Tajuk : Perempuan Tanpa Dosa
Penulis : Fatinilam Sari Ahmad
Bilangan Mukasurat : 308
Novel Perempuan Tanpa Dosa ini mengisahkan Lily yang telah terlanjur dengan teman lelakinya Eddie dan mengandung. Bagi menutup malu, bapa Lily menikahkan Lily dan Rizal serta memberikan Rizal sejumlah wang sebagai imbuhan kepada kesanggupannya menjadi Pak Sanggup. Dato Malek, bapa Lily meminta Rizal membawa Lily ke kampungnya sehingga Lily melahirkan anak, barulah Lily dibenarkan pulang ke rumahnya di Kuala Lumpur.
Rizal membawa Lily pulang ke kampungnya di Temerloh. Di sana, Lily terpaksa membuat segala kerja yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini. Lebih parah, rumah pusaka arwah ibu Rizal di kampung jauh dari arus kemodenan, tiada bekalan elektrik dan air paip. Pada suatu hari, mereka bergaduh, Lily melarikan diri ke sebuah rumah berhampiran.
Rumah itu ialah rumah Usu Sakinah. Usu Sakinah ialah anak angkat kepada arwah ibu Rizal. Mereka dibesarkan bersama-sama. Arwah ibu Rizal pernah meminta Rizal mengambil Usu Sakinah sebagai isteri, tetapi Rizal enggan dan terus meninggalkan ibunya dan Usu di kampung demi mencari rezeki di Kuala Lumpur. Usu Sakinah yang turut menaruh hati pada abang angkatnya, kecewa apabila Rizal pulang ke kampung membawa isteri yang cantik jelita.
Lily dan Usu Sakinah menjadi rapat. Malah Lily tinggal bersama Usu sepanjang masa Rizal sibuk mengerjakan ladang. Usu Sakinah mengajar Lily solat dan mengaji AlQuran, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Lily sebelum ini. Eddie, bekas kekasih Lily mula mencari dan mengganggu Lily. Ini menyebabkan Rizal cemburu dan mula menyedari adanya perasaan cinta kepada Lily walaupun dia tidak mengakuinya.
Eddie mula main kasar apabila tergamak membakar rumah pusaka peninggalan ibu Rizal dan menyebabkan kereta bapa Lily terlibat dalam kemalangan. Kemuncaknya, Eddie menculik bayi milik Lily yang ada dalam jagaan Usu Sakinah ketika Lily menziarahi bapanya yang kemalangan.
Lily pula terdengar perbualan Usu dan Rizal tentang cinta kenangan silam mereka berdua. Lily merajuk dan terus membawa diri pulang ke Kuala Lumpur membawa bersama bayinya yang diambil semula dari tangan Eddie. Lily menunggu dan ternanti nanti kedatangan Rizal menjemputnya, terapi kehadiran Rizal membawa jemputan ke majlis perkahwinan Usu Sakinah. Lily sangat kecewa dengan berita tersebut. Walaupun kecewa, Lily tetap berterima kasih kepada Usu yang telah mengajarkannya dengan ilmu agama. Mampukah Lily berhadapan dengan Usu Sakinah di hari perkahwinannya? Dan apa pula yang terjadi pada Eddie setelah kejahatannya terbongkar?
Hari tu ternampak teaser drama ni...ooo...patutla reprint semula novel ni. Nak diadaptasi ke drama rupanya. Sebagai ganti drama Bidadari Kiriman Tuhan tu...
Antara pelakonnya ialah:-
Uqasha Senrose - Lily
Kamal Adli - Rizal
Uyaina Arshad - Usu Sakinah
Peminat peminat drama bersiri bolehlah menontonnya nanti. Mama Yan nehiii.... tak rajin. Hahaha
Ni lah yang best beli dari penulis. Dapat autograph. |
usu tak kahwin dgn kawan rizal tu ke? haha dok melayan jugak drama ni.. best jugak
ReplyDeletebest ye drama ni...
DeleteTngah tayang cerita nih. Tapi sinopsis novelnya mcm lagi best Dari drama jer 🤗
ReplyDeleteoohh..dah start tayang ye? nampak sangat tatau perkembangan semasa..hihi
Deletetak sempat lagi nak hadam cerita ni
ReplyDeletetakpe...nnt kita hadam kendian sikit
Deletebaru tgk sat td kak yan..kat tv..uqasha dgn kamal adli pelakonnya..
ReplyDeletekamal adli macam best jugak berlakon, tapi tak minat uqasha, suka nellydia
DeleteMacam best cerita ni, tapi tak berkesempatan nak layan.
ReplyDeletetu lah...kesempatan tu...tah bila nak dtg
DeleteOuh ni yang uqasha Dan kamal adli tukan
ReplyDeleteSekejap tengok, sekejap tak hahahaa... baca sinopsis oh! cenggitu kisahnya.
ReplyDeleteBaca review mama yan nie buat sha teringin nak baca.. drama dia macam lain sikit.. Ada tertengok sikit ari tu..
ReplyDeleteBiasanya novel xpernah mengecewakn dan lagi banyk tragis dri drama.. Tpi kali ni.. Drama pn best.. 🥺🥺🥺
ReplyDeleteTak baca tapi tengok drama . Adaptasi dari novel ni juga kn
ReplyDelete