bak telur dikupas,
bibir merah bak delima merekah,
cantik bak bidadari syurga...
semua tu menggambarkan kecantikan seorang perempuan..
haaa..yang huduh huduh ni..
takde perumpamaan ye..
sebab orang nak pandang belum tentu sudi...
kalau nak up gambar kat media sosial pun kena filter kuasa kuda..
tapi ada ramai je yang lelaki hensem, perempuan biasa biasa...
tapi menurut para lelaki yang ditemui di tapak bina...
alahhh...kalau tak sebab perempuan tu kaya,
mesti perempuan tu dah bagi pinjam duit lepas tu tak mampu bayar...
dan kata kata itu disambut dengan sorakan majoriti...mengiyakan..
hampeh betul ☻
takpun kalau dah kenal lama sebagai kawan,
dah kenal hati budi,
dah nampak perempuan tu baik luar dalam..
barulah hati terpikat...
Paling hampeh Mama Yan dengar adalah ayat bawah ni...
Perangai buruk takpe, kita boleh ubah slow-slow,
boleh didik, boleh asuh dia jadi baik.
Tak reti ngaji, tak pakai tudung takpe, kita sama-sama pergi kelas agama, belajar,
Tak reti masak takpe, kelas masakan banyak, majalah wanita banyak, kedai makan pun banyak,
Tapi kalau rupa huduh, tak boleh repair dah.
genetik pulak tu..
nanti dapat anak pun... ikut genetik yang ada tu jelah..
tak boleh repair dah....sambil berdekah dekah diorang ketawa.
perghh....hangin Mama Yan dengar perbincangan tu tau...
Nasib baiklah sekarang dah tak pergi site
Cover sikit sikit dari rumah je.
Kalau tak...aduhai..
makin naiklah darah tinggi MY..hahaha
Bagi Mama Yan,
perangai ke, rupa ke, semua sama penting.
sekalipun kita baik, merendah diri, murah hati, pandai masak 44 jenis lauk dalam masa sejam sekalipun...
takkan nak biar bulu idung terkeluar...
taik mata sepelet,
gigi kuning siap serpihan lada terselit kat gigi...
black head penuh satu hidung tak pernah dibersihkan...
bibir kering terkopek kopek...
Bukan suruh cantik menarik tertarik..
tapi sekadar orang memandang tu tak seram cukup la...ye dak?
Lumrahnya begitulah
ReplyDeletebetul tu MY, bagi dana kalu dari 10 lelaki mungkin cuma 2 kot yang tak gatal, tak miang keladi macam yang MY tuliskan kat atas tu...
ReplyDeletekalau dana dengar apa yang diaorang kata tu pun menyirap darah, lagi lah yang kata kalau dh buruk tak boleh nk ubah apa... cuma nk tahu lelaki yang cakap tu semua nya handsome kacak bergaya kaya raya ke kerja di tapak tu... kalau muka pun selekeh tak berapa nk handsome tak payahla nak cakap macam2...
kita lak yg dengar geram...
mungkin memang ada mentaliti sebahagian lelaki macamtu... mintak dijauhkan lah MY kita dengan lelaki pesen gitu
Norhidana> tak pernah lagi jumpa lelaki hensem kat tapak. 😆😆😆
ReplyDeleteSuka dengan statement Mama Yan.. Memang tepat sekali ;) ..
ReplyDeleteMain genetik pulak ye mereka nih, apapun biasanya begitulah mama yan, kalau terdengar orang lelaki bersembang sesama dia, kadang2 rasa macam... Tapi sebab sabar tadi kita doakan mereka ni dikurniakanNya hidayah begitu, hehe.
ReplyDeletekemain lelaki nk yg ada rupa..mcm la kaun lelaki tu smuanya handsome...yg penting attitude..tk guna muka lawa tp attitude ke laut
ReplyDeletekalo semua nk yg ensem yg cantik yg jeliterr.. abess yg x chantek x cun x jeliter sape yg nk uoollls.. huhuuu
ReplyDeletetp pd wak x chantek xper.. mlm leh tutup lampuu.. :p
attitude is the first kak :)
ReplyDeleteSetuju statement mama. Btw sy Ada tag join contest
ReplyDeleteKonon la rupa takleh repair. Dah bakpe nampak pompuan je buruk. Kalau lelaki buruk tu tak sedor diri sgt nak pompuan cantik. Meluat betul. Eh tiber emo.
ReplyDeletesetuju sgt dgn kenyataan Mama Yan. Lelaki ni mula2 tgok rupa..pas tu tgok perangai dan agama calon isteri mereka...
ReplyDeletecantik dan hensem itu subjektif! gituhhhhhh
ReplyDeletehuh.. tipu je semua tu.. dalam medsos bolehlah cakap pandang attitude dari rupa.. tapi hakikatnya rupu dulu yang dinengok nya dari attitude.. ceh.. hampeh je semua nie..
ReplyDelete