Tapi... tetap ramai penonton ok.
Memang penonton Melayu waktu Maghrib nak tengok kisah cinta, kisah curang, kisah mentua aje pun... buat apa susah susah nak buat drama askar pergi berperang, drama doktor bedah orang, drama pilot bawak kapal terbang. Bukan ada orang nak tengok pun. Peminat peminat drama cerita berat lebih suka menonton filem, duduk depan TV sejam lebih...seminggu sekali sudah. Selebihnya, banyak lagi benda lain diorang nak buat
Kerjaya profesional ni...bukan senang nak dibuat dalam drama. Lebih lebih lagi kalau drama kita ni takat pasaran dalam Malaysia je....lainlah Korea...orang putih... pasaran 1 dunia. melabur lebih sikit pun takpe, banyak pulangannya. Setakat pasaran Malaysia dan penonton Melayu, takyahla buat drama susah susah. Buat drama cinta je senang. Modal chicken chop, cendol, cup cakes, kebun jagung, asam pedas... kan senang tu
Tapi rasanya oklah kot...ada je kerjaya kerjaya lain yang ditonjolkan dalam drama. Kita tak payahla tumpukan dunia perkerjaan lawyer, doktor dan pilot aje. Ada banyak cabang pekerjaan yang ditumpukan dalam drama dan filem kat Malaysia ni... kita je tak ambik pusing, yang kita pandang sudut yang kurang aje.
kita pernah ada Zamarul Hisham yang pegang watak Cikgu Shafie dalam cerekarama Maafkan Saya Cikgu...sangat berkesan. nangis nangis MY tengok part last tu...hahaha
Dalam drama Romeo & Juliet terbitan Kuasatek Pictures sekitar awal tahun 2000 dulu, watak Ahmad Idham dalam tu sebagai Juruukur Bahan. Drama tu pun memaparkan kisah di sebalik dunia pembinaan, walaupun cuma sebahagian kecil, kira okaylah. Ada banyak terms terms dalam kontrak dan pembinaan digunakan.
Gerak khas dah lama dah buat drama dan filem kepolisan yang rasanya.... walaupun tak sempurna tapi bagi saya istimewa. Yer..Mama Yan memang suka sangat drama Gerak Khas. Mama Yan tengok Gerak Khas The Movie 1, 2 dan 3 kat panggung wayang. Siap kejar artis lagi nak bergambar. Tapi semua gambar gambar zaman jahiliyah tu Mama Yan dah buang. hihihi...
Hari tu macam ternampak ada satu drama Fattah Amin tengah buat kek rasanya. Kira ok lah tu.... tokey cafe ada juga turun ke kitchen, takde lah asyik mengurat customer dan kira duit aje kann...
Mama Yan bukanlah orang yang sesuai untuk buat ulasan tentang filem dan drama... Tapi berlebihan lebihan mengutuk drama Melayu pun tak bagus juga. Tapi kalau drama Melayu pun sama naik berlebihan merapu rapu... terpaksalah penonton gunakan media sosial untuk suarakan pendapat. Cuma yang pasti, bukan penerbit drama yang sengaja menyogok penontong dengan drama cinta... Tapi atas permintaan dan rating yang diberikan oleh penontong juga. Ini adalah business. Mereka juga ada buat rancangan atas dasar tanggungjawab sosial, tapi ratingnya pastilah tidak secantik drama pukul 7, ye dak?
Oklah sekian coretan dari seorang yang tak suka drama bersiri. I hate waiting...hahaha
Gerak Khas tu antara drama kegemaran family saya dulu2...teringat2 sarjan misai lakonan A. Galak..
ReplyDeleteKannm...trending habis zaman inspektor aleza dan inspektor mazlan dulu
DeleteBetul juga tu , sebab pasaran kita pun tak luas . Cuma tula harap plot dia taklah sama je kahwin paksa , saya nak tgok pun fikir banyak Kali
ReplyDeleteRamai yang suka...sebab tu stesen tv suka siarkan
Deletedulu drama melayu banyak yg best walaupun tak perfect tapi banyak variasi la compare drama pukul 7 sekarang pasal tema kahwin paksa, kahwin kontrak lepas tu dapat mak mertua psiko pula pastu tak habis main bomoh. pusing mana pun macam tu juga jalan cerita dia. so jangan nak letak expectation tinggi sgt pada drama melayu. nak lebih extreme better layan drama luar negara..hehe
ReplyDeleteDulu suka slot zehra,macam drama Nur kasih, ahmad durrah... drama orang tua sikit
DeleteSusah sedikit agaknya hendak tunjuk bedah-bedah itu. Kena meyakinkan.
