PKP Empat, PKP Bersyarat - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, May 2, 2020

PKP Empat, PKP Bersyarat

Mama Yan balik rumah Pekan Nanas kejap ni,
berdua je dengan suami sebab nak settlekan gaji,
bayar hutang sub contractor,
bayar hutang supplier,
nak settlekan permohonan MITI sekali kononnya.., 
Kedai hardware dan trader tak buka,
tapi budak akaun diorang kerja dari rumah dan maintain call tuntut hutang ok...
kenalah bayar..
diorang pun dah sebulan lebih takde sale...
Bos diorang kata..
Lori tak hantar barang pun gaji driver nak kena bayar,
lori nak kena bayar,
 insuran lori mati dalam tempoh PKP ni kena gak bayar,
hutang kilang dgn kuari kena gak bayar...
kitorang pun...
yelah...yelah...
kitorang balik la bayar...
bukan taknak bayar online je je dari kampung...
tak boleh la gitu..
payment nak keluar kena la ada dokumen sokongannya sekali.

alih alih semalam...
dengar PM umumkan,
sebahagian besar syarikat dah boleh beroperasi...
ooohh
dah takyah apply MITI la ni..
bila kat kampung...

teringat kerja banyak kat opis/rumah,
Bila dah berjaya baik rumah sendiri,
rindu pulak kat anak anak...
inilah namanya pengorbanan...
kerja kena jalan juga...
gaji pekerja kena usahakan juga...

hari tu godek godek portal assist SOCSO..
Rupanya mama yan ada bayaran tertunggak sejak 2018,
ngok ngek betul..
macam mana boleh tak perasan..
nampak sangat diorang punya web site ni tak mesra pengguna dan susah digunakan..
tak macam EPF punya,..
clear dan senang nak guna..
hehehe..
kena kompaun sampai dekat RM500, tak termasuk tunggakan lagi..
huhu..
kecewa..
tengah tengah eknomi meleset macam ni..
ada pulak kebocoran rezeki.

bila duduk berdua je kat rumah ni...
tak rajin nak masak beria..
nak membeli pun tak rajin juga,
masak ajelah apa yang ada kat rumah ni....
tapi ada juga sekali order thru whatsapp,
lagi 5 minit nak berbuka makanan sampai panas panas... 
mesti budak runner tu berbuka atas motor on the way balik.
ni list makanan yang dibeli :


keesokan harinya masak sendiri pulak, 
Lauk sambal sadin, ikan goreng dan telur dadar aje.
gunakan segala sumber yang ada dalam rumah je.
nasib baik beras takde bubuk.
nasi pun masak semangkuk je...
ngam ngam untuk dua orang makan.



Hari Isnin ni, 
pejabat dah start buka,
meeting dulu dengan staff,
tapi suami ajelah yang pergi opis kot...
Mama Yan tunggu kat rumah buat kerja dari rumah je...
harap harap semuanya ok aje lah..
kena bincang dulu macam mana nak jalankan kerja...
sebab dah sebulan cuti lebih cuti ni..

walaupun PKP 4 ni dah longgar, 
harap harap rakyat Malaysia masih mengamalkan penjagaan kesihatan,
kerap cuci tangan,
gunakan face mask,
jaga jarak sosial,
kalau tiada urusan penting,
tolong duduk rumah diam diam ok...



7 comments:

  1. Anak2 kat rumah mana MY? Banyak kerja dah boleh mula bergerak sikit kan

    ReplyDelete
  2. mmg byk kena ejas sebab lama ofis tutup kan. isnin ni buka, harapnya takda lah cluster baru timbul. risau juga ni sebenarnya. kita doakan yg baik2 saja yea. selamat kembali bertugas sis

    ReplyDelete
  3. Dana> Anak kat Segamat, tinggal jap dengan kakak ipar dan mentua
    Shirven > Tu lah... nak kena sediakan sanitizer dang face mask untuk staff ni. jap lagi gi farmasi cari

    ReplyDelete
  4. Mudah2an projek lebat kembali lepas ni

    ReplyDelete
  5. tu lah, walau da longgar sikit jadi PKPB, tetap kena patuhi SOP PKP untuk elak penularan gelombang ketiga...huhu

    ReplyDelete
  6. kerja sendiri ni, tahu sgt la, byk urusan nak kena handle meskipun WFH.
    abg2 ipar aida semua kerja sendiri, Yan.
    semua adalah bisnes owner. resah gelisah memasing tak dpt nak masuk ofis :) hi hi hi hi...

    ReplyDelete
  7. Semoga semua urusan mama yan dipermudahkan.. Aamiin..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad