Kerja Sekolah Anak : PSV - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, November 30, 2020

Kerja Sekolah Anak : PSV

Zaman MY dulu dulu..
Biasanya..
subjek Pendidikan Seni ni langsung tak dititikberatkan...
Asyik asyik lukisan bebas...
Takde seni langsung...
Naik tingkatan..
Banyak la juga belajar ikut silibus Pendidikan Seni..
Tapi cikgunya super busy..
Buat mural la..
cat signage sekolah la...
hiasan hari penyampaian hadiah la, mesyuarat PIBG la..
semua cikgu Pendidikan Seni yang kena handle..
Cikgu selalu tak masuk kelas..
Jadinya cikgu akan suruh buat kerja sendiri dan siapa volunteer nak bantu dia mengecat...
Dan Mama Yan memang jadi orang pertama angkat tangan nak tolong dia...
I love painting...
Cuma bakat je takde...ahahaha..

Tengok sekarang kerja pendidikan seni anak macam macam..
namanya pun Pendidikan Seni Visual
Siap ada buku teks lagi...
Mama Yan upload kat sini la koleksi kerja sekolah anak sepanjang November ni,
buat kenang kenangan persekolahan dari rumah sepanjang tempoh pandemik ni.
Sebab hasil ni semua lepas tunjuk gambar kat cikgu..lepas tu..
semua entah ke mana perginya..


Kerja sekolah Mahfuz. Tahun 5. 
Tajuk : Montaj
Tema : Stay at Home
macam biasa, majalah mama jadi mangsa.
Ye..itulah fungsi beli majalah...
senang nak buat kerja sekolah anak anak


Kerja sekolah PSV Aril . Tahun 1
Tajuk : Kolaj
Tema : Bebas
Nak senang, suruh dia lukis gambar epal aje


Kerja sekolah Aril. PSV tahun 1.
Teknik Tiupan.
Mama Yan tak tahu berapa liter air liur yang turut bersama dalam karya dia ni.

Kerja sekolah PSV abang. Darjah 6.
Gabungan hasil anyaman dan batik lukis.
dia buat sendiri ni..
jadilah...orang lelaki kann..
Cuti sekolah ni mana nak ingat kerja sekolah sangat.
buat sebab mak garang je..

Kerja sekolah PSV abang. Darjah 6.
Gabungan hasil anyaman dan batik lukis.

Kerja sekolah PSV Aril. Darjah 1.
Buat puppet. 
Gambar tu Mama Yan cari dalam buku dan suruh dia tekap.

Ni kerja sekolah Sains Darjah 1.
Buat bentuk robot menggunakan bentuk bentuk asas macam kubus, kuboid, sfera, piramid, kon dengan menggunakan bahan terpakai seperti kotak atau tanah liat.


Kerja sekolah PSV abang,
tapi ada salah faham sikit
cikgu suruh buat gabungan batik lukis, tampalan dan batik ikat dan celup
Tapi abang buat salah satu je.
lantaklah,..
Jangan tak buat langsung je.
kesian cikgu


 
Ini pulak kerja sekolah Mok. Darjah 5.
Tajuk: membuat corak dan rekaan.
Dalam contoh buat bakul, so kita buat ikut contoh je la. 
Malas nak fikir jauh jauh...letih.



7 comments:

  1. tu la kan. sekarang cikgu2 kena folo silibus.
    adik aida pernah setahun tu kena jadik cikgu psv. aduhai. dia bukannya ada kesenian dlm melukis :) ha ha ha ha... rupanya, psv sekarang tak tertumpu kpd melukis mewarna. kraftgn pun dah included. seni kreatif :)

    ReplyDelete
  2. zaman sek saya sek men paling best PSV.. cikgu awesome gila dan apa kitorng nak buat dia akan usahakan. sek rendah biasa2 saja.. saya suka seni tp mmg bakat xdak kira hentam sajalah.. skrang makin advance =)

    ReplyDelete
  3. Mmg kerja psv ditekan kat sekolah ek, siap masuk exam lagi kan. Boleh tahan kesabaran MY memonitor kerja2 sekolah anak2 ye , tapi rasanya mesti ada jerit pekik kan,haha..sedangkan akk Umar zikri sorang pun jenuh berperang.

    ReplyDelete
  4. Jauh beza dengan pelajaran seni dulu kan. sekarang dah macam macam gaya seni dah. Menarik juga parents boleh belajar sama :)

    ReplyDelete
  5. betul, dulu macam tak dititikberatkan, sekarang seronok tengok budak2 semangat buat seni :)

    ReplyDelete
  6. letih nengok kerja sekolah mereka.. Tak sama langsung dengan zaman kita.. Pembelajaran alaf baru kan..

    ReplyDelete
  7. Seronok tengok macam2 karya yang terhasil dari PSV ni..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad