Novel - Darah di Tanduo - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, December 19, 2020

Novel - Darah di Tanduo

Tajuk buku : Darah di Tanduo
Penulis: Dhuha Stella
Terbitan: Shihabudin Press
Jumlah mukasurat : 110


Novel ni dapat percuma masa beli Novel terkaitnya kita..
Alhamdulillah... rezeki dapat buku percuma ...
MY dah habis baca... 
Buku ni menceritakan tentang kerisauan, kesusahan, dan pahit manis pengalaman penduduk Kampung Tanduo ketika berlakunya peristiwa pemberontakan lanun dari kepulauan Sulu di Sabah sekitar tahin 2013.

Bagi Mama Yan buku ni sangat sangat sesuai untuk dibaca oleh murid sekolah. 
Setiap sekolah wajib memilikinya sebagai bahan bacaan dalam perpustakaan.

Tulisan dan ayat dalam buku ini juga, sebiji-sebiji, pendek-pendek dan sangat jelas.
Masa mula mula baca...aduhai...
Bosannya, macam baca buku cerita bidak darjah 6.
Tapi itulah yang bagus sebenarnya...
Buku macam ni yang kita nak anak anak kita baca.

Buku yang dikarang dalam bentuk novel yang bermula dengan keluarga Haji Rahman yang memiliki 3 orang anak.
Ketika kejadian pencerobohan, 
anaknya Azali berada di bandar kerana menghantar anak muridnya ke perlawanan bola sepak.
Anak keduanya, Razak seorang wartawan.
Tinggallah Haji Rahman, isterinya dan anak bongsu mereka, Amin.

Kemudian kisahnya berkisar bagaimana Haji Rahman bertahan bersama penduduk kampung yang sudah dikepung penceroboh.
Kemudian, Razak pula dijadikan tawanan.

Akhir sekali, diselitkan sedikit maklumat tentang kejadian pencerobohan yang berlaku.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka yang terkorban dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Aminn...







 

6 comments:

  1. mesti sedap baca novel ni..cerita pejuangan biasanya akan buat kita lebih beryukur dengan apa yg kita miliki sekarang

    ReplyDelete
  2. Waaah dapat free gift ya? Best3.. Buku ni best seller jugak dari penerbit tu ;)

    ReplyDelete
  3. Cover novel dia je dah memikat.. Baca review mama yan lagilah menarik..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad