Apalah yang ada pada kami? - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, October 5, 2020

Apalah yang ada pada kami?

Kecewa dan agak down la sikit apabila fitnah yang bertebaran dah sampai ke telinga Mama Yan dan suami. Tak tahulah macam mana boleh timbul fitnah ni,  yang penting, kami tak buat seperti yang diperkatakan tu. 


وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ

Maksudnya: ... dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan...

(Surah Al-Baqarah: 191)

Lebih besar bahayanya daripada membunuh ok. Harap maklum yang korang boleh membunuh pekerja kami, boleh menutup periuk nasi kami, boleh membuat orang salah pandangan terhadap kami.

Kisahnya, kami diminta oleh pihak kontraktor utama untuk menyiapkan kerja kerja yang telah tertangguh oleh sub kontraktor mereka. Kami ni sekadar cari makan je, orang panggil kita masuk. Apa jadi dengan sub kontraktor lama, kami tak ambil tahu. Sukar untuk menolak kerja yang ditawarkan sebab kami bukan kontraktor mega yang ada banyak projek. Apa saja yang ditawarkan, kami cuba untuk siapkan. 

Tapi, yang bertebaran adalah... kontraktor utama berpakat dengan kami untuk naikkan harga kerja, kemudian, harga mark up itu kami bahagi bahagikan masuk poket tepi. Ya Allah...berdegup pantas jantung kami mendengar tohmahan ini. Tak tahu nak cakap apa... Sebab cerita yang sampai kat telinga kami disampaikan oleh orang yang kami percayai. Dia pun terkejut dengar cerita tu. Hakikatnya, tiada sebarang mark up harga dilakukan. Kami hanya ikut standard rate JKR. Selain itu, kami juga banyak buat kerja rectify semula kerja sebelum ini. Tak perlu lah nak diceritakan satu persatu, bagi saya, kecacatan kerja di tapak bina adalah aib kontraktor. Sebab tu projek pembinaan kena tutup pasang pagar tidak telus penglihatan di sekelilingnya. Selain mengelakkan kecurian, pencerobohan, kalau ada silap orang luar tak nampak dulu.


Budak budak kontraktor utama sangat sangat tertekan dengan pihak HOPT kerana kerja tak siap siap. Bukan itu sahaja, pembinaan masjid sangat berkait rapat dengan penduduk setempat. Kelewatan pembinaan sangat menekan para penduduk dan ahli politik setempat. Mereka dikejar siang dan malam untuk menyiapkan masjid tersebut. Takde seposen pun duit projek masuk ke poket mereka.

Kepada pencipta dan penyebar fitnah, harapan kami, bertaubatlah. Berdosa tahu. Reka cerita dan sebarkannya merata-rata. Kami mohon maaf kerana kelihatan seperti mencantas rezeki orang lain, tapi kami juga menjaga hubungan baik dengan kontraktor utama. Beginilah nasib kontroktor sambung kerja orang. Dahla dapat sisa sisa tulang, dipandang hina pula. Semoga Allah menyebelahi usaha kami mempercepatkan penyiapan masjid dan sekolah agama.


Nota kaki: 15 tahun berkahwin kami baru pergi bercuti 2 kali. sekali PD dan sekali Desaru. Baru pergi sekali ke JPO tanpa membeli apa apa. Saya hanya ada sebuah handbag berharga RM80 berjenama Benedeti Polo dibeli ketika sales di Aeon. Suami dah 5 tahun pakai Samsung Note 5, dah retak pun. Kami sangat berjimat cermat untuk memastikan tidak terputus aliran tunai bagi menyiapkan projek. Sakit hati orang tuduh benda tak betul tahu?


8 comments:

  1. bersabarlah MY.. ini memang dugaan sub kepada sub-con. Ammi suspect sub-con tu yg buat cerita (ehhhh tersebut pulak).

    nota kaki MY tu sama dengan ammi.. walaupun husband bisnes sendiri tp tetap belanja berpada-pada sebab kalau aliran tunai dia mengalir laju...modal apa dia nak guna utk next project? hanya yg faham je fahamkan.

    ReplyDelete
  2. Bersabarlah ya, sedih juga saya baca cerita sis ni ya..

    ReplyDelete
  3. berat kes yang menimpa MY..tabahlah, semoga dipermudahkan urusan. Be strong sis

    ReplyDelete
  4. Moga ada hikmah di sebalik ujian buat MY sekeluarga. Be strong dear!

    ReplyDelete
  5. Banyakkan bersabar. Biarkan masa akan menjawab segalanya.

    ReplyDelete
  6. be strong..Allah Maha Mengetahui...semoga Allah beri rezeki yg lebih baik diatas kesabaran menghadapi ujian ini...semoga rumah Allah tersebut dpt disiapkan dgn sempurna..

    ReplyDelete
  7. Semoga kuat semangat kak.. Alalh Maha Mengetahui.. Sha doakan semoga dimurahkan lagi rezeki akak.. Aamiin..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad