Tadi dah selamat bayar yuran dan buku tulis sekolah agama budak kembar,
sorang RM160.90.
So kali lah dua...
esok bayar yuran dan buku Aril pulak.
Lusa abang pulak.
Kasar juga lah untuk 4 orang ni..
Kalau tak 5 orang,
Tapi MY dah berhentikan Moq dari sekolah agama lepas kes kena cubit dengan ustaz sampai lebam dan melecet tu.
MY lah yang kena mengulang 3 hari berturut turut ke sekolah agama nak membayar yuran anak.
Nak buat macam mana..
demi menghormati SOP yang disediakan,
patuh aje lahhh...
Nasib baik tak kerja,
kalau kerja makan gaji..
habislah gaji MY kena potong dok mengulang sekolah anak je.
Sekolah mohon sumbangan kertas A4 untuk kegunaan aktiviti pelajar,
tapi MY macam tak sempat nak pergi beli,
Nantilah naik sekolah nanti baru belikan dan hantar..
Ni kelas Sarah nanti...
1 maliki...
Cantik kelasnya....
siap dengan tikar getah.
Rajin betul cikgu cikgu sekolah agama ni...
Boleh kata semua kelas cantik cantik...
Mudah mudahan tahun depan anak anak semua dapat belajar dalam kelas dengan selesa...
Kesian diorang tadika di tahun 2020 ni,
Tadika takde sukan,
takde ihtifal,
takde sesi ambil gambar pegang skrol,
takde lawatan,
Takde jamuan akhir tahun...
Mujur masa tadika 5 tahun dah rasa semua tu.
Insyaallah semuanya akan pulih seperti sediakala satu hari nanti... Aminn
Yuran sekarang makin mahal. Demi sebuah ilmu, apa boleh buat..
ReplyDeleteSettle satu per satu lega rasanya. Lepas tu fikirkan persiapan sekolah pulak. Semoga dipermudahkan segala urusan kakyan. Aaminn
ReplyDeleteapa alasan ustaz cubit sampai lebam tu?
ReplyDeletebersih dan cantik kelas tu.. tak macam sekolah biasa
ReplyDeletesekolah agama kat sini belum ada lagi perkongsian mengenai yuran.. Mama Yan dah selesai ye..
ReplyDeleteaik ketas A4 tu beli sendiri ke ? selalunya kasi duit jaa sek beli sendiri.
ReplyDeleteunik ni hehe..
Alhamdulillah sudah dapat list yuran.. :)
ReplyDeleteErmm banyak juga ye perbelanjaan..
ReplyDeletemoga dipermudahkn urusan kak yan ye :)
rajin betul cikgu yg menghias kelas ni...kat rumah diorg entah mcm mn agk nya deko diorg buat kn? hehehehe
ReplyDelete