Bulan puasa hari tu..
teringin pulak nak makan popia...
Tapi memandangkan takde bazar Ramadan,
terpaksalah masak sendiri apa saja yang teringin nak makan.
So berbekalkan panduan dari beberapa blog masakan dan kakak ipar..
terjadilah popia sayur Mama Yan hari tu...
Alhamdulillah...ada rupa popia...bukan rupa lempeng
RESEPI POPIA SAYUR
Bahan bahan popia MY:
Secekak taugeh buang ekor
Sebatang lobak merah disagat memanjang
5 tangkai kacang panjang diracik
3 keping daging burger - goreng dan tumbuk
3 biji bawang merah kecil * tumbuk*
2 ulas bawang putih *tumbuk*
Garam secukup rasa
keju parut *option
Mula mula MY sediakan bahan inti dulu. Basuh dan racik2. Lepas dah racik2, jangan lupakan toskan airnya |
Ni bawang putih & bawang merah untuk menumis. MY suka tumbuk dulu...sebab MY sebenarnya tak makan bawang, kalau dah tumbuk takpe. |
Daging burger ni...Rotinya dah habis. Dagingnya tinggal 3 keping. Masukkan ajelah buat inti. Kalau taknak letak pun takpe. Nak tukar dengan ayam pun ok. |
Lepas daging burger tadi dah siap digoreng, MY tumbuk guna lesung batu. Feeling2 ayam cincang Ramlee la konon. |
Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang tumbuk tadi tu. |
Masukkan dan burger hancur dan sayur lobak merah dan kacang panjang dulu.
Koseng sampai sayur dua ni empuk.
Perasakan lah dengan garam ke...aji ke...sedap cukup rasa ke...
Tapi MY letak garam je..
Taugehnya, MY letak kemudian sikit. Lepas letak tauge, terus tutup api. Gaulkan dengan kepanasan haba yang tinggal sahaja. Sebab nanti tauge tu lembik longlai, tak sodap |
Masa nak gulung tu... Mama Yan letak inti dia kat penjuru kulit popia tu... dan tabur sedikit keju parut... |
Yeaahaaa....dah siap dah gulung semua. Alhamdulillah..inti dan kulit ngam ngam je...takde lebih, takde kurang. 50 pieces |
Alhamdulillah... siap untuk dihidangkan. Sos Cicah dia tu.. Pakai sos cili dari botol tambah gula tambah air panas sikit bagi cair, so, no recipe. hahaha... |
Selesailah masakan Mama Yan di rumah mentua...
Boleh la buat juadah berbuka,
Walaupun dah lama jadi menantu,
Tapi...masih ada segan segan juga nak memasak..
takut tak sedap tu takpe lagi..
Takut abah mentua sakit perut...lagi haru...
Tapi kira oklah kali ni....
dulu2 MY tak pernah makan popia sebab tak makan tauge,
sekarang dar reti makan tauge..
sebab tu la teringin pulak nak makan popia...hahaha...
ada ke yang teruja nak cuba buat popia lepas baca entry ni??
popia sayur je tk mkn..hehebiasa mkn popia yg ltk isi ayam
ReplyDeletesodap nih!
ReplyDeleteaida tak pernah lagi buat popia sendiri. malas! ha ha ah ah ha...
suka popia sayur.
then cicah kuah lada. mak aii, sodap.
tapi tu la, still prefer popia basah dari popia goreng.
thn ni Ramadhan, tak merasa. no bazar ramadhan, kan.
Hahaha..
ReplyDeleteAkak dah tak segan silu dah masak rumah mentua. Janji kita masak!. Yg penting be humble.. anggap je kita masih "budak mentah" yg perlukan bimbingan walau sebenarnya we're de Saus Chef in our own house.
Kalau buat sendiri muai dan inti boleh letak banyak mana.
ReplyDelete