Hari Jumaat lepas, pukul 8 pagi kami dah keluar rumah menuju ke Desaru. Sampai pantai Desaru, dekat pukul 10 la macam tu. Pasang kemah, bentang canvas buat tempat duduk, hidupkan bara api untuk bakar ayam, lepas tu suami Mama Yan bawa anak anak mandi laut dulu. MY bakar ayam, punya lah susah nak hidupkan bara api tu...hahaha... maklumlah.. tak biasa guna dapur kayu atau dapur arang. Dari kecik reti guna dapur gas aje
Budak2 dah penat dan dah lapar, suami Mama Yan bawak naik. Suami Mama Yan take over kerja MY bakar ayam, kakak ipar pula tengah potong ayam yang dah siap dibakar, nak bag makan anak anak. MY siapkan air, tengah terkial kial masukkan ais dalam jug, yg nombor 3, 4 dan 5 ni dah berkicau haus sangat...haus sangat.. nak air... nak air....
Adik Mijan pulak, masa tu semua tengah sibuk sibuk tu lah abang nya terlepas pandang. Sebab mula2 dia letak adik dia dalam khemah, rupanya...adik dia dah berjalan sorang masuk balik dalam air. Ya Allah... mujurlah tiba tiba serentak teringatkan adik Mijan. "Mana Mijan?" Serentak teringat... masing masing pandang memandang...sekali nampak kecikkkkk aje dia dah dalam air laut sorang sorang. Berlari anak sulung Mama Yan kejar adik dia.
Mujurlah umur masih panjang dan ada seorang pengunjung yang cakna tentang orang sekeliling. Alhamdulillah... brader tu cepat cepat cepat sambar adik Mijan yang sorang sorang tu. Haduuuhhh.... ralat betul. Ambil sebagai pengajaran. Syukur la tak berlaku perkara yang paling ditakuti tu. Terima kasih banyak banyak kat brader yang tolong ambil Mijan tu.. lepas tu memang pesan banyak kali kat anak anak supaya tak lepas dari tengok adik. Budak umur 3 tahun belum faham bahaya dan belum faham orang kata jangan.
Macam serik sikit... tapi selalu ingat satu... Allah tak jadikan laut dan pantai untuk membunuh dan menyusahkan hambanya. Gambar gambar kat laut memang takde...sebab MY memang bagi full attention kat perkelahan. Sediakan makan minum dan keperluan anak anak je. Memang takde sesi ambik ambik gambar. Memang beringat taknak pegang handphone sangat takut terleka. Tapi tu lah... tak pegang handphone pun...dah nyaris nyaris juga si kecik tu... menggigil la kejap.
Lepas anak sulung Mama Yan bawak dia balik ke tapak tempat kami duduk tu... MY sambut dia dari dukungan abang dia. Punyalah dia meronta ronta nak pergi balik semula kat laut. Terpaksa pujuk bagi handphone tgk youtube spongbob. Sebab dia nak melepaskan diri nak ke laut semula. MY nak makan pun dah hilang selera dahh.. anak anak yang belum faham ni... sedap je makan. Menambah nambah makannya. MY bawa bekal nasi lemak, sambal tumis, telur rebus, bawak ayam yang dah siap perap dengan marinate dan bakar kat sana. Anak seronok, kita pun seronok lah...tapi dalam hati... terkesan betul.
Lepas siap makan... kami bawa anak anak mandi lagi satu round. Kali ni memang betul betul berjaga jaga. Asyik mengira anak anak je... serik betul. Sepanjang masa kat laut tu anak anak senyummmmm aje... gembira betul diorang dapat pergi mandi laut. Rasa bersalah lak MY dan suami tak luangkan masa untuk kenalkan anak anak dengan alam sekitar. Last bawa anak mandi laut tahun 2015.
InsyaAllah... lepas ni kalau ada kelapangan, kena la lebih rajin lagi bawa anak mengenal alam sekitar. Mandi laut, mandi sungai, ajar diorang menghargai alam sekitar dan jaga kebersihan.
Laut kat pantai Desaru jernih.... boleh nampak pasir dan ikan kecik yang berbelang belang tu...tapi tu lahhh... takde gambar gambar yang dapat dilayangkan buat tatapan dan kenangan. Mungkin la satu hari nanti... kalau anak dah besar sikit dan dah pandai jaga barang, boleh lah belikan gopro...hahaha... boleh minta diorang ambilkan gambar untuk mama diorang masukkan dalam blog nanti.
Eh...tak sampai seratus ke harga kamera waterproof ni? |
Area pantai kat Desaru, Tanjung Balau dan sekitarnya agak bahaya kerana ombak kuat dan tidak landai.
ReplyDeleteAah Wak...ombaknya menarik kita ke tengah. Mak dan ayahnya jaga anak je.
DeleteNasib baik tak jadi apa2 kan..bestnya gi laut :)
ReplyDeletealhamdulillah...takut betul masa tu
Deleteaduh MY kalau dana pun ralat tak tau nak kata apa... kadang kita ni terlepas kejap je kan
ReplyDeletenasibla tersedar awal dan ada yang membantu kan...
memang boleh hilang mood nak makan lps dah jadi gitu.... teringat2 ke silapan kita, dok terpikir mcmne lah kalau takde yang perasan
tu lah Dana... sampai ke hari ni masih teringat lagi. Syukur sangat tak jd apa2
DeleteAllahu..mesti cemas giler kan masa tu...Allah bagi akak terdetik nak tanya mana Mijan..alhamdulillah tak jadi apa2 yang tak diingini..
ReplyDeleteAllahuakbar....adoi, nasib baik takde apa2...budak2 memang excited la nampak air yer...
ReplyDeleteAlhamdulillah tiada apa yang buruk berlaku. Dina kalau dekat situ pun akan cemas tengok budak kecil seorang diri
ReplyDelete