ReplyDeleteTakpelah perlahan-lahan. Asal ada pengajaran.
Tak dapat bedah pun takpe.... acah acah pegang steteskop pun dah ok dah ...hahaha
Deletepada aida, jgn tunjuk sgt time bekerja dgn meja bersih, gi makan dgn blazer, lawyer takde fail selambak atas meja, doktor sebut term medical pun salah... cover angle lain-lain. bab kerja tu skit skit sudah. unless, mcm citer 7 hari mencintaimu tu, rosmizah tu lawyer, so bagus. hero as a doktor pun good. tak over. tak salah. semua simple and acceptable.
ReplyDeletefattah amin tu buat donut pink ekk? braces pink tu. best kan. nampak keras time dia tabur atas donut. tapi ok ok jer. lelaki, kan, memang ler keras :) ha ha ha ha...
Aah
Delete..cerita pink smile.. fattah amin dgn sweet qismina... gigih mencari tajuk cerita tu. Siap google drama fatah amin buat kek
dah lama tak tgk drama melayu sebab ramai sgt pelakon baru, pastu quality lakonan kureng, saya lebih suka layan cerita org renovate/buat rumah, memasak. hehehee.. tak yah fikir, tgk je dgn mulut nganga sebab cantik or sedap sgt 🤣
ReplyDeleteMacam kakak ipar sy ...hari hari layan 703
Deletekadang2 kena tengok jugak drama melayu ni, ada 1 pat dalam soul saya yang nak tengok drama melayu, walau bukan hari2 hihi
ReplyDeleteSesekali saya tengok juga kat youtube.. ulangan drama tv3 yg lama² tu
DeleteAda sangat sanyak cabang pekerjaan kat dalam dunia ni... tp tu lah...nak buat drama glam kan...kena la kerjaya yang power²... tp takde idea.. tu yang macam hari kerjaya budak tadika je tu.. takat pakai baju je
ReplyDeleteDrama melayu sebegitu la..nak buat mcm mana..harap2 ada produksi yg lebih cerdik skit menerbit filem or drama..lgpun sungguh mcm tu view rating naik ooo..sape yg tonton org melayu juga kan kak yan hehee ^_^
ReplyDeleteDrama Melayu dan cinta berpisah tiada. Ada yang best dan ada yang kurang best. Tapi macam biasa lah cliche drama melayu, kena kahwin paksa lepas tu tersuka tanpa sengaja.
ReplyDeletejarang juga tengok drama melayu sebenarnya. kalau kebetulan kat tv tengah tayanag sesiapa buka baru tengok. Macam Cik TK suka tengok drama/movie thiller, tapi drama dan movie melayu banyak kisah cinta. Tapi ada certain2 juga drama yang menarik. macam yang baru-baru ini ada kampung people. terhibur jugalah
ReplyDeleteWak jarang2 sangat tenguk drama melayu ke, korea ke, cina ke.
ReplyDeleteTak sempatlah.
tak dinafikan ada drama2 melayu yg best, berkualiti dan seronok ditonton. cuma org mcm sy ni, jarang tgk tv. dan cuma akan menonton kalau terasa mcm nak tgk sgt hehehe
ReplyDeleteKalau cari yang baik, pasti jumpa yang baik kan mama yan..
ReplyDeleteBanyak je cabang kerja lain yang drama explore tapi tak sepopular drama pukul 7 tu lah.. Nak buat macam mana itu yang diminta penonton..
Sha jarang follow drama melayu tapi selalu juga layan telefilem.. sebab sejam lebih je.. hehehe.. okay je..
Haha siapa la punta status tu tapi ada benarnya juga
ReplyDelete